skip to main |
skip to sidebar
Murid :Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan !
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
*Kak Es bukan guru ...email one of my friend . Dia tgh tension marking paper tak leh cuti hehe :P
P/S : Stress juga jadi cikgu ni...
profesion yang memerlukan kesabaran yang tinggi :)
6 comments:
hihi...mmg tension.tp semua kerja pun tension la sis.jd suri dlm hati insan lain pun kdg2 ada tension gak ..hik3
hehe..
setakat ini saya tak jumpa lagi murid2 yg camni..ehhee
selalunya murid2 menghormati guru mereka..setiap guru perlu ada cara utk mendekatkan diri dgn murid2..\setiap guru kena tau akn zon selesa masing2..
sudah 12 tahun saya menjadi guru..hehe
@ Lydia Miza(Aidyl Azim)
semua benda ada stressssss kan LM
camne kita nak urus tu yg kena pandai :)
@ sarah-najwan
Kak Es hope pun tak de la cam ni..
imaginasi kawan Kak Es je tuuuu. Boring agaknya bawa balik kerja tak sudah2 huhu
mesti cikgu tu tension bebenor ngan anak murid dia.. kecian cikgu tu...huhu
SyafzMagz.com
hahaha...hampeh jek. hari ni dah 2 entry tini baca psl murid dan cikgu. huhu..2-2 style mcm ni dan buat gelak je..
Post a Comment