Pages

Wednesday, April 13, 2011

Tiramisu di pagi hari


Pepagi hari yang bahagia ni kak Es dah siapkan Tiramisu untuk en. somi balik makan. Menu tengahari masih dalam kepala tapi yg desert punya dah siap jeng jeng jeng...

Ini antara kegemaran en somi kak Es. Kalau balik wajib buka ice box mengintai apa yang ada.
Nak-nak pula musim panas ni...hmmmm sangat-sangat la menyejukkan tekak.
Untuk anak2 pun ada..tapi diorang petang baru sampai rumah jadi tak de la nak tergopoh gapah nak sediakan sewal pagi ni.

nak resepi ke....kak Es punya cari kat MyR

so kredit untuk MyR

♥ Make with ♥ .. Tiramisu 

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

2 bungkus biskut tiramisu/sponge fingers ~ sy guna chiffon cake je

250g cream cheese
200g whipping cream
150g gula (boleh kurang atau tambah ikut suka manis)
satu cawan bancuhan air nescafe (tanpa gula)
serbok kok/cokolat utk hiasan
Cara-cara

~ satukan cream cheese+whipping cream+gula dan pukul hingga kembang

~Celupkan biskut ke dalam bancuhan nescafe dan susun dalam bekas sederhana besar

~Setelah itu letakkan satu lapisan bancuhan yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata. Ulang proses ini sehingga habis

~Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata, bolehlah ditutup dan disimpan dalam peti ais. Hias kan dengan taburan koko/cokolat di atasnya ikut suka.


____________________________________  >_< _________________________________________


Ini antara jalan-jalan untuk mendapatkan redho Allah. Nak dapat redho Allah, bagi seorang isteri..redho suami lah didambakan. Banyak lagi cara2 kita nak suami senang dengan kita. Walaupun dah hampir 12 tahun perkahwinan kak Es tapi masih banyak lagi yang sedang kak Es pelajari.


Sedikit perkongsian dari kisah ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada anakanda nya sebelum bernikah dengan raja Kandah al Haris bin Amr .


“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.


Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua
, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat
, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam
, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan
, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh
, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”





P/S : Sama-samalah kita saling mengingati dengan penuh kasih sayang :)

6 comments:

n!cK said...

adoi...telan air liur je la tgk tiramisu..:)

Oppa Kudin Nz said...

perghh..bestnye lau dpt rase time2 ni..

qucachahir said...

thankz singgah blog.. ;)
big epal perisa tiramisu memang sedap.. =) hehe..

bersama kak Es said...

@n!cK
bayangkan dah lalu tekak nick okeh :)

bersama kak Es said...

@Oppa Kudin Nz
hmmmpp..mmg sedap time2 panas lit lit nih hehe

bersama kak Es said...

@qucachahir
terima kasih kembali ziarah blog kak Es