Pages

Friday, June 17, 2011

Kak Es suka HIJAU


Akhir2 ini cuaca sangat panas. Hari solat gerhana tu je hujan sekejap...

Kak Es dah jatuh hati dengan nursery pokok ni. Semalam sambil2 nak pergi cari bahan nak masak , kak Es singgah kedai pokok2. Sejuk, nyaman jeee...
Tak beli puunnn... ambil angin dan aura pokok je hehehe..

Tapi hari ni dah tak boleh tahan lagi ...
dah 3 nursery kak Es singgah...
tangkap juga sepokok dua.

Kak Es suka pokok2 yang berdaun hijau . Terasa sejuk je mata memandang. Letih2 ngadap laptop , pergi belek pokok. Hilang stress mata ni.
Best bila tengok tunas2 baru . Warnanya sangat cantik , lembut dan sangat memberi keceriaan kepada pokok tersebut. Tak kisah lah pokok apa pun. 
Pokok limau kasturi dah pun  berbunga. Pokok kari tu dah beberapa kali pucuknya Kak Es ulamkan. Pokok pandan pun dah mencurahkan bakti dah.. kak Es buat seri muka hari tu.

Pokok cili je tak menjadi huhu :(
Cili hidup tu. Kalau cili padi belum lagi tanam. Nanti nak juga beli cili padi tu. Nak masak tomyam senang. Ambik je kat pokok tu kan. basuh, ketuk pastu boleh terus campak je masuk dalam tomyam tu. Fuh!

Rumah pun nyaman , duit pun jimat. Tapi tanam dalam pasu je...
Jom la kita hijaukan alam ni supaya lebih nyaman dan tenang :)

31 comments:

JIJI YU said...

kat sebelah lappy berlambak rumput2 dalam pasu

Sue said...

Malam kak es... mana yang buleh tanam tu, tanam je sendirik...lagi terjamin kebersihan dan keselamatan bende2 yang kita nak guna tu...

Nur Hawa Mohd Zin said...

mak abah awe amik pokok bukan kat nursery kak..tapi rumah orang..kalu g rumah sedara atau kawan..dan ada pokok pelik dan cantik mmg amik anak pokok :0

FasiHaH SupiaN said...

kak es, sy lagi suka hijau, kat umah sy pun ada banyak tanaman...betul tu kak es, kalau tumbuhan yang cuma daun,kalau subur, molek semuanya...

mas saari said...

saya pun suka pokok kak tapi tak pandai jaga! beli dalam 2 - 3 minggu je dah mati..huhuhuh

fRaMe+LenSeS said...

kak suka ijau? meh Nadh nak pomot belog Nadh la camtu.. lalalalalalala~~

Melur Jelita said...

Akak pun suka hijau. Merah juga, putih, biru, ermm lagi..purple,,,peach..banyak la akak suka..ekeke

Acik Erna said...

kakEs suka pokok2 ye..
acik pun suka.kalau boleh macam2 pokok nak tanam..tapi tak cukup tempat..tanam yang perlu je..pandan.kari,serai,lengkuas..limaunipis,limau purut dan kunyit.

Rai said...

waa..kami duk rumah ataih langit.. camno nak menanamm...tanam dalam pasu semuanya keringgg...

Miss Ran said...

suke tapi mls nk jaga haha

sarah-najwan said...

saya pom suka pokok yg berdaun hijau..yg berbunga xgemar..hehee

Подтверждаю said...

as salam..

▂ ▃ ▅ ▆ 100%
─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀─
──██─────██───██▄█▀───██▄█───
──██─────██───██▀█▄───██▀█───
─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄ ▄

saya tanam, tapi tak termampu nak jaga.adei..adik2 tolong amik alih.

Entri Terbaru :

Tazkirah Reverse Thinking Game. Berani Berfikir??

berani menyahut cabaran? ;)

wa khairul onggon said...

Sapa pon ade tanam cili tapi tak menjadi.. Tanam lam pasu kat rumah.. apsal kak ? Boleh bagi tips??

bersama kak Es said...

@ JIJI YU
ko mmg kena letak sebelah laptop kalau tak sok power tabal samapi penyet idung...dahhhh hilang macho :)

bersama kak Es said...

@Sue
kan sue..tanam je.
nak ambik pun senang . tak yah gi kedai :)

bersama kak Es said...

@ Nur Hawa Mohd Zin
kak Es pun kadang minta juga dgn kawan2. Kalau dah jumpe yang best tu baru beli :)

bersama kak Es said...

@ FasiHaH SupiaN
kalau semuanya menghijau.. macam sejuk je kan rumah kita.

bersama kak Es said...

@mas saari
mas sibuk kot tak sempat siram. Pokok ni nak airrr je banyak. kalau tak siram je mmg dia merajuk :(

bersama kak Es said...

@ fRaMe+LenSeS
pomot..okeh nnati pomot..
blog nadh ijau ke? cam kuning pn ada.

tak suka la pokok kuning ~ lalala

bersama kak Es said...

@Melur Jelita
wah ..macam2 bunga kena tanam tu kak nak bagi kalerpul gitu

bersama kak Es said...

@ Acik Erna
waaaahhh!! banyaknya pokok yang acik Erna dah tanam. kalau kak Es gi umah acik nnti boleh la bawa balik 1 2 pokok ek :)

bersama kak Es said...

@ Rai
tanam dalam pasu..tapi kena rajin siram

bersama kak Es said...

@ Miss Ran
malas? hahha... kena gi nursery amik aura dulu hehe

bersama kak Es said...

@ sarah-najwan
kan mama sarah ... sejuk gitu :)

bersama kak Es said...

@ Подтверждаю
ak pe...bahagikan tugasan ;)

bersama kak Es said...

@ wa khairul onggon
tu la pasal... kak es pun tanam tapi tak menjadi gak.
dah berbuah tapi buruk kat dalam. sekarang dah tak tanam lagi dah pokok cili tu.

niena shopping2u said...

mak kte suka tanam pokok yg hijau2, pokok herba, smua leh dibuat ubat kecuali daun keladi je.. aiii, rindu la kt ma :/

bersama kak Es said...

@ niena shopping2u
tanam pokok terapi terbaik bila boring! hehe

risa said...

keliling umah saye pon banyak menda hijo kak es...tapi lalalalalang..ekekekek
rajin sekejap je..peh tu hampeh
sangat tak baik attitude ini kan kan
adeshhhh

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

adik pun suka hijau...bila msk winter pasti adik tanam bayam,kangkung dan sayur2 lain di qatar.suka sgt tgk pokok2 sayur.

DrSinga said...

setiap kali saya beli pokok cili...
mesti mati...
baik saya beli je cili...