Pages

Friday, June 3, 2011

Adinda Evans dah tutup blog...ALHAMDULILLAH


Kak Es tak habis2 lagi ke emo ?
Akak bukan sengaja nak emo. Sungguh bukan nak dibuat2. Pertama kali membaca blog adinda Evans tu... tersentap !! macam nak luruh jantung. Itu baru sorang mengaku.
Kalau nanti pakat2 mengaku sebab marketing .... sebab nak up traffic .... sebab nak femes ... nak glamer ...
apa kesannya ??
kepada anak2 yang membaca ??
kepada yang suka nak cuba2 ??

Parti sakan la syaitan ....
Tak perlu kerja teruk nak jahanamkan anak adam...dah ada yang tolong 'mereka'

Even untuk marketing sekalipun ...
Nampak sangat keadaan kita dalam BAHAYA..!
Jiwa yang sangat2 tandus. Sampaikan perkara macam tu dah boleh jadi bahan mainan.

Sedih juga ada yang nak gelak2 guling bila tau sebenarnya itu hanyalah Viral marketing.

Ada beberapa pihak yang tengah pening kepala nak atur program untuk remaja,
nak membentuk dan bimbing mereka menjadi insan mulia....
tiba2 perkara macam ni boleh dibuat bahan jenaka !!

Tak tidur malam kak Es semalaman memikirkan kenapa sampai jadi macam ni.
Tak kiralah umur dia 14 tahun ke ... 18 tahun ke...
tapi dah melampau norma masyarakat Timur apatah lagi agama Islam yang disanjung.

Bila nak berakhir ....?
Moga kita diampunkan Allah atas kelemahan kita. Nak tegur pun tak tahu.
Selemah2 iman benci dalam hati. Jauhkan lah kami dari kemurkaan Mu ...

~ tenangkan hati ku Ya Allah :'(

16 comments:

Nur Hawa Mohd Zin said...

tu lah kan kak es...yang main2 kan tu lelaki pula tu..benda2 ni tak boleh bawa main..zaman moden tak semestinya semua boleh...awe mmg tak suka benda2 ni macam ni kak..

Belog MTT said...

Tu la kan Kak Es...Hmm,dia tak tutup blog cuma dh deleted post yang berani mati tu,alhamdulillah.. :)

MissNadh said...

reaksi pun boleh tahan,ramai kutuk maki dia,dia dah la budak je lagi,fikiran matang pun belom,kalau tak dpat handle tekanan takot pape jadi plak..harap semua ok.

Nur Hawa Mohd Zin said...

tu lah kan kak es...yang main2 kan tu lelaki pula tu..benda2 ni tak boleh bawa main..zaman moden tak semestinya semua boleh...awe mmg tak suka benda2 ni macam ni kak..

Citarasa Rinduan said...

kak..
apa url dia...

CucuTokMat said...

tak tahu la kesahihan cita mana yang benar...tapi pape pon mesti kaum laen akan pandang serong dengan ISLAM sbb perkara berat cm nie di buat main2 seolah-olah Islam tak reti malu.... hmm.... -_____-

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

moge ade perubahn nanti..

bersama kak Es said...

LAAAA...DIA TAK TUTUP LAGI BLOG DIA...

SIAP MARAH2 LAGI...

Jay said...

betul tu..tapi yg musykil kalau dia amir kenapa rupa tak sama dengan gambar dalam entri2 dia sebelum tu???n baru sat tadi Jay masuk tgok blog dia gambar dah bertukar n background sekali..pastu kalau dia amir takkan amir ada bre**t???ce tgok blog dia..ini pendapat Jay lah dari pengamatan Jay..

Sunah Mohammad said...

akak, yang viral marketing tu toksah percaya... tu kan dari blog yang suka buat joke..

bersama kak Es said...

@ Sunah Mohammad
memang betullah kisah ni...

akak pun tak rasa yg ni Amir tu..

JIJI YU said...

hehe tak tau pon kewujudan budak ni

Belog MTT said...

Tu la dia tak tutup cuma dah deleted post tu dan disable dari any komen dari sesiapa...cuba kak es baca ni..MTT terbaca kat entri seorg blogger tadi psl video tuh..

http://nurazizahyahaya.blogspot.com/2011/06/jangan-percaya-adinda-evansaku-dah-maen.html

Belog MTT said...

Dia dah minta maaf.. :)

http://tripplechantek.blogspot.com/2011/06/adinda-evans-saying-apologize.html

Telaga Putih said...

mntk tlg like page ni buley? juz like fanpage tu jek.. http://fnndoubleooomph.com.my/home.php?fnnid=100000023988617

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

budak ni...kesian saya tgk kak.kurang didikan ke atau mmg jenis tak ingat Allah?