Moga dipermudahkan segala urusan kita dan dilimpahkan kita dengan kasih sayangNya...
SELAWAT DAN SALAM UNTUK NABI JUNJUNGAN MUHAMMAD S.A.W
Pepagi ni breakfast dengan .....
Cheeeseeeeeee Cake..
hehehe... jangan marah aaa.
Buat semalam sebelum tidur. teringin la pulak nak makan cheese cake.
Kak Es gi godek blog HaSue..
dia tunjuk step by step. Memang rasa teruja sangat nak buat kalau dah ada tutorial.
Cheese -> mengandungi lemak , kalsium , protein dan fosforus
Asalnya dari susu. Proses nak hasilkan CHEESE sangat unik. Ia akan melalui proses 'curdling' atau homogenize iaitu pengentalan.
untuk proses pengentalan ini terdapat 2 cara samada menggunakan rennet atau asid. Bila susu tadi dalam keadaan berasid bakteria baik akan menukarkan gula susu tadi menjadi asid laktik. Kemudian berlaku proses pemanasan 35 - 55 darjah selsius untuk melengkapkan penghasilan keju ini.
Bakteria baik untuk usus yang selalu diiklankan utk minuman kultur tu , ada dalam cheese juga Lactococci, Lactobacilli, or Streptococci families.
Setelah semua selesai keju ini akan dibahagi mengikut jenis dan nama2 berdasarkan tekstur dan rasa. Ada juga keju yang akan 'dibasuh' untuk menghasil rasa yg unik .
Ada juga yang disimpan lebih lama untuk menghasilkan rasa berbeza.
Kalau kak Es layan cheddar , mozarella je. walhal banyak lagi jenis cheese kat pasaran.
Ok la , tu je cerita serba sikit tentang cheese. sebab semalam buat Cheese Cake yang memang sedap. Tak sia-sia la kalau korang nak cuba.
Make sure bekas nak blend tu tak basah dan tak berminyak ... proses tu akan menjadi sangat mudah dan smooth. Tak sampai sejam pun dah siap segalanya. Lagi satu bekas semua senang nak cuci dan tak berminyak. Kalau berminyak kak Es pun malas gak hehehe..
Jom cuba .. boleh tengok TUTORIAL dari HaSue
Untuk saiz kecil:(rendah je kalo guna loyang 8",kalau nak kek tinggi guna loyang 6")
Tulisan berwarna biru di bawah untuk saiz lebih besar..loyang 9"
Bahan-bahan:
• 125g cream cheese | 175g cream cheese
• 200 ml susu segar | 400ml susu segar/perisa strawberi/perisa coklat
• 70 g mentega atau marjerin | 90g mentega/ marjerin
• 70 g tepung gandum | 90g tepung gandum
• 70 gram gula halus | 90g gula halus
• 2 biji telur saiz A | 4 biji telur A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon
11 comments:
wag pagi2 makan kek...jeles ni
kak es..thanks..share resepi cheese kek..nnti nak cubalah..
adoiyai..nyam nyam nye..
amboi...kelassss tekak..
MK bekpes nasik goreng je..
mmg nmpk mewah...:)
wahhh kak es, jelezzz ni, kita mengidam chesee kek ok! ehhehehe :)
arghh..baru je perabih cheesecake gak semalam..tengok blog kak es teringin balik dah..
sekali sekala sarapan dgn makanan mewah apa salahnya ;)
hamboi2...
saya salute amat kpd ibu yg suka masak dan buat kek atau kuih2 lain..
saya ni agak malas...huhu
nak sketttttt cheesecake kaler KUNINGGGGGGG tuuuu!
Post a Comment