Pages

Monday, May 9, 2011

Petang yang SEDAP


Memang senang sangat kerja umi.
Memudahkan umi cuci periuk bagai. Kak Es baking kek hari ni. Sesaja tekak ni teringin sangat nak makan kek sempena bulan untuk ibu.
Yang paling best anak Kak Es yang bongsu ni dengan setianya menunggu saki baki coklat yang telah di double boil tu. Biasanya kalau dah keras nak cuci tu leceh sket la.
Tapi dengan kesetiaannya ( ha ha ha ) memudahkan kerja Umi dia nak cuci.
So nanti boleh kita baking lagi dan lagi dan lagi ye...sayang.

Kek paling Best untuk dimakan hasil tangan umi Kek Choc dan Cheese Cake.
tapi hari ni layan Kek choc je sebab nak habiskan chocholate yang berbaki tu.

Sape nak angkat kaki tinggi2 hik hik hik


Atas permintaan PutRi 
ni Kak Es pun memaksakan diri untuk menaip Resepi Choc Moist ni.
Choc tu guna choc compound tau..kat kedai jual bahan2 kek ada. Kak Es pakai Collata Choc... memang sedappppp

Bahan-bahan:
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan marjerin/mentega cair
  • 1 cawan susu cair (susu sejat)
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 3 biji telur (pukul sedikit)
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh soda bikarbonat

Cara-cara:
  1. Panaskan pengukus.
  2. Satukan gula, serbuk koko, marjerin dan susu cair dalam periuk. Panaskan sehingga gula larut dan ketepikan, biar sejuk seketika.
  3. Kemudian masukkan susu pekat dan telur. Kacau sebati.
  4. Masukkan tepung gandum yg telah diayak dengan serbuk penaik dan soda bikarbonat.
  5. Kukus 45 sehingga 60 minit atau sehingga masak. :)
  6. Hias ikut suka. Nak buh topping pun bleh, tak buh pun tak apa..
-guna standard measurement cups yea..


11 comments:

putERi-kAtEk said...

waaa kak es....menyelerakan...xletak resipi sekali ke....

bersama kak Es said...

@ putERi-kAtEk
my dear princess daisy...hehehe
dah akak letakkan resepi ok. Boleh la minta dayang2 sediakan :)

putERi-kAtEk said...

terima kasih kak es!!!! hahahaha....nnti sy cuba buat bila dh balik umah nnti...hehehehehe

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ said...

gulppppp ceq on diet ni..apsal letak entry choc2 yg menggiurkan nih huhu ;p

Nini Hartini said...

bestnyeeeee... kak es, perjumpaan nisa' bebila nnt buat eh. ni requst dr nini hartini. haha

FAZLINA AZIZ said...

lapa pulak tgk,nak buat sendiri tak reti.
singgah,datang dari blog abg ben =))

TAK SALAH KALAU BALAS KUNJUNGAN KAN?

personal blog :
http://expire-date.blogspot.com/

blogshop :
http://old-stuffresale.blogspot.com/

THANK YOU !!!

bersama kak Es said...

@ ♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥
pasai ceq nak hancussss kan diet mu hehehe..jemput makan

bersama kak Es said...

@ Nini Hartini
orait...bila gether2 dgn Nisa' team nanti Insya Allah akak bawa okeh

bersama kak Es said...

@ FAZLINA AZIZ
penat kak Es kasi resepi..try la dulu insya Allah jadik

Nanti kak Es balas kunjungan ek

Mohd Ridhuan said...

bestnye..
ade yg tlg hbiskan saki baki...
seronok...
huuhhuhu

bersama kak Es said...

@ Mohd Ridhuan
meh la join..senduk tu belum cuci lagik hehehe