Pages

Sunday, May 1, 2011

Is It Really BLUE ??





Kak Es pergi ke pasaraya berbelanja....sampai ke kat casher nak bayar, sekali dia tenung muka kak Es minta kad  *$&C* ..waduh !! matanya berwarna BIRU.


Aduhaiii..dah la biru corak2 nya membuat kan Kak Es seperti tergamam. Tak sedar ter'kasi' kad Bank kat dia.


'kak, kad T&*s*& lah.. kenapa kak kasi kad bank?'


"oh!! alamak , tersilap lah dik...jap jap...sambil teraba2 dalam beg..ha! ni haaa.."


dalam hati Kak Es kenapa lah ko letak kaler biru. Ke memang mata ko biru. 
Berbaik sangka lah. mungkin mata dia betul2 biru kot.
Sambil mengisi barang dalam beg plastik Kak Es tengok dia asyik terkedip-kedip seperti tak selesa.


kenapa dik?


Sambil tersengih2 .." tak de pe , kak. Mata saya ni gatal. First time ni saya pakai contact lens. Tak biasa lagi"


"Oh...pakai contact lens. Dah dapat nasihat optometris nak pakai ni?" ecehhhh Kak Es nyibuk2 sikit.


" Hmmm..tak kak. lepas beli terus je balik., nak cepat" 


" Eh..tak leh gitu dik. Kena tahu cara pakai dan penjagaannya. Sensitif ni. Kalau tak kena cara, boleh rosak mata adik sbb senang sangat infection. Tinggi ke power? "


" ye ke kak? bahaya eh..? power? tak de power pun...sesaja nak bermata biru"


"ohh..tak de power. Lahhh... lagi cantik akak rasa kalau contact lens ori yang Allah kasi tu."


Cepat2 dia pulangkan baki ....


" jangan lupe gi check mata ok" pesan Kak Es sebelum berlalu.


P/S : Kak Es tegur masa tu orang lain tak de...kami berdua je :)






Soalan: Apakah hukum memakai kanta sentuh yang berwarna terutamanya bagi wanita?

Jawapan: Di sini kami suka untuk memetik fatwa dari Syeikh ‘Atiyyah Saqr, bekas ketua Lajnah Fatwa al-Azhar:

“Saya fikir apabila seorang lelaki menggunakan kanta sentuh, mereka akan menggunakannya untuk tujuan perubatan. Maka tiada sebarang masalah mengenai hukum dalam perkara ini kerana kanta sentuh juga berfungsi seperti kaca mata. Apa jua hukum yang jatuh pada kaum lelaki (mengenai hukum kanta sentuh) maka hukumnya begitu juga pada kaum wanita.

Walau bagaimanapun, apabila seorang wanita itu menggunakan kanta sentuh untuk tujuan memperlihatkan kecantikan dan menarik perhatian lelaki, maka ia adalah dilarang.

Ia merupakan tabiat sesetengah remaja perempuan pada hari ini yang memakai kanta sentuh yang berwarna-warni dan memilih warna hijau untuk menarik perhatian dan penampilan diri. Jadi, hukum di sini berdasarkan niat dan tujuan seseorang. Jika tujuan seseorang wanita itu adalah untuk menarik perhatian dan berunsur penipuan. Dalam hal yang demikian, memakai kanta sentuh berwarna adalah dilarang.”

Syeikh Ahmad Kutty, Imam dan Pengarah Agama di Pusat Islam Toronto, berkata:
“Syariah meliputi maslahah manusia melalui 3 bahagian, dharuriyat (tidak dapat hidup tanpanya), hajiyyat (keperluan) dan tahsiniyat (untuk memperelokkan). Hukum-hakam syariah bertujuan untuk merealisasikan kehidupan manusia berdasarkan masalih ini.

Mengenai hal memakai kanta sentuh berwarna bagi wanita, saya suka untuk mengajukan soalan ini: Adakah ia termasuk salah satu daripada 3 bahagian masalih itu tadi? Saya tidak dapat katakan ia dharuriyat, hajiyyat atau tahsiniyat. Maka saya tertanya-tanya mengapakah mereka perlu melakukan sedemikian rupa?

Kosmetik moden zaman ini banyak bertujuan untuk mengubah ciptaan Allah pada manusia. Allah telah mengurniakan kecantikan kepada wanita dan dia dapat berhias dan mempercantikkan diri di hadapan suami tanpa perlu melampaui batas atau melakukan sesuatu yang dianggap jelik di sisi syariah.


P/S : kalau betul nak cantik sebab suami ... pakai dan berhias dalam rumah je. Nak keluar dari rumah .. jaga adab2 keluar rumah. Nak cantik tak salah. Cantiklah ikut syariat Allah OKESSSS

9 comments:

Lydia Miza said...

sangat menarik isu ni kak es...hehe.LM sendiri byk kali terkujat tgk org mata hijau.dan tak selesa bila bersama si mata biru ..hehe.minta izin nak share entri ni boleh ke kak es?nnt LM kreditkan ke akak.

mcm ni lah said...

saya rabun jauh dan silau,. jarang sangat pakai kontek lens ni kalo pakai pun utk gi dating jer,. kalo tak dating pakai spek mcm biasa je lah,.. tu pun kaler ceklat atau hitam,. alaaa kontek lens yg besau tu,. kalo pakai tu boleh main2 mata dgn heliza helmi,. hehehehee

bersama kak Es said...

@Lydia Miza
ha ah kan dik comot yang comel , kite lak terkulat2 tgk mata2 cam kucing nih hihihi

silakan..share je,yg penting sampai! apa yg nak kita nak mereka tahu itu.. :)

bersama kak Es said...

@ mcm ni lah
Sebenonye Kak Es pun pakai gekk. sebab nak kasi hidung tu tak semakin kemik akibat dihempap spek hehe.
Boleh pakai, tapi kalau dah letak kaler hijau biru merah suma tu..kan nak kasi org tgk ?
Eh! tak betul ke...ke sendiri nak tengok..(nampak ke?)

bermula amal dengan niat,kan kan kan

PEACE !

Unknown said...

niq pakai gak..warna hazel ngn kelabu...heeee..warna lain x minat...

Melur Jelita said...

Wahhh menarik kak Es jelita....nanti nak share ya kalau brok ok..

bersama kak Es said...

@darxniq
sepupu kak es pun pakai hazel sebab mata asli dia mmg hazel... :)

bersama kak Es said...

@ Melur Jelita
Si Jelita datang bertandang :)
Silakan .. kak Es pun lepas dah banyak kali terserempak si mata biru merah hijau ni..terus cari fatwa. Sebab kita yang perempuan ni pun.. 3 4 kali tenung, kalau lawan kita tu..hmmmntah berapa kali. Ya Allah, selamatkan lah iman mereka

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

as salam, tq sudi tingalkan komen kat blog saya...jemput dtg selalu.
BSB rabun jauh dan telah 16 tahun pakai contact lens.tapi weekend kena pakai spek utk merehatkan mata..lens yg x ada color pun.. nak juga try yg color tapi rasa macam tak kena dgn kulit yg gelap nieee...heeheee.