Hari ni Kak Es pergi belanja dapur... capai barang seperti biasa, tiada penambahan.
Bila nak bayar .. alamak !! kenapa tak macam biasa ?? Kalau dulu RM200 ni dah RM320..
Dah la bil elektrik pun naik... anak masuk bilik dia ON lampu, dua langkah dia keluar kak es masuk OFF. Si kecil masuk toilet minta ON lampu ... keluar je terus OFF. Umi!! tak yah tutup, kan kakak nak masuk.
Tak pe, jap lagi kakak masuk ... kakak ON sendiri. Adusss...penat !!
Memang betul patut jimat. Tapi anak2 pun macam tension jugak .. baru keluar je, jap lagi nak masuk balik .. umi diorg dah sibuk2 OFF.
Pastu asyik ON OFF oN oFF ... dah nak rosak dah mende alah tuuu..
Ke kita je kena jimat ... ??
Gas puuuuunnn.. macam malas sudaaa nak masak. Nak mengOVEN pun rasa sayangggg je.
Bila semua barang NAIK HARGA ... rindu pulak zaman pemerintahan Umar Abd. Aziz.
Terasa menitis air mata dengan kezuhudan para sahabat.... rakyat mereka diutamakan dari kepentingan sendiri.
"Baru satu abad telah berlalu, namun keadaan umat Islam jauh sekali berbeza berbanding dengan zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya dahulu. Bibit-bibit jahiliyah yang dihapuskan Rasulullah s.a.w. telah mula berputik kembali. Sifat suka mementingkan kabilah, semangat berpuak dan mengutama saudara sendiri menjadi ciri-ciri baru kerajaan Islam pada masa itu. Kerajaan tidak lagi dinilai dengan neraca al-Quran dan as-Sunnah, tetapi diukur atas keperluan semasa dan kepentingan negara. Pemimpin-pemimpin Islam sudah pandai bermewah-mewah, melakukan penindasan dan bermegah diri. Sehinggakan Baitul Mal, jadikan sebagai harta peribadi mereka.
Masyarakat Islam pula semakin kaya dan leka, mereka semakin meninggalkan penghayatan ilmu dan nilai-nilai Islam. Kekuatan hawa nafsu dan bisikan syaitan telah mencampak mereka ke lembah kealpaan.
Kasih sayang tuhan mengatasi segala-galanya. Dia tidak ingin melihat umat Islam tergelincir ke dalam kegelapan. Dalam cahaya suram yang kelam, terpancarlah sinar yang membawa seribu harapan. Khalifah Umar Abdul Aziz menyelamatkan Islam dan umatnya dengan mengembalikan Islam seolah-olah ke zaman permulaannya.
Umar Abdul Aziz adalah seorang bangsawan yang berbudi halus dan wara’.
Walaupun dikelilingi dengan kekayaan dan kemewahan, beliau tidak hanyut dan leka. Beliau menjadi kegilaan anak gadis kerana ketampanannya, dan sering menjadi ikutan pemuda pada zaman itu. Sejak kecil lagi beliau didik dengan ilmu agama. Minat dan kecenderuangan beliau kepada ilmu, membawa beliau ke kota Madinah. Di sanalah beliau mempelajari dan mendalami ilmu agama dari tokoh-tokoh Islam zaman itu. Semasa pemerintahan al-Walid ibn Abdul Aziz, beliau telah menjadi gabenor Madinah selama 7 tahun. Di sini beliau telah menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin Islam sejati. Sehingga Anas ibn Malik berkata: “Aku tidak pernah menjumpai Imam selepas Rasulullah s.a.w. yang menyerupai sembahyangnya seperti Rasulullah s.a.w. kecuali pemuda ini, Umar Abdul Aziz iaitu gabenor Madinah”
Sebaik saja dilantik sebagai khalifah, Umar Abdul Aziz terus membersihkan kerajaan dengan memecat gebenor dan pegawai yang kejam dan tidak adil. Hamba sahaya milik keluarga di raja juga telah dimerdekakan, semua barang kemas dan hadiah yang diterima beliau dan isterinya semasa pertabalan telah diserahkan semuanya kepada Baitul Mal. Istana pula telah dihias secara sederhana sahaja. Umar Abdul Aziz menganggap dirinya sebagai pengganti kepada datuknya iaitu khalifah Umar al-Khattab. Kerana itulah beliau digelar sebagai Umar II. Hidup beliau telah berubah sama sekali, kemewahan dan kemegahan telah ditanggalkan dan digantikan dengan kehidupan yang penuh zuhud dan kesederhanaan.
Pernah suatu ketika, Umar Abdul Aziz memerhatikan anak-anak perempuannya menutup mulut dengan tangan ketika berbual dengannya. Selepas menyiasat, beliau dapati hanya bawang dan kacang sahaja yang terdapat dirumahnya. Anak-anaknya berbuat demikian kerana takut menganggu beliau dengan bau bawang. Dengan berlinangan air mata beliau berkata: “Wahai anakkku adakah kamu inginkan makanan yang enak sedangkan ayahmu dihumban ke dalam neraka?”
Beliau adalah khalifah kepada sebuah empayar terbesar zaman itu, namun tidak mempunyai duit yang mencukupi untuk menunaikan haji. Sehinggalah sampai satu masa, beliau diberitahu khadamnya, duit untuk menunaikan haji telah mencukupi hasil dari pendapatannya sebagai khalifah. Akan tetapi Umar menjawab: “Kami telah mengambil manfaat harta ini sekelian lama. Sekarang orang Islam berhak menikmati hasilnya.” Kemudian beliau memasukkan semua hasil pendapatan itu ke dalam Baitul Mal. Pernah juga Umar Abdul Aziz datang untuk lewat menghadiri solat Jumaat kerana terpaksa menunggu bajunya yang sehelai itu kering.
Sambungan SINI
10 comments:
pemimpin sekarang tak macam tu...tapi entry ni memang menyentuh jiwa saya..
Jemput join segmen simple saya..
SEGMEN SIMPLE : JOM KOMEN ENTRY SAYA ...
kalau boleh 24 jam nak on je apa yang ada dalam rumah tu.. mana tak naik bil..
teringat dulu tinggal kat kampung takde bekalan elektrik, takde bekalan air paip.. best je.. tapi sekarang ni kalau takde walaupun untuk sejam dah keluh-kesah.. :(
kak es... bil umah saya pun melambung2...kadang2 smpai seribu lebih sbb 24 jam pasang aircond dan tak tutup2 sbb adik saya daniel ni autistic..so bila tutup aircond..dia akan mengamuk dan nangis. so we got no choice..terpaksa lah biarkan aircond tu terpasang. papa saya geleng kepala je la. hehe. tak minta dapat anak autistic.. :) hanya mampu redha.
redha je la...
"zmn dah berubah kak..kalau dulu satu troli penuh baru 150 ..skrg ni satu troli penuh dekat 300..itu pon tk sampai ujung bulan..hehe,bab lampu dan kipas lak..kalau asyik on off on off..kang rosak lagi haghu..kena beli baru..naya.."
huhu..mane yg leh jimat,kite jimat..lbhkan pd keperluan tp bukan kehendak..
bil bulan2 rumah tini rm 44 sahajaaaa.. kekeke. eksyen. padahal duduknya pun 2 org je. hahaha..
So, apa lagi!!! yang dulu undi kerajaan BN, jangan mengeluh bil letrik naik, minyak naik. Sape suruh undi mereka? huhu
Pengalaman bergaduh dengan pensyarah
.
allooo kak...slmt ptg...jan off dulu...anda dtag...hehehe
http://biringmenaning.blogspot.com/2011/07/segmen-join-bloglist-alissyayana.html
pernah tgk tuan guru ni aziz..die kuar lmbt seklai nak tututp suis pejabat
Masyarakat Islam pula semakin kaya dan leka, mereka semakin meninggalkan penghayatan ilmu dan nilai-nilai Islam. Kekuatan hawa nafsu dan bisikan syaitan telah mencampak mereka ke lembah kealpaan.
subhanallah.....dia memang pemerintah yang patut dicontohi...bukan biarkan kaya terus kaya raya, dan papa terus papa kedana...
Post a Comment