ada saat suka
ada masa sedih...
seringkali juga kita down..
datang kawan memberi semangat dan nasihat...
Tak de manusia yang tak bermasalah..
Bermasalah lah manusia yang tak de masalah tu ...kan?
Setiap ujian dan dugaan .. pasti terselit seribu hikmah.
Ujian pula sesuai dengan kemampuan kita untuk menyelesaikan masalah tersebut ....
Senyumlah :)
- Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
- Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .
- Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
- Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
- Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
7 comments:
sebab tu kite kene selalu senyum! :)
Kalau boleh nak senyum dan ketawa selalu tapi tahap kerja yg gila nie lagi-lagi akhir bulan sekarang buat kakak kurang senyum dan ketawa.
Nak lawan jugalah....:)
yup kak...kdg2 apa yg org nampak pada seseorg tu xsama apa yg dia sedang lalui sebenarnya...
sy pun kdg2 rase jatuh bl masalah n kekuatan ilang dlm diri... ;p
gelak tawa lah menjadi ubat utk ilangkan rase semua tu..
betul tu kak..hidup ibarat rodakan..salulah beringat2..
saya mmg suka senyum dan sengeh...saya mmg jenis hepi go lucy orgnya..
hidup kita seperti roda :)
UTM skang ni wat kempen senyum... :)))))))
kak es selalu buat saya tersenyum..tq kak
Post a Comment