Pages

Saturday, June 25, 2011

Nak SEMBUR niiii !!

Dah makan malam ? Makan bersama yang tersayang sambil bersuap-suapan :) yeee ...

Menguap tu dari syaitan ... 


Kalau bersin tu canne pulak ? rasa legakan kalau dapat bersin. Pernah tak rasa nak bersin tapi pastu tak jadi... aarrgghhh tension!! Nak je korek2 hidung tu bagi bersin jugak ... kan , kan.



Bersin adalah sesuatu yang disukai oleh Allah s.w.t. .Di antara sebab ia disukai adalah, bersin membersihkan rongga hidung dan tekak dari habuk, debunga, bakteria dan apa-apa lain yang mungkin memenuhi rongga tersebut. Bersin juga adalah satu cara untuk sistem badan menyesuaikan diri dengan perbezaan cuaca yang berlaku secara mendadak. Oleh kerana itulah seseorang itu lazim bersin jika dia bergerak dari tempat yang sejuk kepada panas atau panas kepada sejuk. Bahkan seseorang itu juga akan bersin semata-mata dengan melihat kepada keterikan sinaran matahari.

Hadis Rasulullah s.a.w. “Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap. Maka apabila (seseorang) bersin, hendaklah dia memuji Allah (dengan mengucapkan alhamdulillah) dan merupakan kewajipan bagi setiap muslim (yang mendengar saudaranya bersin) untuk mendoakannya. Adapun menguap, maka ia tidak lain berasal dari syaitan. Tahanlah ia semampu mungkin dan apabila (seseorang menguap) berbunyi “Haaa” maka ketawalah syaitan.”
[Shahih al-Bukhari]


Masa bersin otomatik kita sebut "ah-choooooo" kan. .. kepala terhangguk2 macam nyanyi lagu rock pastu lap segala air dari hidung dan mulut ... lap kat bajuuuu !!!!  Bukan korang la . Orang kat afrika nunnnn ..
Korang Kak Es tahu ikut adab semasa bersin.


  • Korang bersin merendahkan muka dan suara. kannn..
  • Pastu kak Es tahu korang bersin tak hamburkan air bersin tu kat muka kawan sebelah korang punn..
  • Dengan ayunya korang guna tisu atau kain atau tangan untuk menutup mulut ...

macam Nabi kita buat kannn...

Abu Hurairah menerangkan adab Rasulullah s.a.w. ketika bersin: “Apabila Rasulullah s.a.w. bersin, baginda meletakkan tangannya atau bajunya ke atas mukanya (mulut dan hidung) sambil merendahkan (atau sambil menundukkan muka dan) suaranya.” [Shahih Sunan Abu Daud]


dan kak Es dengar dengan jelas korang sebut ALHAMDULILLAH. 


Haa !! best kan kalau bersin . Tapi kalau tak bersin jangan la pulak digali hidung tu soh bersin jugak ye .. >_<



15 comments:

JIJI YU said...

haha geng2 resdung salu je bersin

sarah-najwan said...

rasa lega bila bersin..

paling xsuka tgk anak murid menguap..ngantuk benar dlm kelas...hairan saya..

misz athiqah said...

ha..ha...bengang bila tak jadi nak bersin..kekadg smpi wat jadi sakit kepala...huhu..bila dah bersin baru ilang skt kepala itu smula...huhu..

salam..jenguk jengah anda di sni..=)

Sunah Sakura said...

betul gak tuuu~ baru tahu Allah suka kalo kita bersin...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

tq entri ni kak es..adik baru tau.tp klu asik bersin resdung camner ye?

Atiqah Sa'ahiry said...

alhamdulilah..

hamzah ian said...

bersin kena tutup mulut..
hehe

IMANSHAH said...

bersin belakang langsir je

azila said...

boleh stress k.es kalo dibuatnya bersin tp xjadi..heheh

Nur Hawa Mohd Zin said...

awe pernah jumpa orang non muslim kat pasaraya tengah beratur sama nak bayar..dia menguap sampai kat 2 3 kauter sebelah dengar..pastu dia beli beer 2 tin dan letak kat kauter ganas giler..pastu main campak jer duit...tapi tang menguap tu dah la kuat tak ttp mulu...

itu lah beza non muslim ngan muslim kan kak...awe kalu nak bersin tak dapat..awe amik bulu2 gelikan kat hidung..hehehe

Nadzirah K. said...

info yang sangat bermakna...:)

solomolo said...

Mak Munah tak suka kalo sy bersin...
mesti dia terkejut...
hahaha...

*i E J a* said...

thx 4 the information !!

FasiHaH SupiaN said...

kawan ada beritahu jugak hari tu, kalau menguap ni tak elok, haiz tapi kadang2 memang tak tahan...sebab tu ade adab menguap kan...

aDisH.sHidA said...

shida arini sharian bersin...aduuus...tp apa pun setiap ari mmg shida bersin..resdung