Pages

Saturday, May 28, 2011

Ketam CATWALK tersungkur

Sambungan kisah ketam dari SINI


Mak Ketam : " aku ni anak semua lelaki. Ko tu tak pe ada anak perempuan. Kalau anak lelaki ni nak kena beghiiii...zaman sekarang ni , kalau gaji ciput alamat lelaki tu lambat lerr nak kawen. Ko ingat senang dia kumpul duit. Berbelas-belas ribu..itu belum lagi hantaran itu ini..."

Anak Ketam : " tak perlu mengadakan yang tak wajib kak. Berat tu anak akak nak tanggung. Silap2 nak  kena hutang sana sini. "

Mak Ketam : "nanti apa pulak cakap orang...orang buat, kita tak buat. Kan nampak pelik"

Anak Ketam : " bukan orang tu nak tanggung bebanan hutang tu. Biarlah dia kata..asal hati kita senang tak tanggung beban"

Mak Ketam : Ko boleh  la cakap, anak kecik2 lagi. Besok...tahu lah ko!!! Ni ! Pelamin saje nak beribu , tau. Sewa2 khemah ni..bukan freeeee.

menarik nafas seketika...
lantas menghirup sirap kurang gula....sslllrrrppp.

Mak Ketam : Besok anak POMPUAN KO KAWEN....KO KASI UPPPP!!!!! senang nak kerja kawen, main order je...goyang kaki.

Anak Ketam : uh! Double-Standard pulak!!! (dalam hati jek)

Friday, May 27, 2011

Ketam suruh anak jalan macam CATWALK




"Aisyah!!! apasal makan sambil berdiri tu...!!!"
marah si ibu yang sedang mengunyah keropok sambil berjalan menuju ke arah anaknya.


Kak Es : Erkkk...



NAK UNDI SAPE ???

BEN ASHAARI
Penting ooooo mengundi...
untuk membiasakan diri anda mengundi....jom kita praktis

KLIK SINI

Bantuan anda sangat dihargai... tak lama hanya 10 hari sahaja lagi OK.

Cara2 nye gini.....


Masukkan huruf yang tertera di ruang CAPTCHA tu... ' ionfoci deviation ' , sebagai contoh .. kemudian klik VOTE .. tu jeeee... senang kan ? 




P/S : Klik hari2 tau .....

Hadiah tak semestinya MAHAL....menggembirakan hati sahabat antara hadiah yang berMAKNA. I

Thursday, May 26, 2011

Tahniah..ANDA telah melambatkan kenaikan minyak





Kita akan bersimpati dengan seorang ayah yang memberitahu 
bahawa susu yang diminum oleh anak kecilnya terpaksa 
dikurangkan disebabkan pendapatannya sudah tidak dapat menampung..
rasa kesian kita padanya dan anaknya..
namun simpati itu akan hilang jika dapat tahu bahawa si ayah ini sering membelanjakan wang bukan pada tempatnya; 
berfoya-foya, 
membazir, 
kuat merokok dan selalu belanja rakan-rakan kedai kopinya..
simpati kita pada si ayah bertukar marah, benci dan kecewa..
dan kasihan kita kepada si anak meningkat kerana dia dizalimi..
demikian sesebuah kerajaan dan subsidi..
jika kerajaan

  • berhemat,
  • tidak membazir wang negara, 
  • belanja dengan kadar patut, 
  • pada tempat yang patut, 



kita tidak kecewa dan marah jika subsidi dipotong..
tetapi jika kerajaan itu seperti si ayah tadi, kita kecewa 
dan marah..
kita simpati pada rakyat bawahan dan akan bangkit membela mereka..
tahniah kepada rakyat yang dapat menghalang 'sementara' kenaikan harga petrol..




-Dr MAZA

BEN ASHAARI AJAK SERBU BLOG BARU









 BEN ASHAARI AJAK SERBU BLOG BARU

'Stop and Smell the Flowers'


Happiness keeps you Sweet,

Trials keep you Strong,

Sorrows keep you Human,

Failures keep you Humble,

Success keeps you Glowing,

But .... Only Friends ....

Keep You Going !!! 

Wednesday, May 25, 2011

Ada hati nak bersegmen ..... ??? huh!

Petang tadi dah rasa OK ... Alhamdulillah even tak 100% tp dh kuat sikit.
Puas berblog walking petang ni...fuhh!! dah kreatif bloggers. Banyak betul GA, segmen, contest, bloglist...
cayalah!!

yang ber dot com pun dah bertambah...tahniah Mas Saari 
tahniah bloggers yang penuh bersemangat menganjurkan segmen , bloglist and so on

Kak Es pun berhajat juga nak buat... tapi tak tahu la nak buat. hehe ( apa daaa )
Tengok lah nanti canne.

Blog ni pun baru 2 bulan hehehe...sape  lah nak join, kannn
kalau diumpamakan umur baby pun,  belum lagi nak sengih kalau di agah2......
kalau diagah juga, mesti dia buat muka cenggini >>>>>

.

..


....


........



.............




Resah ...

Google


Setelah kejadian semalam mood Kak Es sangat2 tak tahu nak letak kategori apa... sedih  hiba  takut  cemas

Sampai semalam suami kak Es kata tido pun mengigau sampai nangis2. Betull...tak boleh tido tapi tak tahu apa yang berlaku.
Sangat2 down. Fikirkan balik pagi ni nak hantar anak ke sekolah.. macamana nak cari kekuatan.
RISAU
RESAH

semalam tak jalan2 blog kawan pun...buka laptop renung jeeeee blog tu 5 minit.... 10 minit.... kosong je.
Tapi blog yang dtg komen semalam Kak Es jenguk juga sekejap tanda terima kasih atas keprihatinan. Maaf sangat kalau komen Kak Es ntah apa2.

Walaupun hati masih berdebar2 tapi Kak Es perlu kuatkan semangat. Kalau anak2 tahu .... umi diorang tak kuat, mesti mereka sedih.
Waktu dan ketika ini alhamdulillah dah ok sikit-sikit. Walaupun kadang2 bayangan kejadian cemas tu terpapar juga di fikiran...terngiang2 lagi suara anak2.
Moga akan terus kuat dari detik ke detik.....

Tuesday, May 24, 2011

Kemalangan yang tak dijangkakan

Syukur sangat ...alhamdulillah!!
Terima kasih Ya Allah menyelamatkan kami sekeluarga.

Pagi tadi teruk betul lalulintas Hiway Pasir Gudang. Seawal jam 7 keluar rumah....masuk sahaja hiway untuk U turn ke Pasir Gudang tiba2 nampak kemalangan arah ke Pasir Gudang. Trailler dan kereta. Keadaan kereta terperosok di bahagian hadapan trailler..hanya pintu kelihatan.
 ushhh..ni mesti kes laju ni sampai nampak pintu kereta je...yang lain tu hancussss

Jalan sangat sesak...terpaksa U turn dan cari jalan dalam. Pun sesak juga ! sebab semua arah perlu lalu jalan yang satu. Kak Es pun lepak je kat Tesco dari terus tersangkut dalam kesesakan yang amat tu. Telefon pihak sekolah dan maklumkan anak2 sampai lambat sebab hari ini exam.
Cikgu pun dah sedia maklum ramai yang terkandas dalam kesesakan dan telefon memaklumkan pihak sekolah. Sejam berlalu...hi way dibuka semula laluannya. Kak Es pun terus U turn semula menghala ke Pasir Gudang.

Sebelum tu dah perasan bomba semburkan air dijalan tersebut..ingatkan darah dan serpihan je.
Susur masuk je, Kak Es terus bagi signal kanan , berjaya masuk lane kanan...tiba-tiba kereta dihadapan brek secara mengejut....Kak Es pun menekan brek ! tak makan !! tarik hand brake !! kereta masih meluncur ke kanan...dengan pantas Kak Es belok stereng ke kiri. Tak mampu juga mengawal kereta terus meluncur ke kanan jalan....srrreeeettt...bergesel dengan tembok. Malangnya keadaan jalan yang licin menyebabkan kereta tak dapat dikawal dan terbabas ke kanan jalan  terdengar jeritan anak2 Allahhhhh!!! anak2 menjerit. Umiiiii...

Ya Allah...sungguh tak dapat berbuat apa2 ketika itu. Tembok dibahagian tepi itulah memberhentikan kereta kami akibat geselan. Jalan licin, penuh dengan serpihan..batu2 berserakan menyebabkan kereta tak dapat dikawal....anak2 menangis ketakutan.
Hanya doa mohon Allah hilangkan kepanikan.

Pandang cermin belakang... 3 4 buah kereta di belakang Kak Es turut terbabas..nasib menyebelahi kami kerana tiada berlaku perlanggaran sesama kereta. Kalau itu berlaku keadaan akan menjadi bertambah teruk.

3 lori on tow dah stand by di tepi jalan. Hampir 500m jalan tersebut dipenuhi minyak. Seorang India datang bertanyakan keadaan kami. " kami semua ok. tapi kereta ni tak tahu mcmana"

India tersebut panggil 4 orang rakan ..alihkan batu kemudian tolak kereta Kak Es melepasi bahu jalan. Alhamdulillah kereta boleh dihidupkan. Mereka berpesan pandu dengan perlahan disebabkan jalan berminyak. Agaknya trailler dah heret kereta agak jauh dan tangki minyak pecah.

Keadaan dalam kereta semakin reda dengan tangisan setelah kereta boleh bergerak semula. Anak2 Kak Es minta mereka beristighfar banyak dan selawat supaya hati mereka tenang kembali.

Sesampai sahaja di sekolah..mereka turun dari kereta dan kak Es memeluk mereka erat. Berderaian air mata. Kak Es bisikkan di telinga Alhamdulillah kita selamat. Sehingga lah mereka tenang kembali , baru Kak Es lepaskan pelukan. Minta mereka tumpukan peperiksaan hari ini.
tayar kereta penuh dengan minyak dan beberapa bahagian telah kemek. Yang penting kami semua selamat.

Perjalanan balik ke rumah....Kak Es dapati di tempat kejadian tadi ada lagi perlanggaran. Ada kereta tersadai di tepi jalan. Ada yang kemek bahagian hadapan.....patut lah lori On Tow stand by kat situ. Mereka dah boleh agak akan berlaku lagi kemalangan dengan keadaan jalan yang licin. Sangat bahaya.  Manakala motosikal pula terpaksa ditolak/tuntun ketepi dengan keadaan jalan yang sebegitu.

Apa2 pun kami dah selamat....

P/S : sepanjang perjalanan ke sekolah anak2 sentiasa mengalunkan surah yassin. Kalau tidak mungkin lebih teruk dari itu....

Monday, May 23, 2011

CERITA KREATIF AKU BERSAMA BEN ASHAARI


Sunah Mohamad : Beratur dulu..lampu hijau baru gerak ye ...

GreenAppleKu : alahai kak Sunah ..sini pun ada lampu hijau merah bagai ke? Come on la... langgar jek..nak cepat nih

Sunah pun membesarkan bebola mata tanda amaran...

Belog MTT : kat dunia ni kan semua ada law..tak kira la law manusia ke, law kerajaan ke... kita kena ikut peraturan yang dah ada..baru la smoootttthhh jek , kan Kak Es

Kak Es : Cik Belog MTT memang tak sombong. Pot pet pot pet pun ada isi tu, dengar tak GreenAppleKu

Setelah berada dalam perut LRT...

Arif Azmi : sila duduk.... saya boleh berdiri. ( ayat macho )

Kak Es : tak pe tak pe...kita berdiri. Bagi laluan Azzah duduk, penat dia seharian memasak...sedap pulak tu masakan dia especially sayur lemak :)

GreenAppleKu : ha ah duduklah cik Azzah 

Azzah : terima kasih . memang lenguh-lenguh kaki ni...tambahan pula baru je lepas gian main bowling.

Arif Azmi : Memang sepatutnya lelaki perkasa yang lain tu berdiri juga, beri laluan kepada kaum hawa.

Encik Bedak Sejuk : Eh!...saya pun perkasa juga. Duduk lah , semalam tempek bedak sejuk , pepagi ni rasa fresh jek

Sunah : Macam ni lah bagus. Ikut law .. walaupun tak ditempekkan kat LRT ni beri laluan untuk wanita, law dari hati yang baik itu lah lebih bermakna . Tepuk dada tanyalah iman

Sweetnyaaaa...cinta selepas kawen :)

Gambar dari Google

Bila aku teringat balik cerita ni, aku mesti tergelak sorang-sorang. Alkisahnya, aku ni ditakdirkanlah kahwin dengan sorang mamat nih. Entah dari mana la datangnya. Mak aku yang suruh, dia kata budak ni baik la, alim la pandai la. Lepas tu terus kami kahwin. Masa first time kahwin tu, memang kucar-kacir jugak la rumah tangga kami. Dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati.

Eiiiii… geramnya aku!!! Mana taknya, aku basuh baju dia sekali la dengan baju aku. Then lepas basuh nak dijadikan cerita, ada lah pulak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku. Haihhh… memang sakit hati. Baju baru kot, mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia, kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna. Dengan slumber dia kata.. ”Lah… awat tak tanya…” Eiii… geramnya aku!!! Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pergi shopping. Ok, fine. Aku ikut je la. Weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pergi shopping sampai aku kalih-kalih belakang.. dia hilang!!.. Aku cari gak dekat-dekat area situ kot2 ada tapi memang hampeh. Aku try call, tak angkat. Call lagi pun tak angkat. Huhh. Tension betul! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta je. Seminit… lepas tu dua minit… lepas tu…. SEJAM KOT!! Huhh. Memang sakit hati betul!! Then bila dia sampai dekat kereta, aku tanya, pergi mana? Kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab.. “Lah.. gi shopping la sayang… Owh, awak ada call ekk?? Alah, lupa nak bagi tau, terlupa bawa hanset… hehe..

” Eiiii… geramnya aku!!!! Seminggu lepas tu dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api. Ok fine. Aku masak je. Tapi memang la aku ni tak la pandai masak sangat tapi bolehlah kalau setakat nak makan kan. Aku hidang bagi dia makan. Masa first time dia suap kat mulut tu aku bajet dia nak kata apa-apa. Tapi dia diam. Memang tak kata apa-apa pun sampai dia habis makan. Habis makan pun tak kata apa. Aku pun confius. Dia ni takde respons. Sedap ke tak?? Ehmmm.. kalau ikut aku la, aku rasa ok je lah. Tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa.. Huhhh….. Esoknya, time aku on the way nak balik dari tempat kerja, kereta aku plak buat hal. Tak boleh start. Panik gak la aku time tu. Malam dah ni, nak masuk Isyak dah. Haihh… Time aku balik kerja lewat-lewat lah kereta nak buat hal. Then, aku call dia. Yang aku tak boleh tahan tu. Dia dengan slumber kata.. “Lah awat la call saya… call la mekanik… ingat call saya kereta awak boleh jalan??….

” Eiii… geramnya aku!!! Tapi dia datang jugak lepas tu. Ada lah dia check apa entah kat depan but tuh. Dan lepas start terus boleh… hmmm.. dalam hati aku kata, “Boleh la jugak mamat ni nak diharap. Mekanik kecil-kecilan, janji free”… Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pergi outstation kat overseas. Dia kata pergi sekejap je. 2 MINGGU!! Hmm… aku memang no komen lah. Dia nak pi buat keja dia. Takkan nak kata tak boleh kot. Kerja arkitek biasalah. Busy la kot. Tapi memang agak sakit hati jugak lah. Boleh dia lesap macam tu je. Lepas-lepas naik flight, kot2 la dia nak call bagitau dah sampai ke, ada kat mana ke. Tapi memang hampeh!!. Langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ke tapi memang tak de. Kosong inbox!!

Eiii… geramnya aku!!! Pagi tu aku basuh baju. Ok sekarang aku dah tau dah baju mana yang turun warna. Aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh. Sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tu. Jeng3.. Huishh siap dengan surat lagi. Suratnya berbunyi begini: Kehadapan isteriku, Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa. Jangan marah-marah ek.. hehe.. Saya bukannya apa, saja tulih surat nih.. Bosan… Tak tau nak buat apa… hihi Pertama sekali saya nak bagi tau lah. Mungkin awak tak kenal saya tapi saya kenal je awak. Sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha.. Ehawak tak ingat ke anak Pak Mail kawan ayah awak yang datang beraya kat umah awak time tuh??!! Masa tu saya nampak awak duk main masak-masak kat belakang umah… hahaha… Memang lucu sangat. Saya nampak awak macam ‘anak patung’. Comel sangat… Iskk.. Awak ni.. tak perasan ke?? Keduanya, sorry la pasal hal shopping tuh. Memang saja je saya tak mau bawa hanset time tuh… hihi.. Takut terkantoi. Ye la saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh… memang tension. Susah betul nak cari. Memang patut la mahal dan memang patut la awak bengang satu hari… hihi… Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak… hmm… Mesti awak bengang kan sebab saya takde respons… huhu… Sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata. Eh, saya makan dalam masa 5 minit je kot. Ikut jam dinding kat rumah kita. Iskk..awak ni.. tak perasan ke?? Keempatnya time keta awak rosak… hmm. Awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pergi kat awak??!! Lepas-lepas tu jenuh saya nak pujuk diorang balik. Tau tak saya langgar semua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak?? Iskk..awak ni.. tak perasan ke?? Tapi lepas saya tahu saya kena pergi outstation kt overseas. Saya lagi seronok. Happy gile sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja je tak call awak…hihi… Tapi saya ok je. Saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih… “Wow, look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “ Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^) Last but not least. Awak… awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak… p/s: Try tengok sama tak dengan baju awak yang rosak hari tu “bungkusan” ni… hihi Love, Suamimu
Sumber dari : SINI

SEGMEN KREATIF BEN ASHAARI KEMBALI


Nak join klik gambo

nama Pena : Kak Es

JOM JOIN BLOGLIST MELURJELITA.COM BERSAMA AWAK SUKA SAYA TAK?


Awak Suka Saya Tak sebuah novelog yang menyentuh jiwa. Penuh dengan kasih sayang. Kalau nak rasa diri anda dihargai bacalah ASST ...
Bagi Mr.Right yang bermisai ke, berjanggut ke, berkumis ke.... kalau nak jadi macho dan cari cara/kaedah macamana nak jadikan diri anda dikasihi dan dihormati.....boleh la lepak kat Novelog ni.

Kalau lah semua Mr. Right boleh jadi macam ni.....adusssss..
semua jelitawan akan menjadi sangat jelita kepribadiannya.

Tak mau cerita banyak2..korang klik je kat gambar tu utk sampai ke rumah penulis. Lepas tu godek2 lah apa yang patut. Khazanah ilmu kat sana tuuu :)


Sedutan dari ASST :

Hilman ketawa.Suka mendengar Hilman ketawa. Alhamdulillah…akhirnya keadaan sejuk dan tenang semula.
“ Sebenarnya saya suka awak jealous.”
Aik…
“ Awak jarang nak luahkan  perasaan awak kepada saya…….bila saya suruh cakap pun , awak teragak – agak…sampai saya rasa seolah – olah saya memaksa awak. Malam ini, Amber punya hal, saya dapat mendengar rahsia hati awak terhadap saya selama ini. Sesuatu yang amat sukar untuk awak meluahkannya.”
“ Awak juga jarang tunjuk awak suka saya. Awak selalu selamba, buat tak hairan kat saya dan terkawal tingkah laku awak. Sesuatu yang saya hormati . Awak tidak gedik dan terkinja – kinja. Ciri – ciri seorang gadis Islam yang terdidik dan terhijab dengan nilai – nilai agama dan akhlak yang tinggi.. Bila awak jealous, awak marah , awak menangis….saya dapat rasa betapa kuatnya kasih awak terhadap saya. Itu tandanya awak sayang saya, saya merasa dihargai dan disayangi .”


Sunday, May 22, 2011

Perempuan memang LEMAH .....


Entry yang INI memang Kak Es kata pompuan tu lemah....
ayat tu tak habis tu. sesaja nak sedap kan hati para lelaki yang perasan

kita orang ni LEMAH LEMBUT okeehhhh

Ini bukan pendapat Kak Es sorang..tapi pendapat semua pompuan seluruh dunia..bacalah ISI HATI kami

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara LEMAH dan LEMBUT… ..besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan … kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam…




Diam seolah-olah menerima…
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani… di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat .... Celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat… di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah… bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah… bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah… terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud… Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati… Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita… .
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi
Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
‘KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT’
Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,
Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI..
Kongsi perasaan ini di ambil di sini
Caiyokkkkk....we proud to be a WOMAN :)

Sape kata pompuan senang kena kencing ???!!!!

Nak percaya..
tak percaya..


Nak percaya..
tak percaya..

Nak percaya..
tak percaya..

Nak percaya..
tak percaya..

Jiji kata pompuan senang kena kencing !!! >>> kat SINI

Kalau kat dunia ni penuh dengan lelaki yang menghormati pompuan...
tak de pompuan kena kencing.
Pompuan ni memang lemah walau pun dia STRONG WOMAN cenggini

sambungan nye nanti ye Lelaki dambaan kitaorang lak .... hambeekkk



Operasi mencari dihentikan



Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat. 

Operasi yang bermula jam 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada jam 5.05 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supt Azman Ayob, ketika memberikan perkembangan terkini mengenai insiden itu kepada pemberita di lokasi kejadian pagi ini berkata mangsa yang terkorban 16 orang manakala sembilan mangsa yang terperangkap selamat. Mangsa yang meninggal dunia di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
Azman berkata, lokasi mangsa yang berada berdekatan antara satu sama lain membantu memudahkan usaha mencari dan menyelamat. 

Katanya, pasukan mencari dan menyelamat membabitkan seramai 754 anggota daripada pelbagai agensi bantuan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), SMART, Tentera 4 Divisyen, dan Pasukan Gerakan Am (PGA). 

"Operasi mencari dan menyelamat dihentikan setakat ini dan akan disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk pastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap," katanya. 



Tragedi Tanah Runtuh Menyayat Hati

Tanah runtuh: 24 orang tertimbus, 5 mati
Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat hari ini.

Menurut laporan Bernama, setakat 8 malam ini, lima mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala sembilan lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa berusia 22 tahun, kata polis.

Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.

Semua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni termasuk lima penjaga. Semua penghuni rumah itu adalah lelaki.

Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang semua penghuni rumah anak yatim itu berada dalam sebuah khemah yang dipasang untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini.

Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus keseluruhan khemah itu yang terletak di luar rumah anak yatim itu, yang terletak di lereng bukit itu.

Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.

"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata.

Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.

Beliau berkata polis akan menyiasat punca kejadian.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.

Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata sehingga 8.20 malam ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat.

Sementara itu, TV Selangor melaporkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menerusi laman twitternya berkata pihaknya mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian untuk memberi bantuan segera.

Khalid juga berkata kerajaan negeri akan menyediakan tabung bantuan mangsa dengan kadar segera.

Ahli exco kerajaan negeri Selangor Rodziah Ismail yang berada di tempat kejadian memberitahu bahawa kerajaan negeri akan memberi segala bantuan yang diperlukan. -tvsnews

Tragedi tanah runtuh: MB Selangor kerah misi bantuan segera

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebentar tadi mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian tanah runtuh di Hulu Langat untuk memberi bantuan segera.

Ini dinyatakan Khalid dalam laman Twitternya, sebentar tadi.

"Saya sedih dengan berita kejadian tanah runtuh di Hulu Langat yang menyebabkan kematian.

"Kerajaan negeri akan sediakan tabung bantuan mangsa dengan segera," katanya. -BH

Tragedi tanah runtuh: Mangsa keenam meninggal dunia di hospital

KUALA LUMPUR: Seorang lagi mangsa tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat meninggal dunia di Hospital Ampang malam ini.

Penghuni lelaki itu adalah antara sembilan mangsa yang cedera yang dikeluarkan daripada runtuhan itu petang ini. Ini menjadikan jumlah yang maut dalam kejadian itu sehingga 10 malam ini ialah enam orang.

Dalam kejadian pada 2.30 petang ini, seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus dalam runtuhan tanah yang meranapkan khemah yang dipasang untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada 5 petang ini.

Sehingga kini, seramai 10 lagi mangsa masih tertimbus dalam runtuhan itu.

Operasi mencari dan menyelamat oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis, Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (Smart) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) diteruskan sehingga semua mangsa ditemui. -- BERNAMA



Tragedi tanah runtuh: 10 maut setakat ini

KUALA LUMPUR: Sehingga jam 11 malam tadi, jumlah mangsa yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat Ialah 10 orang.

Sembilan orang berjaya diselamatkan dan enam lagi dilaporkan masih tertimbus.


Tragedi Tanah Runtuh

Mayat empat lagi kanak-kanak mangsa tanah runtuh di Rumah Anak-anak
Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, ditemui awal pagi ini.Mayat tiga daripada mereka yang hanya dikenali sebagai Riz, Fahad dan Hazim, kesemuanya berumur 9 tahun ditemui pada pukul 4.21 pagi, manakala mayat kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Boboy, 11, diitemui pada pukul 5.05 pagi.

Dengan penemuan empat mayat itu, kesemua mereka yang dilapor tertimbus dalam kejadian itu telah ditemui, kata polis.

Kejadian pada pukul 2.30 petang semalam itu mengakibatkan 25 orang terdiri daripada penghuni, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus. 16 orang ditemui mati manakala sembilan yang lain cedera, tiga daripadanya kritikal.

Polis berkata operasi mencari dan menyelamat kini dihentikan dan akan disambung pukul 8 pagi ini.

Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat sini Sabtu.

Senarai nama berikut adalah menurut nama panggilan mangsa di rumah anak yatim berkenaan.

1) Azrel, 8,
2) Nael, 8,
3) Shahrul, 9,
4) Boboy, 10,
5) Farid, 34,
6) Eqim *
7) Zaim *
8) Angah *
9) Rahimi *
10) Zaid Ashwal, 18,
11) Riz, 9,
12) Fahad, 9
13) Hazim, 9

Sembilan yang terselamat iaitu:

1) Khairul, 9,
2) Hairis *
3) Harris *
4) Akmal *
5) Aizat *
6) Alaudin *
7) Irwan, 33,
8) Din, 30,
9) Syafiz, 22,

Tidak diketahui keadaan tetapi telah dikeluarkan
1) Lokman, 11,
2) Aiman, 10,
3) Hasril, 11,

* umur tidak diketahui 

Saturday, May 21, 2011

Begitulah perempuan

Whatever u give a woman, she will make it greater.


Give her sperm,
she will give u a baby.
and she will give you a home



Give her a house,



Give her groceries


she will give a meal


give her a smile,

she will give you her heart


She multiplies and enlarges what she is given. 

So if u give her crap,be ready to receive a ton of shit... ♥ ♥ ♥

Projek hari Jumaat

Semalam pergi rumah kawan ... jalan malam . Best juga sekali sekala menikmati udara malam.
Jangan diamalkan selalu keluar malam nanti kena pneumonia ahaksss

Sampai je kat pagar rumah dia....fulamaaakkkk!! memang terpegun la tengok benda ni .......


aromanya semerbak

"weehh...banyaknye ko punya pandan"

'bak aku sikit...'

"ambik la. Banyak pun boleh. Aku bukan nak masak nasi lemak hari2...tak luak pun"

'Laaaa...ko ingat pandan ni untuk nasi lemak je ? aku tak mo la 2 3 lai ( macam tamak pulak eh ). Bak 2 3 pokok'

"banyak nya...ko nak bisnes ke ? ~ahahaha"

'Issshhh....tadi cakap tak luak. Meh sini la aku kasi luak. Banyak kegunaan pandan ni......

1) Makanan.
a) Air perahan daunnya boleh digunakan membuat kuih2 tradisional seperti kuih talam, ketayap(kuih gulung), cendol, seri muka, buah melaka,bingka (bengkang,kata orang utara)
b) Daunnya yang dilayur, boleh digunakan untuk membuat ,ketupat, bakar ayam
c) Menambahkan wangi pengat ( serawa kata orang utara),nasi lemak, nasi putih, sirap, berbagai jenis bubur


2) Pelbagai: 
d) Pewangi kereta - gunting beberapa helai daun muda,masukkan ke dalam bekas plastik. Ia mampu bertahan selama 2 minggu.


3) Ubatan:
a) Lemah saraf - ambil 3 helai daun muda, rebus bersama 3 gelas air ( biarkan hingga susut menjadi 2 gela). Tapis dan minum 2/3 kali sehari.

b) Buang angin dalam badan : Ambil segenggam pulut. Uli (gentel) supaya menjadi butir-butir kecil. Tambah halia sebesar ibu jari. Masukkan 7 helai daun pandan muda. Masukkan 2 ketul gula melaka. rebus bersama 2 liter air. Tunggu sehingga ketulan pulut timbul di permukaan. Bila sejuk, tapis dan boleh minum. Amalkan 2/3 kali sehari.
c) Gelisah : Ambil 2 helai daun muda. Rendam dalam secawan air yang panas. Tapis dan minum 2/3 kali sehari.
d) Rambut gugur: Daun pandan dicampur dengan 3 jenis herba ( Indonesia)
e) Menghitamkan rambut: Potong kecil-kecil daun muda. Rebus sehingga airnya berwarna hijau. Embunkan semalaman. Pada keesokannya masukkan air perahan 3 biji buah mengkudu. Ramas rambut dengan air ini selama 10-15 minit. Lakukan 3/4 kali seminggu.
f) Kelemumur: ambil 7 helai daun muda. giling halus2. Campurkan 1 atau 2 cawan air. Ramas rambut selama 10-15 minit. Biarkan seketika.Kemudian basuh dengan air sekali lagi.


Dah selamat pandan tu Kak Es kerjakan....
buat projek cam hari tu. Ala projek yang best tu...lupe? KLIK SINI

Friday, May 20, 2011

Bukan CARBONARA tapi CHOC CHEESE CAKE

Hari Jumaat memberi mood yang sangat positif

kak Es dah tak merungut-rungut lagi pasal tugas memasak. Masak ajelah...
Set kan kat kepala tu buat la dengan sepenuh hati. Kalau kak Es rasa cam tak puas hati kang...tulis je kat blog, nescaya ramailah yang boleh kasi feed back yang cukup melegakan hati....
Korang memang sporting :D

Dialog ibu & anak :

Hari Ibu hari tu kan umi sibuk...hari ni boleh tak buatkan kek?
rasa umi la, hari ibu ..patutnya umi yang dapat kek. Boleh rehat dan cuti , tak yah masak ( dia buat daahhh )

alaaa..tapi umi buat kek sedap ( pandai tak membodek ). kakak teringin nak makan kek coklat.
ha ah la umi....along pun nak kek coklat.
Umi, kek coklat umi buat ....angah memang suka sangat, sedappppp!
adik memang teringin kek coklat lama dahhhh.

Tiba-tiba ... dialog umi & abi
abi pun nak makan kek... tapi ciskek .
ehhh...tak dengar la suara yang last sekali tu :P

camne ni..? takkan nak buat sampai 2 bijik. ~ fengsan la umi

Ok nanti Umi try ...pi main jauh-jauh...abi pun sama hahaha

Kakak come and join with me. Yang lain tu pi lipat kain masing-masing :)


Dengan penuh semangat muhibbah membantu umi di dapur.
kalau banyak tangan..kang ada yang celup dalam ni..caya la.

biar tak ramai sangat 
asal selamat

Sunah Mohamad..... ini bukan carbonara ok hahaha

>>>>>>>>>>>___________<<<<<<<<<<<<


Umi .... our dreams come true

Haaa..adil tak ?
Kek coklat tapi ada Cheese..
Puas hati ? Adilkan umi?

Abi ? Okeh?
Senyum sampai telinga...

Puji la sikit ..asyik senyum ja.
" Terima kasih...selamat hari ibu yang solehah"

*wink *wink

MATH perempuan


Soalan Math Mode Sunah gemparrrr kat SINI 


Kak Es pun nak dedahkan tentang Math oleh Al Khawarizmi.
Matematik tentang perempuan.

Waah ! dasyhat kan..perempuan pun ada math dia. Hebat ke tak..meh tengok dan baca dan tahu :)

Al Khawarizmi, seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik 
Dia menjawab :


  • Jika wanita solehah dan beragama = 1
  • Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10
  • Jika dia kaya ; tambah lagi 0 = 100
  • Dan jika dia dari keluarga baik-baik ; tambah lagi 0 = 1000

  • Tetapi jika yang "1" tiada...maka...tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0".