Pages

Sunday, May 22, 2011

Operasi mencari dihentikan



Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat. 

Operasi yang bermula jam 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada jam 5.05 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supt Azman Ayob, ketika memberikan perkembangan terkini mengenai insiden itu kepada pemberita di lokasi kejadian pagi ini berkata mangsa yang terkorban 16 orang manakala sembilan mangsa yang terperangkap selamat. Mangsa yang meninggal dunia di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
Azman berkata, lokasi mangsa yang berada berdekatan antara satu sama lain membantu memudahkan usaha mencari dan menyelamat. 

Katanya, pasukan mencari dan menyelamat membabitkan seramai 754 anggota daripada pelbagai agensi bantuan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), SMART, Tentera 4 Divisyen, dan Pasukan Gerakan Am (PGA). 

"Operasi mencari dan menyelamat dihentikan setakat ini dan akan disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk pastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap," katanya. 



3 comments:

JIJI YU said...

dgr citer tadi..bend ani mmg dah dijangka..tapi tak kuar amaran..hurm..kuasa tuhan

azian said...

kak...
kl kene la kat kita ntah mcmne la gaknya...

Nini Hartini said...

ms dpt tahu berita ni tini dlm dewan ada smbtn hari guru kt shah alam. terkejut sgt. ms tu mereka trus buat derma kilat. mmg sedih bila dgr MC buat pengumuman.