Pages

Sunday, May 22, 2011

Perempuan memang LEMAH .....


Entry yang INI memang Kak Es kata pompuan tu lemah....
ayat tu tak habis tu. sesaja nak sedap kan hati para lelaki yang perasan

kita orang ni LEMAH LEMBUT okeehhhh

Ini bukan pendapat Kak Es sorang..tapi pendapat semua pompuan seluruh dunia..bacalah ISI HATI kami

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara LEMAH dan LEMBUT… ..besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan … kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam…




Diam seolah-olah menerima…
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani… di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat .... Celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat… di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah… bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah… bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah… terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud… Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati… Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita… .
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi
Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
‘KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT’
Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,
Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI..
Kongsi perasaan ini di ambil di sini
Caiyokkkkk....we proud to be a WOMAN :)

17 comments:

Unknown said...

disebalik kelemahan mereka tersembunyi kekuatan yang mampu menggoncang dunia

liyana said...

nice kak..
like!

azian said...

kak es...
sy lemah semangat....tapi badan kusssss semangat.....hehehehhe

bersama kak Es said...

@ JIJI YU
amacam?
dah sedia nak kawen ???
hehehe

bersama kak Es said...

@ liyana
rasa terbela tak ?

~best jadi perempuan

bersama kak Es said...

@azian
lemah semangat tak bererti lemah jiwa

~tak lemah la yan kalau boleh dok masak lazat2 camtu huhuhu... u are the BEST :)

cik gege said...

kak es! i like!

~nsar~ said...

terbaik ah ka es.. tetiba sy sangat berbangga dilahirkan sbg perempuan.. hehe

bersama kak Es said...

@ cik gege
like kak Es?

I like u too ekeke

bersama kak Es said...

~ ~nsar~
ala sayang...kita kan wanita jelitasss :)

azila said...

K.es..setuju sgt, wanita mmg kdg2 lemah..tp dlm keadaan tertentu dia bleh jd lg kuat dr lelaki kan???

bersama kak Es said...

@ azila

tapi kita memang kuatlah sebenarnya..kan
kalau soh diorg mengandung 9 bulan rasanya meraung2 dah minta tolong..

ct N honey said...

sya suka part last tu,mmg sesuai......nabi kita sebagai perbandingannya

senyumSOYA said...

sokong.. saya pling respek kt mak saya..
dpt besarkn ank2 dia seramai 8 org dgn baik wlpun berkerja..

proud to be a woman. nk jdy cm ma..^^!

sekadar satu coretan said...

saye semangat tinggi...semangat makan ler...

Farhan Zulhusmi said...

Allah...
wanita Allah jadikan mereka lembut...
dan betul...kita melayu lebih kepada tradisi...cumanya...lelaki kena belajar meringankan beban si isteri...
InsyaAllah...farhan cuba perbaiki diri...amin...

Golden Rose said...

betul betul betul...sebenarnya wanita lagi kuat dari lelaki secara mental & fizikal sebab tu hanya wanita diberi keistimewaan utk pregnant & membesarkan anak...hanya wanita saja yg mampu membuat 10 kerja dlm satu masa....buat keja office, keja umah, jaga anak, jaga suami, jaga keluarga etc...fuhh nak tulis pun dah penat