Pages

Saturday, June 11, 2011

Lelaki melayu tak ROMANTIK !!


"Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka".


Dengki la 'orang' tu dapat bunga ros hari2..... ( haaa..dia buat dahhh!!)

'abang, bila nak bagi bunga ni ?'

aikkk! tak tengok cerita 'tu' pun dapat penyakit ke ???

alaaaa...nak juga bunga ros. Tak romantik la abang ni! Tengok 'orang' tu siap berdukung2 lagi!

aaaiiikkk! orang tu berat dia berapa kilo ? hahaha

Waaaaa.....bertambah tak romantik!! Sebab apa jadi cam ni? sebab beranak pinak . Bertarung nyawa lahirkan zuriat abang tau! (alasan bagus tak?)

Hhmmm...abang terima isteri abang seadanya. Terima kasih atas segala pengorbanan untuk abang. Tak kisah lah walau bagaimana pun diri isteri abang ni. Romantik tak semestinya hari2 dapat bunga...
Romantik orang Islam takkan sama dengan orang bukan Islam. Jangan diturutkan sangat budaya yang bukan milik kita. Orang bukan Islam dari sebelum mereka kahwin lagi macam2 mereka lakukan. Lepas kahwin nak tak nak mereka mesti lakukan juga budaya tu... kalau tak , nampak sangat tak romantik!
Kalau kita sebagai orang Islam sebelum kahwin, menahan2 diri dari perbuatan macam tu walaupun syaitan sokmo menghasut2, membisik kenikmatan tu....kita pendam hingga sampai masanya. Dah berkahwin kita masih melatih diri untuk romantik...
Romantik orang mukmin tak terserlah ... orang lain tak nampak sebab kita tak show off..kan
Cuba letak idola romantik kita tu Baginda Nabi Muhammad S.A.W


  • Solat berjemaah ~ itu tanda romantik ! Bersolat bersama. Isteri mengikut/menurut perbuatan suami. Lepas tu bersalaman. 5 kali sehari !! Paling tak 2 kali dapat berjemaah ... bersalaman kita pula bukan sebarangan...memohon maaf dari hati dan saling mendoakan.

  • Bersarapan bersama berkongsi cawan .... Minum menggunakan bekas yang sama - Daripada Aisyah r.a. dia berkata, "Saya pernah minum daripada cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum. Kemudian saya mengambil cawan tersebut lalu menghirup airnya, kemudian Baginda mengambilnya daripada saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya." (Riwayat Abdurrazaq dan Sa'id bin Manshur).

  • Mencium isteri - Daripada Hafshah, puteri Umar r.ha. : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa." (Riwayat Ahmad).

  • Berbaring di pangkuan isteri - Daripada Aisyah r.a., "Nabi s.a.w. meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian Baginda membaca al-Quran." (Riwayat Abdurrazaq).

  • Panggilan mesra - Rasulullah s.a.w. memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti Aisy dan Humaira' (si pipi merah delima).

  • Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra - Nabi s.a.w. memicit hidung Aisyah r.ha. sekiranya dia marah dan Baginda berkata, "Wahai Uwaisy, bacalah doa: "Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku daripada fitnah yang menyesatkan." (Riwayat Ibnu Sunni).

  • Mandi bersama isteri - Daripada Aisyah r.a. beliau berkata, "Aku pernah mandi bersama Nabi s.a.w., menggunakan satu bekas. Kami bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bekas tersebut)." (Riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah).

  • Saling memakaikan wangian - Aisyah berkata: "Sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyakkan badannya, Baginda akan memulai dengan auratnya, menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) dan isteri Baginda meminyakkan bahagian lain daripada tubuh Rasulullah s.a.w." (Riwayat Ibnu Majah).

Cam ne...? Lagi romantikkan nabi kita? Kalau sekalian isteri meminta suami mencontohi nabi kan lebih baik dari mencari idola yang selain dari itu. Jangan diikutkan sangat perasaan. Sama2 kita belajar untuk menjadikan rumah tangga kita lebih bermakna.

Petangnya .....

Surprise !! Bunga ni untuk isteri abang...





Dihulurnya sepasu pokok bunga ros bersama baja .... hahahaha

Cinta kita ibarat pokok. Jika dijaga dan dibajai dengan kasih sayang akan mekar dan mengharum. Harapan abang hingga ke syurga hendaknya ..

P/S : tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau benda bukan hidup. Sekian :)


33 comments:

Nazzue said...

Suka sangat entri nie buat saya tersenyummm...TQ Kak Es
p/s: saya sayang cik isteri saya..romantik tak? hehe

Lepak sambil bersantai di NazZue.com
Entri Terkini : Cepatnya Bloglist Bergerak Tak Terkejar Yop

Nur Hawa Mohd Zin said...

lelaki melayu romantik kak..sbb awe tgk famly awe romatik je..hehe..

tang bunga mgkn ada laki rasa cam geli pula nak bagi..heh..tapi mereka romantik ada gaya masing2..macam en hubby selalu bagi lagu2 :)

Unknown said...

sweet sangat kak

pandai akak buat kitorang terbuai

romantik cmnila nak

tp ade ke lelaki gni skng

iyan shazlind said...

contohi cinta dan romantik cara Rasullah saw pastinya membawa hubungan hingga ke syurga :)

Cheq Sue said...

tak harapkan banyak...kalau boleh berjemaah dengan suami dan satu ciuman sebelum pergi kerja dan sebelum tidur kira okeh la tuh... harap buleh dapat la... (T____T)

Unknown said...

"Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka"..

betul ke tu kak es? sy pegang tangan suami time2 mood baik je, mood tak baik jangankan pegang, sentuh pun tak mau [teruknya sy ni]

fRaMe+LenSeS said...

kak, terbaek la.. huu.. Nadh plak terharu.. hihii.. :) best sgt entry ni.. suka suka suka.. :)

aizamia3 said...

suka dengan entry, bukan tak romantik tapi tak dah memang tak suka nak tunjukkan depan orang ramai.. kang orang cakap gedik pulak..

MissDT said...

suke entri ni :D

Elly Jade said...

salam kak es
org melayu mungkin ada yg segan nk tnjuk mesra dpan org rmai
sbb kdg org rmai ni ckp eleh romantik2 kt rmhla.hehe
tp sye suka cara nabi kita romantik
mcm akak ckp kt atas.hehe
rasulullah main kejar2 dgn aisyah kan kalo x silap..waaa sweetnyaa..hihi

bersama kak Es said...

@ Nazzue

kalau isteri baca komen Nazzue ...mesti dia
~fengsannnn

sweet lah !

bersama kak Es said...

@ Nur Hawa Mohd Zin

romantik tapi tak show off je kan awe :)

bersama kak Es said...

@ Miss Ran

sebenarnya Miss Ran yang romantik sebab tu tiba2 terbuai ekeke :)

u sweet laa dear :)

bersama kak Es said...

@ iyan shazlind

romantik nabi tu bukan romantik plastik kannn :)

bersama kak Es said...

@ Sue's

betullah sue ...Kak es pun cam tu gak

bersama kak Es said...

@leyzajamil

betul!lepas ni sokmo pegang tangan tau..
lagi pun ada setan pegang jawatan rosak cinta kita. sebab tu asyik panas jeekkk..padahal, rumah tangga tu lah gedung pahala :)

bersama kak Es said...

@ fRaMe+LenSeS

ehhh..suka2 lak dia. Mesti tgh mood romantika nih :)

bersama kak Es said...

@ aizamia3

ha ah kaann.. tak rela u org kata gedix huhu

bersama kak Es said...

@ MissDT

suka dapat bunga ke ? hehe :)

bersama kak Es said...

@ suhaili sarif
betul 3x
nabi ada main kejar2
best kan! baginda lelaki palingggg romantik :)

Cik Puan Kocik said...

Tq share....menarik tul. Nabi contoh terbaik kita. tapi dok sibuk cari lelaki romantik cam Seth Tan tuuu...hu hu

EmbunRosaliza said...

kalo saya pun suka dpt sepasu bunga hehe, x romantik asalkan bahagia...kalo pgg tangan belakon dpn org buat apa kan

scha said...

jom bc entry ni plak...
http://lifebegins-korielis.blogspot.com/2011/06/suami-dolu2-vs-suami-sekarang.html

hihi

Mutiara Bernilai said...

eehehe,,banding dengan N0ra E|ena |a tu,,hiks2,,

xpe, kita rmantik bi|a sama2 s|at jemaah,,makan satu pinggan,,sama2 hafaz quran,,wah,rmantik juga tu!

Melur Jelita said...

Alhamdulillah...sebenarnya Nabi saw lah yang paling sesuai sebagai contoh teladan

Ramai yang tak nampak..
lelaki melayu tak nampak tapi bukan semua...
alhamdulillah Hilman mengamalkannya...hehe

bersama kak Es said...

@ Cik Kamoo
seth tan tu pun berlakoooonnn jee

kan kan hehe

bersama kak Es said...

@ Kak Rosaliza
dapat sepasu siap boleh belek2 lagi hari2 kannn :)

bersama kak Es said...

@k~e
jap g kak Es terjah :)

bersama kak Es said...
This comment has been removed by the author.
bersama kak Es said...

@ Mutiara Bernilai

kak Es tak tengok pun , tapi baca tuuu rasa geraaammm je..

nasib baik tak layan hehe

bersama kak Es said...

@ Melur Jelita

hilman bukan melayu kak ,
dia mix blood... tapi tetap dia mencontohi nabi..

tapi akak mengelatttt... larikan pelepah kelapa tuuu :P

Sunah Sakura said...

akakkkkkkkkkkkkkk! nak kawen! nak pegang2 tangan macam dalam gambo tu, nak hapuskan dosa!

bersama kak Es said...

@Sunah Mohammad

cepat2 habiskan dgn flying colours. Kawen nanti jgn lupa jemput akak...
Kawen memang BESSSTTT!!