Pages

Saturday, June 18, 2011

AWAK SUKA SAYA TAK? lagi romantik dari SETH TAN ok!!





Sinopsis

Sebuah novelog diinspirasikan dari paduan dua budaya dan terselit nilai-nilai murni bagi meneladani kisah Nabi kita. Digarapkan dalam bentuk kisah cinta yang pasti membuai pembaca kerana hakikatnya bagaikan realiti dalam kehidupan kita yang dahagakan kasih sayang. Di mana lokasi berlatar belakangkan resort di Terengganu, bertemankan kuda-kuda yang diperincikan sifat dan cara pemeliharaan kuda cukup membuatkan pembaca menjadi begitu kagum dengan novelog ASST. Ianya terhasil bukan sekadar khayalan bahkan telah dibuat R&D dengan begitu baik sekali. Banyak ilmu baru yang pembaca ASST akan perolehi.

Seorang gadis bernama Puteri Intan Zulaikha memegang watak utama bergandingan dengan Muhammad Hilman Yong Abdullah seorang pemuda kacukan yang telah jatuh cinta dengan Islam dan melalui fasa perubahan yang sangat mengagumkan . Intan, Zulaikha gadis yang cantik merupakan seorang yang sangat simple dan bergaya, seorang yang sangat berdikari, degil tetapi mempunyai hati yang sangat sensitif dan penyayang. Pemilik BMW yang dilakarkan Pink Panther cukup membayangkan dia seorang yang berjiwa keanak-anakan , tidak berfikir panjang namun sentiasa cuba yang terbaik dalam apa jua perkara.
Gandingan yang mantap bersama Hilman yang merupakan seorang yang sangat tenang, romantik ( kalah SETH TAN ok! )berpegangan kuat dengan Islam kerana cintanya pada Islam sangat mendalam setelah mengenali agama yang satu ini. Juga seorang pemain polo yang hebat, penunggang kuda yang sangat macho, majikan yang berkaliber dan sangat dihormati dikalangan staffnya. pemilik resort , kedai emas yang merendah diri. Seorang anak yang begitu taat kepada ibubapanya.


Kedua-duanya bukanlah jatuh cinta pandang pertama, masing-masing pernah melalui zaman cinta monyet. Tetapi kisah cinta mereka sangat mendidik bagaimana untuk menyuburkan rasa kasih tanpa membelakangkan agama. Hilman pemuda romantik yang sentiasa menunjukkan rasa kasih dan 'caring' nya kepada Intan. Kisah cinta mereka sangat indah untuk dikenang sehingga menimbulkan rasa sebak tatkala terjadinya perpisahan antara mereka apabila Hilman hilang ingatan. Lupa siapa dirinya, lupa agamanya dan lupa mereka yang bersamanya kecuali keluarga.
Doa adalah senjata bagi Intan untuk mengembalikan Hilmannya dan Intan terus bangun untuk meneruskan kehidupan. Hanya kenangan manis yang tidak kunjung padam menjadi peneman Intan dan  pastinya dia tidak dapat melupakan Hilman. Mungkinkah kenangan mereka bersama kuda-kuda itu mengembalikan ingatan Hilman? Mungkin jua saat manis ketika mereka berlumba lari di tepian pantai itu akan menggeletek hati Hilman mengingatkan dia semula tentang Intan? Mungkin juga bunga ros 99 kuntum menjadi penawar kepada hilangnya ingatan Hilman?
Ataukah anak-anak yatim yang disantuni dan sering diraikan itu menjadikan Hilman kenal siapa dirinya?

Sungguh hebat novelog ini jika diadaptasikan sebagai drama. Nilai-nilai murni yang ditempiaskan menyedarkan pembaca bahawa sebaik manapun perancangan manusia, tanpa usaha dan doa ia adalah sia-sia.

Nantikan setiap hari kerana penulisnya sangat sabar dan komited dengan novelog ini. Beliau tidak pernah menghampakan pembaca. Memberikan debaran demi debaran. Perasaan anda PASTI terbuai dengan kasih sayang dan CINTA 

KLIK SINI ... NOVELOG bersama MELUR JELITA

29 comments:

mas saari said...

tak pernah baca pun novelog ni...

bersama kak Es said...

@ mas saari
cuba baca sebabak..
sangat menyentuh hati :)

Zaira said...

Hebat sinopsis...kisah cinta yg bisa membuai hati ank muda atau yg super dewasa yg satu ketika pernah bercinta :)

bersama kak Es said...

@ Zaira
Sinopsis ni 10% dari kehebatan Novelog ASST

Tak sia2 kalau zaira singggah baca...

NasZ said...

salam kenal..

jom join....

LIST SEGMEN SIMPLE : PANTUN PUJI DIRI SENDIRI ...

Melur Jelita said...

Salam Kak Es Jelita,

masyaALLAH , sangat terharu dengan sinopsis yang hebat dari kak Es jelita. Alhamdulillah , Kak Es jelita lebih memahami ASST 200% dari apa yang akak niatkan kepada setiap pembaca.

Terimakasih kerana menyokong akak . Terimakasih kerana menyukai ASST.

MARI BECINTA
MARI BERKASIH SAYANG
KERANA ALLAH

bersama kak Es said...

@ NasZ
salam kenal.
insya Allah ada kesempatan masa Kak Es join k :)

bersama kak Es said...

@ Melur Jelita

Novelog ni yang hebat Kak!!
tahniah akak dapat menyuburkan kasih sayang melalui penulisan.

Sungguh tajam mata pena (keyboard) dari mata pedang :)

Cepat2 jadikan NOVEL :)

Nazzue said...

Seth Tan tu romantik ker kak?

Lepak sambil bersantai di NazZue.com :)

bersama kak Es said...

@ Nazzue
yang pasti HILMAN sangat romantik :)

bacalah ... ASST :)

Mejuez said...

ewawwhhh .. :) best2.. akan kelaur pawagam terus ni.. takda drama2.. :D

Mejuez said...

Perang Dunia Ke-3! Segala access , data masuk dan keluar tidak dapat diterima dalam kerajaan! Radar jet perjuang hilang kawalan! Radio terhenti. Segala maklumat secara langsung terhenti secara tiba-tiba. Maklumat dari internet tak dapat di layari! Kekecohan , kemusnahan , segalanya berlaku dengan serentak! !
read more
http://www.mejuez.com/2011/06/kenapa-takut-dengan-penggodam.html

FasiHaH SupiaN said...

kak es!! alamak ada danish joseph Oh laaaa, ni kena baca ni...tq kak es suggest kat saya!:)

bersama kak Es said...

@Mejuez
nak jadi lelaki dambaan..baik baca cari tips :)

bersama kak Es said...

@FasiHaH SupiaN
fasihah peminat dennis o ...
ha ! cepat sebelum dia di sambar jelitawan yang lain hehe:)

NuReLLe said...

wow weee...ada lelaki romantik???wajib baca ni..i loike...:D

FasiHaH SupiaN said...

hehehe banyak nieyh nak baca..hehe

bersama kak Es said...

@ NuReLLe
kalau dapat seromantik macam ni... aduhaiii ;)

bacalah..moga u got something there!

bersama kak Es said...

@ FasiHaH SupiaN
dah mula baca nanti tak sedar pun banyak ... nak lagi dan lagi dan lagi hehehe

selamat mencari ilmu.
Read it between the lines :)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sgt terbuai...mmg sentiasa menanti episod terbaru

DrSinga said...

wiiiiiiiihuuuuuuuu...
terimakasih kerana sinopsis..

saya dah terjebak

suhaili sarif said...

kak es jelita
hari2 saya duk tggu cite ni.hehe
seth tan memang kalah
hilman yong mavelesss..huhu

Dieya said...

Salam....kak Es..sy antu novel utk cerita yg seangkatan dgn entry akak kali ni..yg happy ending jer sy baca..hahhaha..ala yg ni belum jadik novel lg eh...cepatlah xsabar nak baca semua..
Melur Jelita...anda sgt berbakat...syukur nikmat

Aku Ibu Muda said...

macam nak kena baca je nih :)

bersama kak Es said...

@ Lydia Miza(Aidyl Azim)
kan LM
kita lak yang makan tak lalu
tidur tak lena
mandi tak basah ;)

bersama kak Es said...

@ DrSinga
hahhaa...jom terjebah dalam lautan CHENTA ;)

bersama kak Es said...

@suhaili sarif
sampai kita pun perasan jadi INTAN kan Intan Suhaili kah kah kah

bersama kak Es said...

@ Dieya
baca novelog pun best!! terdidik menjadi sabar sebab tak boleh selak belakang nak tahu kesudahan cerita :)

gi layannn ..

bersama kak Es said...

@ Aku Ibu Muda
sorang lagi dah terjebak !! hahaha

jom jadi jelitawan layan AWAK SUKA SAYA TAK?

BEST!!