Salam pagi Jumaat yang penuh BAROKAH...
Kak Es ajak diri Kak Es sendiri dan kawan-kawan semua untuk tahu HAK MILIK terpelihara...
Jom kita REMIND diri kita kejap....
Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. Berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:
1. Hak kepada diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2. Hak kepada malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH
3. Hak kepada kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.
4. Hak kepada Munkar dan Nakir: tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
5. Hak kepada mizan (neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.
6. Hak kepada sirat (titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
7. Hak kepada Malik (malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
8. Hak kepada Ridhzuan (malaikat penjaga syurga): merasa redha kepada qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dari melakukan maksiat.
9. Hak kepada Nabi Muhammad SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari ALLAH.
10. Hak kepada ALLAH SWT: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
6 comments:
ni hak yang di amanahkan kepada kita..
Alhamdulillah K.es..kadang2 kita ni mmg tahu, cuma bila x diperingatkan camni..selalu lupa dan alpa
Alhamdulillah...terimakasih kerana mengingatkan..
part 47 dah ada
@JIJI YU
yang kadang kala kita terlupa ...
@ azila
kan cik la..nama pun manusia, mudah sangat lupa.
harap ada kawan2 yang dapat peringatkan :)
@ Melur Jelita
sama-sama kasih
Part 47 yang mendebarkan ...benci AZAD ! huhuhu
Post a Comment