Pages

Wednesday, June 1, 2011

Jangan percaya Blogger ???!!

dah lama bercuti tiba2 hari ni heboh tentang blogger tak boleh dipercayai, tentang duit, tentang kepercayaan ....

Hhhmmmm...teringat keseronokan masa mula2 berblog sebab boleh dapat ramai kawan yang kononnya tak memilih bulu...
Teringat pula pesan Melur Jelita .... selama mana yang handle blog itu manusia , sama je dengan suasana di luar sana. jangan kita anggap semua blogger tu telus dan tulus.
Kak Es bukan nak buat entry menyebelahi mana2 blogger. Cuma muhasabah diri sendiri. Sejauh mana kita menjadi sahabat kepada sahabat kita.

Mungkin kejadian yang berlaku tu ... memberi seribu hikmah dan pengajaran. Kita nak sahabat tapi bukan semua boleh menjadi sahabat. Cuba check pula diri kita mampukah kita menjadi sahabat kepada rakan kita.
Nak mengadili kebenaran cerita pun , tak mampu nak jadi hakim. Nak menghakimi perlu dengar kedua2 cerita dan mengenali, sedangkan kak Es tak tahu apa2 pun ... so lebih baik layankan diri bagaimana nak jadi sahabat mengikut apa yang disyorkan oleh ulama masyhur ~ Al-Qomah

"Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah diperhatikan siapa yang harus dipilih sebagai teman/rakan"


  • Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia akan menghargainya.
  • Jika engkau membuat bakti kepadanya, dia akan melindungimu.
  • Jika engkau berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu. 

Abu Sulaiman al-Darani r.a mengingatkan kita agar melihat 2 sifat berikut ada pada seseorang sebelum memilihnya sebagai rakan:

  1.  Orang yang mudah berurusan dalan kehidupan sehariannya.
  2. Orang yang dapat memberikan faedah dan manfaat dalam segala perkara.

Di samping itu, hak seseorang individu dengan sahabat itu meliputi beberapa bidang seperti hak di bidang harta, hak memberi bantuan rohani dan jasmani, hak memelihara lisan, hak mendoakan, hak memberi salam, hak menepati janji dan lain-lain.

Pilihlah sahabat seperti landak porcupine ini



walaupun sukar ~

Hubungan terbaik antara manusia adalah bukan yang menyatukan insan-insan yang sempurna, tetapi yang terbaik adalah ketika setiap insan belajar untuk hidup dengan ketidaksempurnaan  ...... KLIK SINI

16 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

tersentuh bace entry ni <3... hmmm.. comel natang landak tu kak es~

bersama kak Es said...

@y u y u Z u l a i k h a
comel cam yuyu kaaannnn..

~moga yuyu pun boleh jadi sahabat cam landak tu...
belajar untuk hidup dengan luka kecil yang disebabkan oleh hubungan yang rapat

JIJI YU said...

nak cari sahabt bu kan cam cari murtabak..

Shiela Firdaus said...

kan kak Es kan..setuju ngn entry kak es nih!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

bkn mudah mencari sahabat...dan bkn mudah nak jd sahabat yg baik kan kak es?

Citarasa Rinduan said...

pernah terkena, jua melibatkan wang..
alahai.............

terus hati2 dengan blogger2

sarah-najwan said...

dalam kehidupan kita ini
berusahalah menjadi kwn baik

sebab kita juga ingin org lain
jadi kwn baik kita
justeru kita wajib menjadi kwn baik org lain..pokok pangkalnya hati dan niat kita..

salam kenal..

gadisBunga said...

ala comelnye landak tu....nak amik dia buat kawanlah! tapi mana nak cari ek?

bersama kak Es said...

@ JIJI YU
kan ji...kalau cam pilih murtabak senang je >.<

bersama kak Es said...

@ Shiela Firdaus
shiela pun mesti byk pengalaman kan ?

bersama kak Es said...

@ Lydia Miza(Aidyl Azim)
betul dik.
nak cari susah ... nak jadi pun susah.

tapi kalau dah jadi...senang nak cari :)

bersama kak Es said...

@Citarasa Rinduan
ye ke ayu ?

tak patut la kalau buat ayu camtu kan.

bersama kak Es said...

@ sarah-najwan

setuju dgn sarah..
what we give, we'll get it back :)

bersama kak Es said...

@ gadisBunga
GB..kak Es pernah tgk kat kedai pet. sangat comel :)

cik gege said...

manusia hari ni mementingkan harta untuk bersahabat......mencari kawan sejati belum tentu pasti....

Mrs.Yie said...

salam kak es..dah lama sebenarnya nak datang blog kak es dan kenal2 ngan kak es..tapi x berkesempatan..selalu je nampak nama kak es kat blog kak melur..salam perkenalan kak.. :)