tak sempat sangat nak berblogwalking , tapi nasib sangat baik ada yang bertukar2 link SUKA SAMA SUKA. Klik kat situ je .. tak sempat nak ping @ blogwalking dari FB.
Ada lagi tak sesiapa yang sudi nak tukar LINK suka sama suka ? Meh sini Kak Es nak masukkan dalam bloglist SUKA SAMA SUKA kak Es ..
Sorang adik telah meluahkan hati ... Kak Es kenape ye , saya yang nak berubah ni tapi doa saya tak makbul pun kak. Jeles tengok kawan serumah non muslim tu , senang je naik pangkat. naik gaji , beli kereta. Dah macam2 saya doa ... tapi takde apa punnn.
Dik , orang muslim Allah suka sangat kita merayu dan meminta darinya. Bila kita nak dan berdoa, kita jaga adab-adabnya. Antara adab berdoa :
• Ikhlas karena Allah semata. (QS. Al-Mu’min: 14),(QS. Al-Bayyinnah: 5)
• Mengawalinya dengan pujian dan sanjungan kepada Allah, lalu diikuti dengan bacaan shalawat kepada atas Rasulullah dan diakhiri dengannya.
• Bersungguh-sungguh dalam memanjatkan do’a serta yakin akan dikabulkan
• Mendesak dengan penuh kerendahan dalam berdo’a dan tidak terburu-buru.
• Menghadirkan hati dalam do’a.
• Memanjatkan do’a, baik dalam keadaan lapang maupun susah.
Allah suka hambanya datang mengadu dan meminta kepadaNya dengan rendah hati. Orang tak suka berdoa tu adalah orang yang sombong. Yakinlah doa kita akan makbul .... janjiNya sentiasa benar
Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. (Ghaafir: 60)
Disebabkan perasaan kecewa kerana tanggapan bahawa permohonannya itu seakan-akan tidak dimakbulkan, maka timbul perasaan putus asa. Sehingga ada yang meninggalkan amalan berdoa yang sebenarnya merupakan salah satu ibadah yang dimuliakan Allah. Nabi SAW bersabda:
“Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah dibanding doa”. (Riwayat Tirmidzi)
Hakikatnya, Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Adil dan Dia sentiasa mengotakan janji-janji-Nya. Namun hamba-hamba-Nya adakalanya gagal untuk memahami hikmah di sebalik segala keputusan Allah. Kita merasakan apa yang dipinta daripada-Nya itu merupakan yang terbaik untuk diri kita sedangkan Allah lebih mengetahui segala-galanya dan setiap keputusan-Nya itu memiliki hikmah yang adakalanya tidak disedari oleh seseorang insan.
Ada ketikanya apabila Allah tidak memperkenankan sesuatu permintaan hamba-Nya disebabkan kerana Allah ingin memberikan sesuatu yang lebih baik dari apa yang dipinta.
Nabi SAW bersabda: “Tidaklah seorang Muslim berdoa kepada Allah dengan sebuah doa yang tidak berisi dosa dan permintaan untuk memutuskan silaturahim melainkan Allah akan mengurniakan kepadanya salah satu dari tiga perkara: Allah akan segera memakbulkan doanya atau Allah akan menyimpan doanya sebagai pahala di akhirat atau Allah akan menghindarkan dirinya dari keburukan semisalnya. Mereka berkata: Kalau begitu kami harus memperbanyakan berdoa.
Nabi bersabda: Apa yang Allah kurniakan kepada kalian lebih banyak dari yang kalian minta”. (Riwayat Imam Ahmad)
Orang bukan Islam kita tengok mereka sangat menikmati dunia ini ...bagaikan syurga. Allah beri kepada sesiapa sahaja rezeki dan kekayaan atas sifat Ar-Rahman Nya, termasuk juga kepada orang kafir. Tetapi rezeki yang Allah berikan itu adalah atas kemurkaan Allah. Kita tak nak Allah beri dengan kemurkaan ... Nah ! macam ni (gambar tiada kaitan) ..... kan ?
Hadith: |
Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.wbersabda: ”Sesungguhnya apabila orang-orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia dia diberi upah dengan amalnya itu berupa rezeki di dunia. Sedangkan orang-orang mukmin, pahala kebajikannya disimpan Allah Taala untuknya di akhirat kelak serta diberinya rezeki di dunia berhubung dengan taatnya.” (Muslim) |
11 comments:
ehehe..adik2..sabar ye..bersangka baek le dgn tuhan..ade le tu perancangan yg lebih baek untuk adik..ehehe
Setuju sangat2..kak Es jelita..akak kena masukan link suka sama suka juga ka...he he
kita tak bole nak bandingkan diri kita ngan orang lain...
mungkin Allah nak uji sejauh mana tahap kesabaran kita...
InsyaAllah, peluang takkan ke mana seandainya ia ditakdirkan jadi milik kita...
mungkin ada hikmah disebaliknya...
sabar itu lah kunci utamanya...
die nk uji kita...
kan kan
jom baca dan komen Review KL gengster | ! !shahjiehan [dot] com ! !
akak ni ustazah ke
bersangka baik dengan Tuhan...suka komen Jiji Yu...
tq kak for sharing...awe pun selalu mengeluh dengan apa yang berlaku :)
@ JIJI YU
bila ustaz tinggalkan komen :)
@ diana
sama-sama kasih diana ..
@ solomolo
kan ezad ...
adalah tu habuan utk kita
@ Melur Jelita
kak Melur Jelita ...
Awak suka saya tak ??
@ shahjiehan
benar shah... sabar sebahagian dari iman/keyakinan
@ Nur Hawa Mohd Zin
welcome Awe...
Ji tu komen sokmo Best! pi terjah dia
Post a Comment