Pages

Monday, November 28, 2011

Pewaris Negara !!


Cuti sekolah dah seminggu bermula.

Seminggu tu la anak-anak all out main game, main itu main ini...

Mentang-mentang la exam dah abis.

Semalam...kami duduk bersama-sama dan berbincang. Apa yang paling baik dibuat masa cuti.
Nak terus bermain saje kah ?

Jadual dah dibuat... dah follow tapi tak tercapai 100%
Kak Es cadangkan dah masuk pertengahan cuti kena cari semula mood untuk belajar. Taknak la nanti terbawa-bawa semangat bermain hingga bermulanya persekolahan.

Otak kita ni...lagi diasah lagi tajam
lagi banyak relax, lagi jadi lemau.
Nak-nak pula otak yang masih suci , biarlah diisi dengan segala yang baik-baik

Nanti time umi sibuk2 tolong maktok untuk persiapan kenduri acu dirumah maktok,
rasanya tak sempat dah nak pastikan anak-anak dapat mengikut jadual. Fokus pun sure hilang sebab jumpa tanah katakan...

So dah berbincang dan terangkan kenapa umi & abi cadangkan anak-anak masuk pra tahfiz & smart solat..
selain dapat menambah ilmu , dapat juga kawan baru.
Dapat juga pengalaman duduk asrama berdikari
dapat lagi suasana yang baik
"wow !! itu sudah cukup bagus" 
kata mereka.

Alhamdulillah mereka yang tak sabar untuk ke kem tersebut.
Moga dimudahkan Allah.
Moga Allah memelihara mereka
Moga Allah campakkan hidayah dan taufiq Nya.
Moga mereka dapat beramal

Semoga mereka menjadi anak yang SOLEH

Ameennnnn....

8 comments:

FasiHaH SupiaN said...

betul tu kak es.pendidikan bermula dari rumah!

JIJI YU said...

salu jgk jadi fasi prog ni

ijA said...

Amin..

makcikkantin said...

Aminnn, baik start awal kan? nanti dah 'tua' sikit mulalah 'no time', 'i want to experience working' etc..

Namee Roslan said...

ni adik saya elok join ni.hehe :) mula dr awal kan :)

mas saari said...

kalau anak saya dah besar, saya suruh diaorang pergi!

so suruh diaorang baca buku jelah kat rumah..

Eera Shera said...

sy pun nak ajar anak mcm ni la..eh kawin pun belum..hehe

ibunaznoy said...

bagus lah ada program2 camni kan kak..