Ketika Allah Memilihmu Untukku..
Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beritahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku, Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..
Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu,
Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Kerana kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..
Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu,
Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya..
Maka tautlah tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita.. Ibadah pada-Nya ta'ala..
Padamu yg Allah tetapkan sebagai nakhodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah..
Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..
Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah,
akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang teguh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..
Padamu yang Allah pilih menjadi penyokong hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah,
kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta,
kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..
Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu..
Redholah padaku, Sungguh Redhomu adalah Redho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Kerana bagiku kau adalah kunci Syurgaku..
P/S : Moga kita kekal hingga ke Jannah.
13 comments:
waaa terharunya puisi.. moga berkekalan hingga ke akhirat..
@~nsar~
ameen..terima kasih syafiqah :)
terharu juga tak sangka Allah jaga hingga masuk ke tahun yang ke 12 :)
heheh nk jgk
@JIJI YU
ayoorkkk..kasi tau umi dia.
puitis sekali. hehe... mesti terharu hubby akak kalau baca :)
moga pernikahan kita kekal bahagia hingga ke Syurga.Amin
@Nini Hartini
dia belum tengok lagi. nak suruh tgk pun akak yang berdebar-debar hik hik
ameen...love till Jannah :)
selamat ulang tahun kak, semoga bahagia hingga ke akhir hayat
AMINN ! insyaALLAH kak bahagia ke akhir hayat sampai ke syurga ..
sedey jer rase .. cam besh jer kan . nak jugak ! :'(
@IEB
ameen...terima kasih atas doa
sgt mengusik jiwa.
tu gmb kak es?alamak..muda la.betul ke kak es ni pangkat akak kat LM?
tini pun segan kalau hubby baca blog tini kak. mmg xkisah, tp malu. hehehe
@ Lydia Miza(Aidyl Azim)
isshhh..tak kira . Panggil akak jugak okeh :)
Kak Es budak kayu UiTM Pahang. Time row call Dpim pepagi buta tu cam jam loceng kami lah bila tgk bebudak Dpim kelam kabut kena turun kah kah kah
Zaman Kak Es dulu Pn Atkah suke cycling kat ladang Dpim.
Pastu budak Dpim time tu jual cili jeruk...fuuhhh memang sedap lah
Kak Es tue lah dari LM yang cute cam budak darjah 3 nih hehehe
@ Nini Hartini
malu malu meowww..hahaha
Post a Comment