Pages

Saturday, July 2, 2011

MAKARONI BAKAR

Sepanjang tak boleh nak buat entry rasa geram je memandang laptop ni. Nak guna tak boleh. Tapi kalau dah namanya Kak Es , memang la tak reti nak MELONGO sesuka hati sesaje.

dengan pantasnya aku perlu gembirakan hati ini. Ku heret tangan sikecil ku yang setia menuju ke pasaraya berdekatan cari benda ni ...


Orang lai n panggil apa , kak Es tak pastilah. tapi kalau kak Es panggil elbow macaroni. Macam siku kann.. kann .. ye kan je , siku kang !

haaa.. apa yang korang boleh buat dengan benda ni. Yang ni kena la tanya CHE MAT GEBU kat Tiffin Biru. Ke kat KAK UMMI @ Rumah Manis ke....

Diorang punya hasil kerja sangat la mabeles. I JELES okeh ..

Kalau dapat kat Kak Es biasanya kalau MALAS ... kak Es cari sup je. Pastu makan bersama sup. Tapi disebabkan nak gembirakan hati yang sedih ... I verangan la stay kat somewhere yang 4 musim tu ...
I baked it !!

Senang je .... rebus dulu mende ni. Letak air , garam , minyak. Minyak tu sebab tak nak la dia melekat2 sebelum kawen kannn... kang jadi mende2 tak elok .

Dah rebus sampai nak lunyai ( lembik tapi masih dalam a good shape ok ) ...keluar dan toskan.
Pastu buat la ala2 inti karipap tu ...lidah melayu tetap nak kari dan pedas2. Tumis bawang bagai , masuk rempah kari daging  tumis sampai pecah minyak . Campak la daging kisar .... dah masak , masukkan mushroom yang dah di slice nipis2 tu, tambah lagi sosej . Pastu masukkan tomato soup dan susu cair. Masuk garam dan rasa lah!! dah sedap dan masak (jangan terlampau basah/berair) tutup api. Biarkan seketika. Pastu pecahkan telur ....

Pastu masukkan ke dalam bekas utk di bakar. Jangan lupa lengserkan dengan minyak sapi ... 
Tekan2 kasi dia rapat2 sebab dah kawen dalam kuali tadi kan... hias la sikit dengan cili, daun sup ke , ketumbar ke .... pastu sekali lagi tuangkan telur yang dah dipukul atas tu . Macam ni  >>>>


Nampak tak cendawan dan sosej tu ... fuh !! memang nak kasi air liur menitis nih !

Sila bakar dengan suhu 190 selama 50 minit . Tunggu sampai sejuk sebelum cuba keluarkan dari bekasnya. Kalau tak sabar nanti tak cantik macam ni ...

my baked macaroni make with ALOT OF LOVE !!

Stay kuning ..jangan takut ye mmg gitu warnanya . hahaha


Sebab tu letak telur kat atas tak nak overcooked . Pastu elok lekat cam tu....
Gambar ni je sempat di snap. Habis je snap dah hilanggggg disapu BERSIH gitu...
Licin tak yah cuci pinggan ..


16 comments:

Unknown said...

akak....bikin kecur air luq ni

bersama kak Es said...

@JIJI YU
meh la makan ... hehehe

matakail said...

jemput melawat & jd follower kami - http://pancingarateam.blogspot.com

pena rozie said...

sedap...sedap... Nak cikit

norinaomar said...

sedapnya..kak es,dok pasir gudang kat mana?akak saya duduk kat Nusa damai

bersama kak Es said...

@norinaomar
dah tak jauh tu.. akak dekat tesco seri alam je

Unknown said...

dah lama tak makan makaroni bakar nie...

Unknown said...

dah lama tak makan makaroni bakar nie...

shahjiehan said...

wah..sedapnya !!!

bile nak bagi sya makan banda2 camni wahai kak es..

EmbunRosaliza said...

Assalam kak es sedap ni mkn ngan sos kan...

Eera Shera said...

meleleh air liuq...hehe...kak es, topap dah dpt..trima kasih bebyk :)

Syazwan Che Deraman said...

aduhhhh..mengugat betol!
post satu kak!

norinaomar said...

oo yeke..next time bolehlah bertandang rumah akak nak merasa makaroni bakar special ni hehehe

Sunah Sakura said...

lupa nak gitau tadi, semalam katek pun buat gak makaroni bakar dia, tapi dia tak letak cheese....kami duk gelak kat FB...lupa tag akak..ahahah~ tengok sini...

MAKAROZZA DERHAKA SECRET RECIPES | [ kAtEk ]

Fasihah Supian said...

kak, sengaja tu besarkan perkataan BERSIH.hehehehe

Nur Hawa Mohd Zin said...

tak pernh makan lagi makaroni bakar..makaroni sup pernah :)