Pages

Tuesday, November 8, 2011

Takbir lagi ke hari ni??

Kenapa Raya Haji ni kita takbir banyak hari ? Anak kak Es mula kasi soalan cepu mas sebab hari ni dah masuk 3 hari lepas solat berjemaah, abi bertakbir.

Tapi Raya Haji kan macam tak raya je ..... huhuhu ( budak2 kalau raya mesti dalam otaknya balik kampung dan duit raya )

Raya Haji meraikan orang yang mengerjakan Haji ... kita mula takbir semasa orang2 mengerjakan haji sedang wukuf di Arafah , lepas tu para jemaah akan melakukan lontaran menggunakan batu pada11,12 dan 13 Zulhijjah. Takbir Hari raya akan berakhir pada 13 Zulhijjah lepas Asar.

Adik masih bingung2 lagi...tapi kalau umi tak bagitau, pasti dia akan terus tak tahu. Biar bingung tp at least dah ada dalam kamus perkataan haji dan melontar.
Sekarang dia dengar, 2 3 hari lagi Kak es pasti dia akan tanya pulak tentang melontar.
tak pe, stand by jeeee...

Umi pulak bila nak buat macam tu ( pergi haji ?? )

Bila dah cukup duit nanti kita pergi sama2 ok :) Adik doa la kita boleh pergi ke Mekah buat mengerjakan Haji sama2...

Ok...

Esok last kan takbir ???

P/S : Hari ni kat sekolah 4 ekor lembu dikorbankan. Dapat lah para pelajar bawa balik sorang sekampit daging korban.... Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar !

7 comments:

Anaasuria said...

ye la kak. sekarang ni raya dah tak rasa macam raya... mood dia pun dah hilang...

Namee Roslan said...

saya punya raya macam takde rasa apa pun. taktau kenapa. ayah sy je yg sibuk aktiviti sembelih kt masjid. kami semua duk je rumah.

Sunah Sakura said...

comelnye anak akak ni...

Fasihah Supian said...

bagus la anak kak es nie....

ViSiTmE@FaTiN CoRnEr said...

hehehe..comel..

4 hari nie makn daging je kan..hehe..

mas saari said...

saya seronok je raya! hehehee
tapi sedih sebab tak balik kampung je...huhuhuuu

MulutPayau said...

Anak2 mmng gitu kan...selagi tak faham..selagi tu lah bertanya...cuma kita kena bersabar layan krenah mereka....