Pages

Sunday, May 15, 2011

Menangislah .....


Tersentuh dengan entry Jiji  pepagi ni

Ramai dan termasuk Kak Es sendiri mudah sungguh mengalir air mata
Tengok cerita Korea pun boleh nangis bila babak sedih
walaupun satu hapa pun tak paham dia kata apa. Even ada subtittle tapi penghayatan kita tu mmg sesangat komited. Sub tittle tu kengkadang tak sempat habis baca pun..tapi punyalah komitednya pada kisah tu ...boleh nanges wooo.

Baca blog adik2 yang nanges malam2 rindukan kekasih hati sebab siang tadi gaduh2 manja.
Nanges diorg..kesian.
Baca blog ibu yang ditinggal suami nanges gak si ibu mengenangkan nasib utk menanggung anak2.
Kat FB kawan cerita anak kucing kena langgar...dia nanges sedih ingat kat anak kucing tu.

Semalam kawan Kak Es cerita sambil nanges-nanges beg duit dia kena curik. Dalam tu tak de duit tapi ada barang yang amat2 dia sayang ..sentimental value (bracelet kesayangan)

Nama pun manusia ... hati kita amat mudah nak nanges.
Tak salah nanges. itu tandanya hati kita ada sensitiviti. Hati kita masih hidup.
Hati kita sangat mudah disentuh....bukan ROBOT !!

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dan seseorang yang berzikir mengingati Allah dalam keadaan sendirian, lalu berlinanganlah air matanya kerana takutkan Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari)


  • Dah berapa lama kita tak nangis ketika menyebut nama Allah dalam hati maupun lisan.
  • Dah berapa lama kita tak nangis mengingati pengorbanan kekasihNya Muhammad S.A.W berjuang menegakkan ISLAM
  • Dah berapa lama kita tak renungkan berapa banyak dosa-dosa yang telah kita lakukan tanpa sempat menyebut astaghfirullah kerana kesibukan dunia yang tak berkesudahan


Dah berapa lama kita merasakan bahawa kematian itu sesuatu yang PASTI ... tapi kita belum2 juga bersedia.



Abdullah bin al-Syakir berkata: “Aku pernah menemui Rasulullah SAW ketika Baginda bersembahyang, sementara dari dalam tubuhnya terdengar suara seperti air yang mendidih kerana tangisan.” (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
Bagaimana jika air mata tidak juga mahu keluar, puas sudah hati memaksa sedih supaya kekhusyukan boleh singgah, walaupun sekejap. Kesilapan apakah yang dilakukan hamba Allah yang tidak dapat menangis ini?
Pertama, kerana ceteknya ilmu sehingga hati dan akalnya tidak dapat meneroka lebih jauh memikirkan keagungan Allah. 
Ke2 ~ kerana dirinya tidak merasai kesusahan ujian dan musibah, segalanya berjalan dengan aman dan lancar dalam kehidupannya sehari-hari.
Ke3 ~ berlebih-lebihan dalam bergembira, bergurau dan bermain-main.


Ke4 ~ kurang muhasabah dan bertafakur melihat kelemahan dan kekurangan diri. 


Ke5 ~ berlebihan pula membanggakan amal sehingga mematikan rasa takut kepada Allah.

Menangis tidak semestinya menunjukkan seseorang itu lemah bahkan menangis kerana takut kepada Allah boleh melonjakkan semangat seorang hamba untuk mengorbankan segala-galanya yang dimiliki demi Tuhannya.
Bukankah syuhada menumpahkan darahnya kerana meninggikan kalimah Allah, biarlah kita mulakan ia dengan menitiskan air mata kerana Allah, itu saja yang termampu kerana harga setitis air mata itu lebih mahal dari dunia dan segala isinya.






19 comments:

Unknown said...

muauhahah..tersentuh eh kak..malu ii

Cikrosecute said...

Salam kenal...

Ni mesti jiwa sensitif..

samalah gan kita...mudah tersentuh..

Follow kamu

http://hairuliza-anakku.blogsport.com/

Lee said...

Hi Kak Es, I was at MakcikKantin's place noticed your callsign busybody over.
Like your humour, "home manager', ha ha.
You have a nice day and keep a song in your heart.
Lee.

anumuchan said...

mudah menangis jugak..hehee..perempuan kebnyakannya mcm tu kan.. :P

mimi said...

sy pun mudah menangis dengan benda yang kadang-kadang macam tak payah nangis pun tak apa. emosi kuat sgt sy ni. huhu

Melur Jelita said...

Ermm...kak es jelita..sob sob sob..hu hu hu...huwaaaa..waaaaaa

Dhea Ahmad said...

same jugak la dengan saya neh...cepat sangat mate neh bergenang....adehhhh

bersama kak Es said...

@ JIJI YU
ko sokmo gitu..
entry tah ape2 kasi syahdu syahdan pepagi

bersama kak Es said...

@ Isteri @ Ibu Cute
salam kenal
selamat datang ke pondok Kak Es ni

tu la...kan.sikit2 nak nanges

pasni nak train nanges bila baca tafsir lak :)

bersama kak Es said...

@ Uncle Lee
HI McK...it's such a wonderful name other than McD hehhe :P

Uncle Lee ... nice knowing McKantin. Selalu la update entry yang best tu :)

bersama kak Es said...

@ アヌム ちゃん~~
dah agah daaaahh..
tambah2 lak dok perantauan..air mata mesti sangat mudah menitiskan
sob sob sob
balik ke raya nanti ?
wah!! Kak Es melampau kasi org jepun ni nanges lagik

bersama kak Es said...

@ mimi
nanti kita cuba latih bangun solat malam nanges ngan Allah lak nak?

bersama kak Es said...

@ Melur Jelita
u really make me touched with ASST..
and it's really make me getting closer to the All Mighty

sob sob sob

P/S : mana Hilman?????????

bersama kak Es said...

@ nadia ar-rumaisha
KakEs tengok muka pun dah dapat agak... manja!!

sokmo ek dengar kuliah ilmu :)

Unknown said...

Saya pun mudah tersentuh :(
Btw , best entry nih :D

peNulis SeNjA said...

http://www.penulissenja.com/2011/05/review-pulak.html

akak saye review

azila said...

betol k.es..zla pon..kadang2 sorok nangis kalo tgk tv ngan suami, sbb nanti tau kena gelak kat dia..huhuh

Nini Hartini said...

menangis..mmg kita manusia x dpt kawal hati n perasaan. tak dapat elak dr menangis bila terlalu sedih. kdg2 menangis akan menjadikan kita lbh lega. cuma, jgn la smpi over sgt. berlapang dada menerima ujian / cabaran.

qucachahir said...

wow..sentimental sungguh entry nie kak es.. ;)
btw..kite nie pown kuat terasa dan nages.. =)