Jangan diamalkan selalu keluar malam nanti kena pneumonia ahaksss
Sampai je kat pagar rumah dia....fulamaaakkkk!! memang terpegun la tengok benda ni .......
aromanya semerbak
"weehh...banyaknye ko punya pandan"
'bak aku sikit...'
"ambik la. Banyak pun boleh. Aku bukan nak masak nasi lemak hari2...tak luak pun"
'Laaaa...ko ingat pandan ni untuk nasi lemak je ? aku tak mo la 2 3 lai ( macam tamak pulak eh ). Bak 2 3 pokok'
"banyak nya...ko nak bisnes ke ? ~ahahaha"
'Issshhh....tadi cakap tak luak. Meh sini la aku kasi luak. Banyak kegunaan pandan ni......
1) Makanan.
a) Air perahan daunnya boleh digunakan membuat kuih2 tradisional seperti kuih talam, ketayap(kuih gulung), cendol, seri muka, buah melaka,bingka (bengkang,kata orang utara)
b) Daunnya yang dilayur, boleh digunakan untuk membuat ,ketupat, bakar ayam
c) Menambahkan wangi pengat ( serawa kata orang utara),nasi lemak, nasi putih, sirap, berbagai jenis bubur
2) Pelbagai:
d) Pewangi kereta - gunting beberapa helai daun muda,masukkan ke dalam bekas plastik. Ia mampu bertahan selama 2 minggu.
3) Ubatan:
a) Lemah saraf - ambil 3 helai daun muda, rebus bersama 3 gelas air ( biarkan hingga susut menjadi 2 gela). Tapis dan minum 2/3 kali sehari.
b) Buang angin dalam badan : Ambil segenggam pulut. Uli (gentel) supaya menjadi butir-butir kecil. Tambah halia sebesar ibu jari. Masukkan 7 helai daun pandan muda. Masukkan 2 ketul gula melaka. rebus bersama 2 liter air. Tunggu sehingga ketulan pulut timbul di permukaan. Bila sejuk, tapis dan boleh minum. Amalkan 2/3 kali sehari.
c) Gelisah : Ambil 2 helai daun muda. Rendam dalam secawan air yang panas. Tapis dan minum 2/3 kali sehari.
d) Rambut gugur: Daun pandan dicampur dengan 3 jenis herba ( Indonesia)
e) Menghitamkan rambut: Potong kecil-kecil daun muda. Rebus sehingga airnya berwarna hijau. Embunkan semalaman. Pada keesokannya masukkan air perahan 3 biji buah mengkudu. Ramas rambut dengan air ini selama 10-15 minit. Lakukan 3/4 kali seminggu.
f) Kelemumur: ambil 7 helai daun muda. giling halus2. Campurkan 1 atau 2 cawan air. Ramas rambut selama 10-15 minit. Biarkan seketika.Kemudian basuh dengan air sekali lagi.
Dah selamat pandan tu Kak Es kerjakan....
buat projek cam hari tu. Ala projek yang best tu...lupe? KLIK SINI
12 comments:
kak es...
byknya petua....
mat sapak dah takde dah kak...bangkrap sudahhh...
akak duk mane dulu???
sy kat jengka 20...suami kije sini...kami dua2 org johor...
selalu letak kat dlm kete...kat rmh ade jugak...tapi tu la mcm hidup segan mati tau mau...
byk petua rupenye ye...
Wahhh..banyaknya petua..yang 3 herba indonesia tu cakap habis la..sorok2 pulak! hahaha
@Melur Jelita
tak sorok aiihh
kamu mau ya..
~ambil 10 lembar daun waru muda, segenggam daun urang-aring, 5 lembar daun mangkokan
kalau ngak ada disini..kamu bisa cari di Indon ya kakek
@ azian
byk gunanya daun pandan ni.
akk suka baunya yang sedap kat kepala hahaha
Bandar Pusat Jengka ~ budak kayu hehehe
@ ainnoraini
biarkan dia hidup..nanti banyak benda boleh guna.
Pandan ni nak banyak air...
manja, kannn
kakek pulak! itu nenek la..apanya daun itu...nggak ngerti..ada di malaysia ka...hehehe
@ Melur Jelita
sudah ku bilang herba indonesia
ngak ada di sini sih..
kakek itu nenek ya ekekeke
:)
patutlah dia cerita pasal daun pandan kat rumah kita!!
:)
@ DrSinga
oppss..
bukan ke kita bincang ttg mas cotek dan kacip fatty ekekeke
bayk nyer petua..share la sket kak..hehe..
boley bt uwang nie,,
@ ain dzaya
akak dah share semua dah kat atas tu hehehe..tak cukup ek ?
Post a Comment