Pages

Saturday, November 26, 2011

Kenduri Kahwin dan Joget ...

Adik kak Es dah selamat diijab kabulkan...
tinggal lagi nak tunggu time cuti ni kumpulkan sedara mara seantero dunia .. ( ye la, pak sedara kat Chicago pun balik mai huhu )

Ni la adik kak Es yang bongsu...dia sorang je lelaki.
My beloved abah and mak with pengantin yang selamat diijabkabulkan


Gambar kami 4 beradik bersama bonda terchenta
kak Es sebelah pengantin. kalo tak interprem cam tak sah la pulak hohoho


Kenduri kahwin ( walimatul urus ) dalam Islam sangat dituntut. Hatta jamuannya hanya secawan kopi bersama biskut 4 segi ( biskut kering ) ~ kak es kata..

Tapi Nabi kata :


  • Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
Maksudnya:
“’Abdul Rahman bin ‘Awf melakukan perkahwinan, maka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda kepadanya: Hendaklah anda mengadakan walimah walaupun dengan seekor kambing.”
(Al-Hadith)


Tujuan kenduri

1) Nak hebohkan bahawa mereka telah selamat diijab kabulkan

2) Gembirakan hati pengantin

3) Tanda kegembiraan ibu bapa yang anaknya sudah DEWASA.  ..  :D

Sebaik-baiknya buat di masjid dan dipukul rebana


  • Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
Maksudnya:
“Umumkanlah perkahwinan dan selenggarakanlah di masjid dan pukullah gendang dan rebana pada hari perkahwinan itu.”
(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)


* InsyaAllah majlis nanti abah dan mak Kak Es adakan dirumah untuk kumpul sanak saudara ( boleh diorang lepak2 kat situ ).

* rebana : tak sempat nak praktis ... nanti kita pasang lagu2 dendangan Maher Zain. Nasyid sekarang pun dah banyak untuk dijadikan halwa telinga .

Perkara penting yang kena dititikberatkan masa kenduri :


1. Tiada pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram.
2. Nyanyian dan muzik yang tidak menimbulkan nafsu.
3. Tidak melalaikan ingatan dan kewajipan terhadap Allah subhanahu wata‘ala.
4. Senikata nyanyian tidak mengandungi perkataan-perkataan yang cabul atau tidak sopan.

Ok.. syarat-syarat yang lain yang perlu tahu 

SYARAT WAJIB KE MAJLIS KENDURI KAHWIN APABILA DI UNDANG
i) Yang dijemput itu bukan khusus kepada orang yang kaya sahaja.
ii) Di dalam majlis walimah tersebut, tidak ada seorang pun terdiri dari musuhnya. ( belum bermusuh dengan sesiapa )
iii) Didalam majlis walimah itu, tidak ada perkara yang mungkar dan maksiat seperti arak, judi dan joget (dan sewaktu dengannya)
iv) Tiada bercampur gaul didalam majlis itu dengan perempuan-perempuan yang bukan mahramnya.
vi) Peralatan makan dan minum tidak daripada barang yang diharamkan seperti emas, perak dan sutera. ( fuhhhh!! kalo emas... selori pun tak cukup nak siapkan. dah tentu2 lepas makan simpan dalam beg .. )
vii) Tidak diketahui akan wang perbelanjaan itu dari yang haram. ( dah sah kehalalannya )
viii) Jika dijemput datang pada majlis walimah tersebut selama 2 hari berturut-turut, maka hanya wajib datang 1 hari sahaja. ( kitaorang buat sehari jeee )
ix) Yang menjemput itu dan yang dijemput itu adalah beragama Islam. 

Dari mufti Melaka



4 comments:

Aini Azman said...

tak sabar nak kawinnnn....hehehe =)

Unknown said...

betol

skong2

erm selagi mampu watla

Daddylicious said...

dijemput kita datang ...:)

Lydia Miza said...

salam..saya suka gi majlis kenduri kawen,tp pas makan terus balik.