Pages

Wednesday, July 6, 2011

DUNIA INI ...



DUNIA INI
Dunia ini indah cantik dipandang
Rahmat Allah kepada hamba-Nya
Suria tersenyum riang insan aman bahagia
Menikmati kasih sayang-Nya
Dunia ini insan hidup harmoni
Dengan keadilan Ilahi
Pemerintah bertaqwa rakyat taat setia
Menjunjung Islam yang mulia
Sayangnya itu cuma semalam
Manusia lupa pada Tuhannya
Pohon rebah ke bumi gunung runtuh berkecai
Rakusnya hawa nafsu mereka
Bumi merintih hiba Tuhan semakin murka
Lantaran makhluk yang durhaka
Dunia ini selamatkan segera
Dari tangan insan durjana
Membina kesombongan lupa kemanusiaan
Bencana tak berkesudahan
Dunia ini kembalikan segera
Kepada sistem Penciptanya
Pemerintahan Islam rahmat untuk semua
Adil, diberkati dan saksama
Malangnya jika kita semua
Lupa kepada janji Tuhan
Islam penyelesaian, tiada dua dan tiga
Sejarah telah membuktikan
Bumi merintih rinduTuhan terus menunggu
Insan pulang ke pangkuan-Nya
LAGU: ERWAN JOHARI
LIRIK: HASRIZAL ABDUL JAMIL
PERSEMBAHAN: USRAH AL-FIRDAUS
ALBUM: DUNIA INI (1996 JORDAN)


6 comments:

Kakzakie said...

Lihatlah saja bantuan ke Palestine tidak kesampaian. Persidangan dibuat berkali-kali akhirnya kata sepakat terpaksa dibatalkan yg mana kedudukan telah hampir benar.

Rasanya kalau semua negara Islam sepakat mesti boleh sampai hajat itu...

sarah-najwan said...

dunia semakin tua
hendaklah kita menjaga dgn baik sekali utk generasi akn dtg

Nur Hawa Mohd Zin said...

yup..manusia terlalu ghariah dengan hasil dan nikmat bumi menyebabkan lupa utk bersyukur dan berbakti pada alam yang dituntut dalam islam...

risa said...

dunia semakin tak tertanggung derita akibat nafsu serakah manusia:(

Nini Hartini said...

ustaz Hasrizal dah jd pencipta lirik ye...

Pengalaman bergaduh dengan pensyarah
.

FasiHaH SupiaN said...

banyak isi dalam lirik ni sebenarnya...