Pages

Friday, June 24, 2011

Tahu la korang ada ANAK TEKAK puuunnn

Bila boring ... menguap tak?
ke masa mengantuk je menguap ?
Macamana pulak kalau dengar kuliah agama ? haaa!! ada gak kan menguap ( kantoi sudaaaa )

Tapi yang pasti kalau layan konsert ... tak de yang menguap. kak es tgk kat TV la ... hehehe

Korang kalau menguap ... cenggini ke ?



Ke sopan cenggini ...



Kalau ikut sains menguap tu sebab kekurangan oksigen.
Tapi kalau layan konsert tak menguap pun ... canne ?

Hadis Rasulullah s.a.w. “Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap. Maka apabila (seseorang) bersin, hendaklah dia memuji Allah (dengan mengucapkan alhamdulillah) dan merupakan kewajipan bagi setiap muslim (yang mendengar saudaranya bersin) untuk mendoakannya. Adapun menguap, maka ia tidak lain berasal dari syaitan. Tahanlah ia semampu mungkin dan apabila (seseorang menguap) berbunyi “Haaa” maka ketawalah syaitan.”
[Shahih al-Bukhari]



Menguap adalah isyarat pemikiran yang lalai, tumpul lagi dibuai perasaan mengantuk. Padahal seorang muslim hendaklah sentiasa cergas, tajam lagi peka. Dia hanya mengantuk apabila tiba waktu kebiasaannya untuk tidur.


Tapi kalau rasa nak menguap juga , menguaplah ... jangan dok tahan2 pulak. Cumanya jaga lah adab menguap. Menguap pun ada adab ok. 

  • Janganlah mengeluarkan bunyi “Haaa”, “Uhhh” atau sebagainya. Bunyi-bunyi seperti ini disukai oleh syaitan sehingga mereka ketawa kepada orang yang mengeluarkannya ketika menguap.
  • Ketika menyusun kitab Shahihnya, Imam al-Bukhari (256H) meletakkan satu bab khas yang berjudul “Sifat iblis dan tenteranya”. Di bawah bab tersebut, beliau mengemukakan hadis yang menerangkan sifat iblis dan syaitan yang ketawa apabila mendengar orang yang menguap mengeluarkan bunyi “Haaa”. Hadis yang saya maksudkan ialah:
  • “Menguap adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang kalian menguap, tahanlah sedaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang kalian menguap sambil berbunyi “Haaa” maka ketawalah syaitan” [Shahih al-Bukhari, hadis no: 3289]
Rujuk : SINI

Pastu kalau dah menguap tu... tutuplah mulut dengan tangan ke, kaki ke .... janganla sampai orang nampak anak tekak ... buruk beno !!

 Rasulullah s.a.w. mengajar kita: “Jika seseorang kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).”
[Shahih Muslim, hadis no: 2995]




12 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum..
bagusnya entry nie..
kerap ayu ingatkan umai..
dia suka menguap dan bunyi huaaaaaaaaaaaaa...
kerap tegur..tetap lakukan..

fRaMe+LenSeS said...

terima kasih kak.. ingatan pada Nadh.. maceh sangat.. ;)

Anonymous said...

yer betul2 dulu pernah ustazah cakap kalo bersin ucap alhamdulillah, kalo menguap sebut astaghfirullahalazim

Unknown said...

hehe nguap cam tokpek tua..

anumuchan said...

biasa la tu kalau psl hiburan..semangat je..tp kalau psl agama..mula la ngantuk..huhu

Unknown said...

oo..baru tahu..


dah ngntuk sangt..kadg2 berbunyi jugk..hehe

matakail said...

hi .. jemput jadi follower kami. tq www.pancingarateam.blogspot.com

Mutiara Bernilai said...

huhu,
betu|2, sebab kurang 0ksigen,,

hu, kadang bi|a teng0k 0rang yg tak tutup mu|ut masa menguap tu nampak huduh semacam aje,,hihi,,s0 jum tutup mu|ut!

Kakzakie Purvit said...

Kalau konsert syaitan dah ikut lalai dan lupa nak goda umat itu yg tak mengantuk. Wah... ramai temankan dia.

Bila tazkirah syaitan mahu cepat masing-masing tinggalkan itu buat org supaya mengantuk utk tidur.

Jahat betul kan syaitan. A'uzubillahiminassyaitonirrojimmm.....

risa said...

thank u for sharing dis info kak es..
memang kena tahan menguap or tutup mulut kan..sebab tu org tua2 selalu pesan..tutup mulut nanti syaitan masuk..

Anonymous said...

the old fashion shag hair cut http://clothingtrends.eu/34-accessories-size41.html one line jokes about fashion 2256913

Fasihah Supian said...

terima kasih kak :)