Pages

Saturday, May 14, 2011

BEN ASHAARI UCAP SELAMAT HARI GURU

nak join KLIK GAMBAR

Menerima didikan di SK Sungai Rambai Bukit Mertajam
Lepas tu pindah sambung pula kat SK Dato Wan Mohd Saman di Alor Setar

Form 1 SMKDWMS dalam 1bulan lepas tu pula
SMK Sultanah Asma , Alor Setar

Next UiTM , Arau Perlis dan UiTM Bandar Pusat Jengka Pahang

~ Cikgu yang paling Kak Es ingat Cikgu Norasyikin
> cikgu ni tak pilih bulu. Ingat lagi masa darjah 1 ... Math dapat 98 kena sekeh kepala sebab salah satu soalan CARELESS!!
kalau cikgu lain dah tak marah..tapi cikgu ni marah . Kak Es tahu marah dia sebab sayang

Kat UiTM lecturer kesayangan Puan Taaherah walaupun dia tak ajar subject course kak Es tapi banyak kak Es suka rujuk dengan dia. Sangat penyayang tapi tegas.

Pernah ngajar anak2 kat rumah hehehe
Ajar ala2 tuisyen anak2 Kak Es dan kengkawan diaorg.


Cikgu2 yang lain pun Kak Es sayang juga
CIKGU IBRAHIM SAID my beloved dad

tak lupa juga SELAMAT HARI GURU untuk
cikgu blog Kak ES Cikgu BEN (thanks!)

Buat mu Guru ku

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.



Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.


Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.




USMAN AWANG
1979

6 comments:

Haris Kaito said...

dari blog abg Ben...
jom singgah blog sy...
follow lebih baik...he3...

JOM TERJAH SINI!

sayangku said...

guru itu ibarat lilin membakar diri untuk menerangi anak2 bangsa

http://sayangku-lover.blogspot.com/2011/05/ben-ashaari-ucap-selamat-hari-guru.html

Sunah Sakura said...

selamat hari cikgu kak es~

Ce'gu JAERA said...

bertandang dr blog en ben... salam ukhuwah, salam hari Guru

http://gen2merah.blogspot.com/2011/05/segmen-ben-ashaari-ucap-selamat-hari.html

solomolo said...

UiTM di hatiku !!!~

Awangku Johan said...

salam ziarah dan salam perkenalan dari laman blog abg ben.. saya follo blog awak ni yaa... Ada masa mai la singgah n follow la sekali blog saya yang tak seberapa ni... Huhuhu