Pages

Friday, June 10, 2011

Seth !! Surat terbuka bantahan Nora Elena


Dasyhatnya penangan Nora Elena !!

Nora Elena Lagiiii !!!!

Kak Es kata tak tengok sebab anak2 sound ON tv waktu maghrib...??!!!

Iye!...memang kak Es tak tengok dan nasiiiiibb BAEEEKKK kak Es tak tengok , kalau tak mesti dah jadi geng mereka ini yang hantar surat kat TV3 membantah siaran ini sebab ... nanti suami isteri berperang sakan.

Cuba baca surat ni --------->

__________________________________________________________________________________


Nowa,
Kakitangan Kajaan,
Putrajaya

TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Tuan,

Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu. Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah marah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu. Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)
Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!!
Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.
Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.
Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday?? Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess

v) Tak logik punya citer..Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia 'tumbuk sambal' kan? hahahha...takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay....kahkahkahakha

vi ) kari hangus, nasik hangit
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati

"tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh"
"owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??"
Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana

Sekian,

"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"



( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kak Es dapat dari SINI  ... cuba pi tengok !!

15 comments:

Melur Jelita said...

Kah kah kah..biaq betoiiiiii..kelakar gila orang yang buat surat ni...hahaha
Hilman romantik cam ni ka? rasanya tak kan? dia kasi bunga sekali je...hahaha

bersama kak Es said...

@ Melur Jelita

Kak Melur Jelita... yang ni romantik plastik!!!

buat angau boleh la..

Hilman romantik yg boleh di follow . Cepat la kak buat novel ASST

Ibnushukran said...

masalahnya tu la.. on air time maghrib.. nasib bek la ada tv3 online.. sy just tngok through online tv je.. huhu

ct N honey said...

mmg kelakar..byk juga jumpa tajuk ni diblog lain tapi mls nak klik,akhirnya terjawablah sudah apa isi surat tersebut bila baca disini...

Unknown said...

hehhe..ahkak ni mmg geli2 pon kan kak es..

Nini Hartini said...

ishhh...pandangan tini kan, kalau asas perhubungan suami isteri tu kukuh, InshaAllah tak akan timbul feeling2 mcm tu..hurmm...tini time peod aritu layan gak drama ni. tp xde lah sampai terasa Seth tu bagus sgt. bagus lg Ilhan..kekekekekekeke

bersama kak Es said...

@ Ibnushukran

tak sempat nak tengok pun .. mmg bertuah la tak dapt tgk. kalau tak dok angau je hehe

bersama kak Es said...

@ct N honey
kelako kelako
macm2 ragam manusia nikan ct

bersama kak Es said...

@ JIJI YU

nanti ko kawen ko lak geli2 ek

bersama kak Es said...

@Nini Hartini

sepatutnya kena macam tini lahhh..
letak hb sbg super hero , kan?

azila said...

heheh..gelak besar zla bce surat ni ngan ben k.es..btol ker diorang p antar surat gini?mmg xtahan ngan ayat2 dia tulis tu..heheh

bersama kak Es said...

@azila

hahaha... kelako kann!

surat lepas gerammmm je ni . tak denye hanto.

Nur Hawa Mohd Zin said...

hahahah...lawak giler..selamat awe tak tgk kak..kalu tak mmg kena cari calon macam seth

fRaMe+LenSeS said...

nak tergelak la kak. tapi kan kak, Nadh tak setuju la, mesti ada orang macam tu, cumanya tak ramai dalam dunia. :)

dzafira said...

haha.. Tak pernah tgk pun citer tu.. Sekarang kat blog semua org cakap pasal citer nora elena.. best sgt ke citer tu eh?