Pages

Tuesday, May 10, 2011

Weeehhhh...harga gula naik la pulak !!!


    Harga gula naik 20 sen

PUTRAJAYA - Kerajaan semalam mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai hari ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom berkata, langkah untuk merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) semalam.
"Kerajaan telah membuat keputusan untuk merasionalisasikan subsidi dan dalam hal ini, MPEN menetapkan subsidi tanggungan kerajaan untuk gula perlu diturunkan lagi," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau berkata, walaupun berlaku kenaikan, harga runcit gula di Malaysia masih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.
Sebagai contoh, katanya, harga runcit gula di Indonesia ialah RM3.80 sekilogram, Singapura (RM3.61), Thailand (RM2.31) dan Filipina (RM4.50).
Sumber : KOSMO

~ dah agak dah...kalau naik je minyak barangan lain mesti naik. Gaji korang naik tak ???

pastu nanti ada pulak backup ... gula naik ada faedahnya sebab boleh kurang kan penyakit kencing manis yang semakin tinggi graf pengidapnya. Tak lah rakyat malaysia kaki kudung disebabkan kaki kena potong akibat dari pengambilan gula yang terlampau ketika harga gula rendah..... bla bla bla bla

10 comments:

Anonymous said...

Salam Kak Es..salam kenal...Hmmm..saya mmg xsuka naik2 harga brg ni..lagi xsuka bila brg kadar pertumbuhan ekonomi sekian% naik tp rakyat tetap terbeban..apakah..???

Lydia Miza said...

kalau semua benda naik...golongan sederhana camner?

mimi said...

lepas ni masak dah tak payah pakai gula.. hehe

Unknown said...

naseb le pakcik tak buat air gule pakcik minum soya je

aizamia3 said...

nasiblah cuma guna hujung minggu je.. tak rasa sangat terbeban tapi alamak.. gula kat rumah dah nak habis lak..

bersama kak Es said...

@ Fitri Senin
apakah...gaji nak naik kot??!!

bersama kak Es said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim)
golongan susah lagi kesiaaann dik :(

bersama kak Es said...

@ JIJI YU
Kesian kat umi nak buat kuih lah Ji :(

bersama kak Es said...

@ aizamia3
lepas ni pakat2 sorok gula la pulak !! aduuusss

mamawana said...

Assalam,

Mmamawana dah cukup manis tak perlu gula... lalalalaaaa (perasan jap) walhal dok pulun cokelat sana sini.