Pages

Thursday, May 19, 2011

Dia Islam la !!

Nak makan roti la umi.
'korang kalau malam je....mesti nak makan. Dah2 ! tido2. Kedai dah tutup'

Ala, tak leh tido ni perut dah berbunyi macam cengkerik. 7E kan 24 hours
uiiiisshh....memang bijak. Ha! cepat lah . Nanti lambat tido. Lepas makan tak leh tido terus.

Sampai je kat 7Eleven...dah macam anak ayam terlepas kandang...diserbunya oleh anak2 Kak Es.
Roti di capai..cari mushroom soup. Dah!
Tiba-tiba si adik minta susu pulak. Ok la...

Sesampai je kat peti air tu.... 3 orang anak muda, 1 orang gadis.
Muka Melayu habis...tapi rambut Mat Salleh.
Speaking London berteraburrr...
Dia capai setin air Carlsberg ... pastu tertoleh sana sini. Tertoleh pulak ke belakang nampak Kak Es
" adik ni Islam ke?"
"eh...ko yang nak kan?" terus dihulurkan tin tersebut kepada kawan dia.
Cepat-cepat dia beredar

Anak Kak Es...
Umi , dia bukan Islam la.
Kalau Islam takkan dia minum air tu.
Kenapa Umi tanya dia Islam ke tidak?
Hhmmmm


Anak2 kan suci..... pada mereka. Orang Islam tak akan sanggup berkelakuan seperti itu.


Ketahuilah anak-anak ku....


Disabdakan Nabi Muhammad SAW kira-kira 1,400 tahun lalu apabila Baginda ditanya sahabat
mengenai kekuatan umat Islam masa hadapan, 
bahawa umat Islam pada akhir zaman akan menjadi kaum majoriti di dunia,
tetapi tidak bererti dan tidak menakutkan musuh, iaitu ibarat buih di lautan.



  1. Bilangan rakyat di Malaysia cuma 26 juta sahaja, tetapi Malaysia merupakan antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia.
  2. Rakyat Malaysia membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 billionbagi pembelian minuman keras.
  3. Penjualan arak/beer telah berkembang di antara 5% – 7% setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4%.
  4. Purata umur ketagihan arak ialah 23 tahun.
  5. Pengambilan alkohol di kalangan remaja berusia di bawah 18 tahun semakin meningkat iaitu kira-kira 45%, dan mereka mengambilnya secara berterusan.
  6. Antara faktor peningkatan kerana arak jenis beer sangat mudah diperolehi di kedai-kedaiseperti 7-Eleven.
  7. Satu kajian mendapati 19% di kalangan pelajar sekolah menengah mengaku pernah meminum arak.
  8. Peratusan ketagihan arak mengikut kaum; Cina-61%, India-60% dan Melayu 30%.
  9. Undang-undang yang longgar seperti Akta Aksais Seksyen 32(1)(a) dan (b) mengecualikan penjualan todi dan beer dalam tin dan botol.
  10. Arak dan todi yang dijual di kedai-kedai runcit pada waktu ini boleh diperolehi dalam plastik dengan harga RM2 atau RM3.




24 comments:

Unknown said...

ohoho..mencemarkan fitrah seorang anak yan gmasih suci betol le deorang..

eh akak mmg tak tau ke nuff tu ape????

Melur Jelita said...

Oh..dasatnya statistik...bagus kak es jelita...

Unknown said...

mmg ramai bdk2 melayu nih tanpa segan silu selalu beli air setan tuh kat kedai mcam 7E....hmmm...apo la nak jadi...

Unknown said...

sedih betul kan bila org islam sendiri mencemarkan maruah islam...huhu

Nini Hartini said...

kak es bebtul tanya ke? ishhh respect ah. kalau tini berani tenung geram je tp tak kan berani tanya. huhu

Pink Frogy said...

skang dah ramai sgt main tunggang benda alah tue... tak tau malu dpn public pun slamber jer...

M Fizan said...

parah, parah..apa lar nk jadi kn..

azila said...

bagus k.es tanya...kalo dah tertoleh2 takut tu, paham2 la kan..huhuh

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

as salam...buat malu org islam jer kan? depan budak2 pulak tueee...huhuuu

Unknown said...

salam kak es dok PG, dok area mana yer? sy kje sini...

bersama kak Es said...

@JIJI YU
budak2 pun dah jadi kompius

gerammmm je

bersama kak Es said...

@ Melur Jelita
Statistik penting..as a proof, kan MJ

bersama kak Es said...

@ Papa Mifz
dah tanya cashier dahh..diorg pun tak berani nak larang.
yang datang beli tgh malam tu lagi parahhhh...mcm gengster

bersama kak Es said...

@ ~CiK TiNieY~
sedih dan malu...
penat nabi kita sebarkan...

bersama kak Es said...

@ Nini Hartini
akak pun tgk org gak tini nak tanya.. kalau dah muka macam tak boleh tembus tu mmg tak tanya la. kang kite lak kena.
tapi kalau muka macam bersalah je.. harap2 tu ada getar lagi la :)

bersama kak Es said...

@ Pink Frogy
tu la...macam dah tak de rasa malu..
sedih sangat :(

camne nak tadbir negara..

bersama kak Es said...

@ M Fizan
nak tau keadaan negara kita masa depan...lihatlah remaja yang ada sekarang.
Takutkan ?

bersama kak Es said...

@ azila
cik la, kalau yang beli tu siap bertatoo...sumpah tak tegur huhuhu

bersama kak Es said...

@Be Simple Beb(BSB) - threeQ
nak explain kat anak2 pun susah..
last2 budak2 tu kata bukan ISLAM la umi... ha!! koo kan dah kena

bersama kak Es said...

@leyzajamil
keje sini ek?
oooo...akak area masai

no_answer said...

dah tak boleh nak agak dah kak .
masyarakat melayu skarang maken menjadi jadi :(

sedih

PinKy MoMMa said...

budak2 pun pandai..aih memalukan!

Nini Hartini said...

owhh ingatkan akak akan tegur sape2 je. hehe..tini muka boleh tembus pun, tini yg tak tertembus-tembus. hehe..

Harapnya lepas ni diberi kekuatan utk tegur sbb selama ni tini cuma akan jeling dan tengok je org tu smpi dia rs bersalah.

qucachahir said...

kite dah banyak kali nampak..
hurm..speechless =_='