Syukur sangat ...alhamdulillah!!
Terima kasih Ya Allah menyelamatkan kami sekeluarga.
Pagi tadi teruk betul lalulintas Hiway Pasir Gudang. Seawal jam 7 keluar rumah....masuk sahaja hiway untuk U turn ke Pasir Gudang tiba2 nampak kemalangan arah ke Pasir Gudang. Trailler dan kereta. Keadaan kereta terperosok di bahagian hadapan trailler..hanya pintu kelihatan.
ushhh..ni mesti kes laju ni sampai nampak pintu kereta je...yang lain tu hancussss
Jalan sangat sesak...terpaksa U turn dan cari jalan dalam. Pun sesak juga ! sebab semua arah perlu lalu jalan yang satu. Kak Es pun lepak je kat Tesco dari terus tersangkut dalam kesesakan yang amat tu. Telefon pihak sekolah dan maklumkan anak2 sampai lambat sebab hari ini exam.
Cikgu pun dah sedia maklum ramai yang terkandas dalam kesesakan dan telefon memaklumkan pihak sekolah. Sejam berlalu...hi way dibuka semula laluannya. Kak Es pun terus U turn semula menghala ke Pasir Gudang.
Sebelum tu dah perasan bomba semburkan air dijalan tersebut..ingatkan darah dan serpihan je.
Susur masuk je, Kak Es terus bagi signal kanan , berjaya masuk lane kanan...tiba-tiba kereta dihadapan brek secara mengejut....Kak Es pun menekan brek ! tak makan !! tarik hand brake !! kereta masih meluncur ke kanan...dengan pantas Kak Es belok stereng ke kiri. Tak mampu juga mengawal kereta terus meluncur ke kanan jalan....srrreeeettt...bergesel dengan tembok. Malangnya keadaan jalan yang licin menyebabkan kereta tak dapat dikawal dan terbabas ke kanan jalan terdengar jeritan anak2 Allahhhhh!!! anak2 menjerit. Umiiiii...
Ya Allah...sungguh tak dapat berbuat apa2 ketika itu. Tembok dibahagian tepi itulah memberhentikan kereta kami akibat geselan. Jalan licin, penuh dengan serpihan..batu2 berserakan menyebabkan kereta tak dapat dikawal....anak2 menangis ketakutan.
Hanya doa mohon Allah hilangkan kepanikan.
Pandang cermin belakang... 3 4 buah kereta di belakang Kak Es turut terbabas..nasib menyebelahi kami kerana tiada berlaku perlanggaran sesama kereta. Kalau itu berlaku keadaan akan menjadi bertambah teruk.
3 lori on tow dah stand by di tepi jalan. Hampir 500m jalan tersebut dipenuhi minyak. Seorang India datang bertanyakan keadaan kami. " kami semua ok. tapi kereta ni tak tahu mcmana"
India tersebut panggil 4 orang rakan ..alihkan batu kemudian tolak kereta Kak Es melepasi bahu jalan. Alhamdulillah kereta boleh dihidupkan. Mereka berpesan pandu dengan perlahan disebabkan jalan berminyak. Agaknya trailler dah heret kereta agak jauh dan tangki minyak pecah.
Keadaan dalam kereta semakin reda dengan tangisan setelah kereta boleh bergerak semula. Anak2 Kak Es minta mereka beristighfar banyak dan selawat supaya hati mereka tenang kembali.
Sesampai sahaja di sekolah..mereka turun dari kereta dan kak Es memeluk mereka erat. Berderaian air mata. Kak Es bisikkan di telinga Alhamdulillah kita selamat. Sehingga lah mereka tenang kembali , baru Kak Es lepaskan pelukan. Minta mereka tumpukan peperiksaan hari ini.
tayar kereta penuh dengan minyak dan beberapa bahagian telah kemek. Yang penting kami semua selamat.
Perjalanan balik ke rumah....Kak Es dapati di tempat kejadian tadi ada lagi perlanggaran. Ada kereta tersadai di tepi jalan. Ada yang kemek bahagian hadapan.....patut lah lori On Tow stand by kat situ. Mereka dah boleh agak akan berlaku lagi kemalangan dengan keadaan jalan yang licin. Sangat bahaya. Manakala motosikal pula terpaksa ditolak/tuntun ketepi dengan keadaan jalan yang sebegitu.
Apa2 pun kami dah selamat....
P/S : sepanjang perjalanan ke sekolah anak2 sentiasa mengalunkan surah yassin. Kalau tidak mungkin lebih teruk dari itu....
WW: Kopi Tenggek Tanjung Piai
4 days ago
24 comments:
alhamdulillah akak n family selamat..
alhamdulillah kak es dan anak2 selamat.. teruk jugak kan excident 2 myebbkn tumpahan minyk.. xpasal2 orang laen plak kena.. bhaya mcm 2... ishk3..
K.Esssss..alhamdulillah. takut zla dgr cter k.Es ni, nasib baik K.Es ader kekuatan lg nak tros drive, kalo zla ntah2 tergamam dlm tu. Tapi syukur sangat2 kan..suma selamat.Take care:)
cemas saya membacanya...fuhh...alhamdulillah mujur selamat semuanya. kereta kemek tak pe, boleh dibaiki.
Alhamdulillah kak Es dan anak2 selamat. saya takut betul kalau eksiden2 ni... pengalaman terbabas dulu cukup trauma..
@JIJI YU
terima kasih
alhamdulillah..tapi lutut masih menggeletar...kusss semangat
@ normala_ali
mala nak tahu, hiway ni mmg kerap sangat eksiden.
kdg2 dalam berhati2 pun kena ...
alhamdulillah tak de yang cedera anak2 Kak Es
terima kasih ye mala
@ azila
ya Allah..memang Kak Es senak perut time tu cik la. dah tak boleh fikir apa2 dah. bila tgk muka anak2 terpakse buat2 kita ni OK.
Ikutkan hati nak klua dari kete duduk tepi tu... tapi bila tgk anak2 panik, kita terpakse memaksakan diri jadi kuat. Kalau tak... lagi kesian tgk diorg.
terima kasih ye zila
@ Aku Ibu Muda
alhamdulillah Kak Es selamat.
kete tu boleh repair , kalau jadik apa2 ..hhmm tak tahu lah. Mohon dijauhkan..
terima kasih ye wani
@ Sue's
hanya yang melalui boleh rasa saat cemas tu kann.
ikutkan hati memang la. Rasa cam kusss semangat. tapi mengenangkan anak2 kite kena jadi kuat.
thanks Sue
alhamdulillah..tak berlaku perkara2 yg buruk...
pernah jugak eksiden..mmg ngeri kalau diingat2kan..mase tu kereta hantam dari belakang jln licin lalu terbabas nasib baik tak langgar bukit kalau tak mmg terbalik kete kami tu...anak2 menjerit dlm kete..tak boleh nk control sebab tayar 3 dah pecah terlanggar benda tajam...
mmg ngeri la kalu diingat2kan..
alhamdulillah akak sekeluarga dalam lindungan ALLAH...
menangis jugak saya baca entri ni... T_T
ya Allah. menggeletar sy baca, panic kak! alhamdulillah semua selamat. harap2 anak2 akak boleh focus dan jwb exam dgn jayanya. kesian dia org. :(
@ ainnoraini
kisah ain lagi cemas...boleh bayangkan macam man rasa hilang kawalan...sangat cemas kan, ain. lagi pulak anak2 dalam kete.
alhamdulillah kita selamat
terima kasih ain
@ Sunah Mohammad
syukur sangat kami semua selamat.
sunah mesti mengimbau kembali saat cemas prog lepas kan.
masa kejadian hanya terbayang wajah anak2 ... terdengar suara mereka menjerit2..sangat cemas.
terima kasih ye dik
@iEtaFAkyR@
Kak kat rumah dok risaukan takut2 diorg masih trauma. Nasib baik ada kawan yg mengajar diorg. Minta kwn kak bagi semangat.
syukur tak de yang cedera.
terima kasih ieta.
alhamdulillah akak dan keluarga tak apa2..
sebak hati membacanya. lagi2 bila fikirkan anak2 kak es. tp syukurlah tak ada sbrg kejadian tak diingini. mcmmana lah anak2 menjawab soalan exam ye. semoga dipermudahkan segalanya.
habis kereta kak es mcm mana?..
~setiap yg berlaku pasti punya hikmah disebaliknya.
@ Rai
syukur alhamdulillah..
terima kasih rai
@ Nini Hartini
mood hari ni pun tak tahu..macam melayang-layang.
syahdu sebak cemas ... alhamdulillah, semua selamat.
Kereta tu kemek sikit bahagian driver kat pintu tu. Tapi still boleh buka pintu. Kat bahagian tayar yang bergesel tu ada 'luka' sikit.
alhamdulillah ~ tak teruk sangat
anak2 pun ter psiko juga. nasib baik ada sahabat kat MITT tu yg boleh tolong tengokkan dan bagi semangat. Petang tadi mas nak pi ambik diorg balik sekolah..ank2 telefon ~ umi, bawa kereta elok2 ya. jgn lupa baca doa ~ sebak hati akak.
Jalan tu pun dah diturap ~ ada hikmah juga ... dapat jalan baru
Tini, terima kasih ya
Alhamdulillah....alhamdulillah ...alhamdulillah
ahhhh terharunya baca. mst dorg bimbangkan umi nk drive jemput dorg. tini sendiri pernah alami kejadian yg hampir meyebabkan nyawa tini melayang. masa berhenti kt traffic light, ada kereta dr belakang yang tak sempat nk brek dan bawa sgt laju. Sikit lagi nk rempuh tini (naik motor). tp Syukur dia terbabas ke bahagian tepi dan langgar lampu traffic tu. Innalillah...
Masa tu smpi rumah terus tini sujud syukur. Mmg dpt fahami perasaan kak es sbb ms tu tini rs mcm mati hidup semula je.
alhamdulillah akak dan anak2 selamat..maaf ye akak,saya br tau ni.moga akak kuat hadapi trauma ini
kak es...
ya allah.....
mujur tak de pape...alhamdulilah....
isk...takut jugak kl jd pada sy...dah la bawak baby....
akak trauma lg ke ni???
Post a Comment