Pages

Saturday, June 4, 2011

Pagi-pagi dah pinjam semangat blogger tua

 Assalamua'laikum ... teman2
moga ceria sokmo :)

Pagi ni pinjam jap semangat blogger tua ... yang sentiasa tak jemu-jemu menghadiahkan kegembiraan kepada orang lain. Nanti kak Es story apa yg dia dah buatkan hati kak Es gumbira ria ok.

meh layan breakfast pagi ni...
~ROTI PITA KASIH SAYANG



Roti Pita ni kat hypermarket ada jual
Satu beg tu ada 5 keping. Kalau family Kak Es satu beg dah sah2 tak cukup. Nanti anak2 meraung huwaaaa lapar lagiiiiii.

So Kak Es beli 2 beg paling sikit la.
Lepas bakar roti tu boleh dipotong dua...dah potong baru la nampak poket kat tengah tu :)

Camni....


Abaikan tangan si Along yang sokmo nyibuk kat dapur tu yeee..5 keping boleh dapat 10 roti pita ok... boleh la bajet nak beli berapa beg.

Intinya boleh la nak derhaka dari mana2 resepi yang mengencess. kak Es derhaka kat sifu derhaka ni haha. Jangan marah aaa sifu :)

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping roti sekam @ fiber *awal2 lagi dah derhaka bahan ( Roti Pita )
2 biji telur* *ayam yang dipotong kecil dan digoreng dengan butter
1/4 camca teh serbuk lada hitam berperisa "aji-shio"* *lada putih
3 camca besar susu sejat*(*disatukan dan pukul sebati)
4 helai daun salad (mat guna salad "butterhead) * daun salad ye :)
8 keping hirisan tomato
Sedikit hirisan bawang besar
8 keping hirisan timun (tak letak sebab tak de) * letak timun ye sebab ada stok ~hiris bak mancis
Sos thousand island secukupnya @ sos kegemaran *mayonis 
Sedikit serbuk lada hitam



Letak la sebanyak mana pun intinya asalkan tak terbocor poket tu dahhhhh..

Di hidangkan bersama Hot Chocholate. 
Kak Es lagi prefer air kopi panassss...
Silakan :)

Eh !! Lupa nak pesan. Hari berkasih sayang ni jom lah ringan-ringankan tangan mengundi kat 
SINI dan SINI

Terima kasih atas kasih sayang itu  :)





10 comments:

~..Lesung Batu..~ said...

waaaa sedapnye...huhu

Nur Hawa Mohd Zin said...

awe makan kuih cara kak :)

nelly said...

nyum2 !

JIJI YU said...

eheheh..salu makan kat egypt

sarah-najwan said...

kak..saya suka roti pita mkn ngan kebab..fulammakkkkk..

kat sini ada pasar mlm..wajib saya beli kebab roti pita itew walau reganya boleh tahan..huhu

bersama kak Es said...

@ ~..Lesung Batu..~
meh nak suap

bersama kak Es said...

@ Nur Hawa Mohd Zin
kuih cara tu mengancam !!

bersama kak Es said...

@ nelly
yummy !

bersama kak Es said...

@ JIJI YU
akak sebab tak leh gi egypt ... pakse la buat huhu

bersama kak Es said...

@ sarah-najwan
kalau banyak daging..buat ala2 kebab mmg sedap. :)