Pages

Friday, May 20, 2011

Korang jangan nak NGELAT ok



Apa khabar kamu ?

Alhamdulillah ada lagi kesempatan nak mencoret kat sini.
Jumaat penghulu segala hari muncul jua...

Kenapa ya...hari Jumaat je rasa bahagia.
Sebab esok anak2 cuti sekolah :P

Jangan perkecilkan hari Jumaat. Kita kadang ternanti2 hari ahad.
Tapi sepatutnya hari JUMAAT lah ..hari yang penuh barokah

Kalaulah kita tahu apa yang terkandung dalam hari Jumaat. Pasti kita akan ternanti2 kedatangannya.

Hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”


Kenapa sebaik hari..korang tak konfiden ke? 
Meh sini nak kabo...nabi yang cakap bukan Kak Es yg reka okeh



  • “Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

  • Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.

  • “Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Jangan kita lepaskan peluang melebihkan amalan pada hari dengan penuh yakin....

Bagi kaum Adam yang baru berangan tak nak gi solat...nak berblog je lupa kan laaaahhh..
sebabnya rugi banget kalau kamu tahu kelebihan yang besar ni Allah nak bagi pada hari ini. Sebelum pegi solat meh sini renungkan....



  • Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)

  • Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Termizi).

  • Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
    Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.
    “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu.
    “Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.
    “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

    Kalau tak nak sekadar telur ayamm...cepat pegi jangan leka lagi

    P/S : Moga Allah merahmati kita semua :)

12 comments:

Belog MTT said...

Selalu lunch hari jumaat para lelaki penuh kat kedai mamak buat muka selamber macam tak bersalah..Hehehe

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Alhamdulillah..Syukran diatas perkongsian ini kak..:-)

www.jamaluddin.net
MA'RIFATULLAH

cik gege said...

salam Jumaat kak es...

Aida Awie said...

thank kak es.. selalu singgah baca, tp xkomen. hari ni hari jumaat,saya terbuka hati nak komen. saya tengah pening2 lalat ni, xde mood nak berblog. layan blog org je lah..

azian said...

kak es...
salam kenal...
sy pun suka hr jumaat...
kl kije leh balik awal...tp hr ni sy cuti...


sempena hr jumaat...sy masak special sikit hr ni...hehehehe

bersama kak Es said...

@ Belog MTT
kan comel kannnn..nyampah!! cam nak campak je sejadah kat dia!! huhu

bersama kak Es said...

@ JAMALUDDIN ABU BAKAR
'afwan...moga sama2 kita sapat manfaat

bersama kak Es said...

@ cik gege
salam Jumaat dik..moga kita dirahmati :)

bersama kak Es said...

@ Aida Awie
alololooo..ciannye.
banyak rehat, relax...minum air kosong lebih kasi suhu badan ok
take care :)

bersama kak Es said...

@ azian
salam kenal azian yang rajin memasak.
Tak tahan tengok blog azian...perut ku berbunyi2 hahaha

best la sape jadi jiran dia :D

Melur Jelita said...

Salam Jumaat Kak Es jelita,
lemao betul brok hari ni...berjam nak masuk sini..
Ermm..kita hanya menyampaikan...buat tak buat tetap pilihan mereka

bersama kak Es said...

@ Melur Jelita
sekadar mengingatkan...nanti kat tak pesan lak hehehe