Pages

Saturday, May 14, 2011

Dah tak PEACEful lagi...


Tenang..

Damai ...

Harmoni....

Seronokkan....boleh hidup dengan aman.

Tapi sekarang ??

Apa dah jadi...

Nyawa bagaikan tiada nilai...

Peri kemanusiaan semakin terhakis...

Rasa kasih sesama manusia semakin menipis....

Tengok sini >>>>>>>

Emma (kiri) dan suspek

Mangsa ke-23 diserang lelaki bermotosikal ketika berhenti di simpang tiga 
KUALA LUMPUR: "Saya hanya mampu beristighfar dan menjerit meminta tolong apabila disimbah cecair bercampur asid oleh seorang lelaki bermotosikal," kata mangsa ke-23 kes serangan asid yang menceritakan detik mencemaskan disimbah cecair bercampur asid dalam insiden berhampiran Seksyen 10, Wangsa Maju, di sini, semalam.

Mangsa yang juga anak pegawai kanan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur yang hanya mahu dikenali sebagai Emma, 31, berkata, beliau sangat terkejut apabila seorang lelaki bermotosikal tiba-tiba menghampiri keretanya ketika berhenti di simpang tiga di lokasi kejadian, kira-kira jam 8.30 pagi.

“Simbahan cecair bercampur asid itu terkena seluruh muka dan pakaian saya, lalu menyebabkan mata saya terasa sangat pedih,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Lembah Keramat, Ulu Klang, dekat sini, semalam. 

Emma berkata, beliau tidak tahu siapa yang menyerangnya malah bingung diperlakukan begitu kerana hanya mengusahakan perniagaan kecil-kecilan dan tidak pernah bermusuh dengan sesiapa. 

“Ketika kejadian, saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar sepupu yang bekerja. Saya masih ingat, kerana sejuk, saya membuka tingkap di bahagian pemandu tetapi tidak menyangka ada lelaki datang menghampiri dan menyimbah cecair bercampur asid ke arah saya,” katanya. 

Emma menasihatkan wanita yang bersendirian sama ada berjalan kaki, menunggang motosikal dan memandu kereta supaya berwaspada bagi mengelak menjadi mangsa simbahan asid. 
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, Bukit Aman menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menangani kes serangan asid yang sehingga kini membabitkan lebih 20 mangsa wanita. 

“Jawatankuasa khas yang dibentuk Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin akan bekerjasama dengan beberapa kumpulan pemandu teksi bagi membantu polis mengesan suspek termasuk memaklumkan kejadian melalui perkhidmatan radio teksi jika terlihat serangan seumpama itu berlaku berhampiran mereka,” katanya. 

Khalid berkata, setakat ini, polis hampir mengecam beberapa saksi melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa lokasi kejadian kes serangan asid tetapi siasatan lanjut masih dilakukan. 

“Polis juga sedang mengenal pasti motif utama suspek yang sering menyasarkan wanita sebagai mangsa. Kita tidak menolak kemungkinan pelaku jenayah ini mempunyai masalah mental,” katanya. 

Sumber :Berita Harian



P/S : Kamu semua jaga diri ya. Baca doa sebelum keluar rumah ... 

2 comments:

Harfiz@Bizstudent said...

apa motif dia sebenarnya yer?

qucachahir said...

kenapa dy wat gitu?..
aish..tak mau lah time drive bukak tingkap kete..