Pages

Saturday, May 14, 2011

Sakit kepala--------->>preggy


Kalau mengandung banyak sungguh dugaan
tapi
sabarlah....semuanya dah Allah sediakan ganjaran 

Musim panas ni ramai yang ngadu sakit kepala
kalau tak preggy Kak Es kata 
tak tahan kalu....makan ubat :p

Yang preggy ??
cian...makan ubat nanti effect lak

Jom kongsi sikit maklumat 
yang tak berkaitan tu baca je
kot nanti boleh guna
time isteri kamu preggy 
pastu ngadu sakit.

Baca!! jangan tak baca

Dalam keadaan tidak hamil, sakit kepala atau pening sangat mengganggu aktiviti harian anda. apalagi jika masalah ini dihadapi oleh wanita hamil. Berat badan yang semakin meningkat dan pelbagai lagi perubahan yang dialami ketika hamil membuatkan rasa tidak selesa semakin bertambah.
Jika tidak hamil, sakit kepal boleh diatasi dengan memakan ubat. Tetapi, semasa hamil, tidak dibenarkan untuk memakan sebarang ubat kerana ia akan memberi kesan yang buruk kepada bayi.

Jenis dan Punca Sakit Kepala Ketika Hamil

- Perubahan hormon dan kitaran darah sehingga berlaku kepada perubahan darah.
o Jika ibu hamil membuat sesuatu kerja yang berat dan tergesa-gesa boleh menyebabkan bekalan darah ke kepala berkurangan.

- Anemia (kekurangan sel-sel darah merah).
o Bekalan oksigen yang seharusnya dibawa oleh sel-sel darah merah ke kepala berkurangan.
- Tekanan di tempat kerja atau tekanan mental yang lain boleh menyebabkan sakit kepala atau pening kerana ketegangan.

Apa yang Perlu Anda Ketahui?

Jika sakit kepala, tidak disertai dengan pandangan yang kabur dan bengkakan pada badan yang berlebihan, maka ia bukanlah satu masalah yang perlu dibimbangkan.
Tanda-tanda tersebut adalah gangguan migraine atau pre-eclampsia. Selain itu, tidak perlu risau jika sakit kepala tidak disertai dengan sakit pada bahagian bawah perut dan pendarahan sebagai salah satu tanda kehamilan di luar rahim.

Bagaimana Cara untuk Mengatasinya dan Mencegahnya?

- Tenangkan badan secara rutin supaya pengaliran darah berjalan dengan lancer dan rehat yang secukupnya.
- Kurangkan aktiviti yang dapat menimbulkan ketegangan, cubalah untuk menghadapi masalah hidup dan hentikan sebarang kegiatan jika kesihatan tidak mengizinkan.
- Makan makanan yang mengandungi nutrient dan kurangkan mengambil makanan yang terangsang untuk mengalami gangguan perut seperti pedas dan berlemak kerana ia juga boleh mencegah timbulnya sakit kepala.
Apabila sakit kepala menyerang, baring perlahan-lahan dengan posisi kepala lebih rendah dari jantung atau berbaring dan Alaskan kedua-dua belah kaki dengan bantal dalam beberapa minit, jangan lakukan gerakan yang menyakitkan.

3 comments:

senyumSOYA said...

akak kalau sakit kapla malam2 tu cmna tapi x suka makan ubat..

qucachahir said...

cabarn tue..hehe..
kite sakit pale sebab gastrik..tak makan.. ;)

Nini Hartini said...

tini sejak 2 minggu ni asyik pening bila pagi. kwn2 ckp mcm tanda2 org hamil. tp tini pening kali pertama ms period. huhu.. kalau mmg preggy, subhanallah seronoknya.