salam sejahtera for non-muslim. Jumaat yang penuh barokah datang lagi ...
Alhamdulillah dapat jua bernafas di pagi Jumaat penghulu segala hari. Jom ceriakan hari dengan banyakkan selawat ke atas nabi junjungan mulia.
Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu Allah ciptakan Adam a.s, Allah turunkan Nabi Adam a.s ke bumi, Allah mematikan Nabi Adam, dan pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
Imam Al-Ghazali berkata bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud, sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat. Imam Al-Ghazali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabiin dan ulama Yahudi yang memeluk agama Islam pada zaman Saiidina Abu Bakar) berkata, burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan “Selamat, selamat hari yang baik”.
Setiap hari Jumaat, Allah s.w.t mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah s.w.t mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah s.w.t mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
6 comments:
hurm2..makaseh kak es
salam jumaat kak es..semoga kite semua mendapat barokah darinya
moga hari ni dan hari2 seterusnye kita dilimpahi rahmat Allah..amin..
Alhamdulillah kak...bila akak publishkan selawat ni...sekurag2 nya pembaca akan berselawat bila masuk blog akak...
kak es...
bagus la kak es ni...kagum sy dgn akak...
hari jumaat yang sunguh mulia~
Post a Comment