Pages

Thursday, June 2, 2011

Takziah untuk adik2 SAS

Salam takziah untuk adik2 junior SAS.

Sorang kehilangan anak setelah seminggu delivery twin...her 2nd twin pergi jua mengadap Ilahi.
~ SABARLAH... moga dia menjadi wildan di 'sana' kelak.

kisah wildan :

Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)
   
   Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, dia alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya.
   
   Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim) 
   
   Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamnanya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu?Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.
   
   Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.
   
   Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memgang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"
   
   Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku,apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka?Begitulah ratapan mereka.
   
   Berkata Malaikat: "Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.
   
   Firman Allah SWT yang maksudnya : "Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Ad-Dahr: 11)

Sumber : halaqah.net

Sorang lagi junior kematian suami akibat kemalangan. Tinggallah dia bertemankan anak2 yang masih kecil. Dugaan yang hebat untuk dia.


Ya Allah...berilah kekuatan untuk mereka menghadapi saat2 yang genting ini. Moga hati mereka tenang ~

9 comments:

Sunah Mohammad said...

innalillahi wa inna ilaihi rajiuun...

Citarasa Rinduan said...

SELAMAT TENGAHRI ak Es

al fatihah atas arwah dan twins, dapat bayangkan saat ini arwah bersama twins disana...
besar dan tingginya darjat mereka

dan salam takziah utk junior en suami kak ES, mesti skrang balu arwah agak perit untuk membesarkan anak2 mereka...
berikan kata2 semangat utk beliau.....

PS; secara jujur, ayu dapat agak kejujuran kak Es dengan sahabat diluar... tahniah kak ES

blog-tips-kurus said...

ujian kita berbeza. Allah Maha Mengetahui..

YanaMIB said...

berat mata memandang berat lg bahu memikul..smoga Allah beri ketabahan yg berkali ganda kpd mereka

Shiela Firdaus said...

tak boleh baca kisah kehilangan..sdih sangat rasanya!

Amy Syaquena said...

As'salam..

Sr datang dari blog abang Ben, singgah sini dan follow , salam kenal ye ! ada masa jemput ke SR.

fyna said...

al-fatihah...
;(

Nini Hartini said...

innalillahi wa inna ilaihi rajiuun. sedihnya... terutama yg kematian suami tu :( ..semoga diberi kekuatan kepadanya dan dimudahkan urusannya dlm memelihara anak2nya.

bersama kak Es said...

Terima kasih atas keprihatinan kawan2 semua.

Jika mereka baca blog kak Es pasti sedikit terubat melihatkan komen sahabat2...
terima kasih ya :)