Pages

Wednesday, November 30, 2011

PESONA TEKAK


Kak Es C&P dari entry kak Ummi .
Sokmo kalau teringin nak makan mmg cari blog si kakak ummi dan adik dia Mat Gebu huhuhu

Sekali jenguk nampaklah oleh ku kek yang lazat ni.
Tgk pulak ... mak aiiiii!!! sonang sangat nak buat

Barang2 pulak kebetulan sangat memang dah sedia ada.
Terus bersemngat bagaikan tentera .... perkasa !!

Kejap je nak buat ni. 
Tapi Kak ummi punya tangan sangat berseni....lagi menarik hasilnya

Kak Es tak pandai sgt nak berseni2 ni
tangan kayu
tapi rasa tu memang sedap laaa sebab ikut bulat2 kan.
Buat kejap je dah abis hehehe



KEK LAPIS CHEESE PESONA
Resepi Asal: Ryo Azhar
Dicuba-uji : Ummi @ Home Sweet Home
Cuba uji ke2 oleh  : KAK ES 

Bahan A: (Loyang kek saiz 9x9) - akak guna 8 x 8 in)
  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat (lebih kurang 600 gram- Ryo guna jenama LEE) - akak guna perisa coffee jenama Hup Seng ( saya pun guna cam kak Ummi )
  • 500 ml susu segar,dipanaskan (akak guna 400 ml jek) ~ saya agak2 jeee
Bahan B:
  • 500 gram cheese cream (Philadelpia/Tartura)
  • 10 ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus (akak kurangkan sikit) ~ saya guna sama dgn Ryo
Caranya :
  1. Satukan cheese dan gula halus, pukul sebati.
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan.
  3. Sediakan bekas yang dialaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  4. Panaskan susu segar, padamkan api.
  5. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas), terus susun dalam bekas. (Celup 1 saat je taw..)
  6. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan. Ulang proses melapis biskut, kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi hingga habis berselang-seli. Biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  7. Kemudian kisar baki biskut yang ada, taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..) (akak gunakan biskut oreo yang telah dibuang krimnya dan kisar, kemudian ayakkan di atas kek)
  8. Tekan-tekan sikit permukaan tu, masuklan ke dalam peti sejuk, biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.



Kalau tak cuba .... cam rugi jeee.

Sebab
sangat senang
sangat mudah ( sama kan makna nya )
sangat sedap
sangat simple
sangat mempesona


8 comments:

makcikkantin said...

ish ish ish,
makcik pun tayang yang ni jugak

empatsekawanshoppe said...

sedapnyer..terlioq aku..meh sini sket!

mas saari said...

saya ni suka makan kek tapi nak buat tu yang malas...heheheeee

iSWa said...

Kak Es..

Cedapnye.. nak cket..hehehe

Anaa said...

nampak pun sangat sedap kak Es, lom rasa lagi tu .. saya bab2 cheese ni kurang sikit kak ..

Namee Roslan said...

sedapnya !! nak cuba lah !! :D txs kak es sbb kongsi :)

Nadiah Sidek said...

oo..pakai biskut marie ek? boleh cuba ni

azila said...

salam k.es..ingat zla lg?heheh...rajinnya k.es buat, tp kalo tgk cara nak buat tu mmg sennagkan?