Pages

Wednesday, April 27, 2011

"oh dunia!!! Lihatlah blog aku BERPRESTIJ" Piiiirrraaaahhhhh. Jangan nak perasan!!

Prestij ?? wow! dengar nya cam Hebakkk

Penting tau prestij ni. K.P.I prestij ni sebenarnya kita yang tentukan.
Cuba bayangkan..kerja kerani di Putrajaya. Nak pergi keje tu mesti pasang high heels. calit lipstik sket. calit mata sikit ikut warna baju. baju, kasut, hand bag mesti satu kala.

Bayangkan jawatan yang sama tapi tempatnya jauhh nuuuunn di kampung atau felda. Pakai selipar pun ttarak hal! Muka tak tempek bedak pun okehhh. Baju saruk je mana sempat...kan??

Belum tengok prestasi kerja lagi...punch card? Ohhhh..mintak kawan punch pun NO HAL lahh

Apalah salahnya kalau kita jadikan karier kita berprestij tak kira di mana dan apa pun kita buat.

HOUSEWIFE...ala housewife aje punnnn (JE PUNNNNN..macam bunyi jepun lak)
Bila mind set kita cam pelekeh kan kerja kita, tu lah yang jadik pakai kain batik diregukan dengan t-shirt yang koyak lah, t-shirt yang dah kena clorox lah, kain batik tu pulak siap senteng sampai takat betis hampir-hampir lutut....isk isk isk...sedih sungguh.


kalau comel cam adik ni okey lah  jugak.
gambar dari GOOGLE




tapi kalau kita bangga dengan kerja kita itu, walaupun housewife....
apa salahnya kita pakai baju cenggini

ihsan dari Mr. Google


ala-ala korean style gitu.....
dah tak sesuai pakai kat luar ( sebab nak jaga aurat ) kat rumah lah nak bergaya sakan. Kembang hati suami tengok kita pamerkan segala khazanah kecantikan for his eyes ONLY.
Pahala pun dapat. Hati pun mesti seronok bila dah segar , bergaya , wangi2 pulak tu. Kena siang ikan pun tak pe lah.. Sianglah ikan tu dengan penuh bergaya hehehe. betullah!!Bila hati seronok automatik hasil kerja kita ( masakan , kekemasan rumah ) mesti tip top.
Yang busuknya tangan pegang ikan tu. Tak jejas pun tempat lain. Pakailah apron bila dah masuk dapur. lepas siang ikan, cuci dan sabun tangan bersih2.

Sama jugak kalau kita berblog. Bayangkan kalau blog kita letak nama 'ntahape-ape.blogspot.com' kan tak berprestij tu. Nengokkan ke nama blog tu pun alahaiiiii...nak2 pulak tengok tulisan dalam tu, macam2 di merapukan sampaikan tuan blog sendiri pun tak de selera nak baca.
jadikan blog kita sesuatu yang boleh dibanggakan. Bukan nak bangga dengan orang lain "oh dunia!!! Lihatlah blog aku" piiiiirrraaaahhhhh. Jangan nak perasan
Bangga disini kita boleh bayangkan bila anak2 atau zuriat kita baca ada input untuk mereka. Bukan baca setakat nak buka aib aje

P/S : tak payah tunggu anugerah baru nak jadikan semua benda berprestij

5 comments:

mcm ni lah said...

seronok nye jadi follower yg ke 111

Sunah Mohammad said...

apa ada pada prestij?

bersama kak Es said...

@ mcm ni lah
terima kasih daun keladi, rajin2 singgah lah lagi

bersama kak Es said...

@Sunah Mohammad
prestij tu ikut sendiri punya KPI lah.
Prestij penting untuk hasilkan yang terbaik ... bukan pada pandangan orang lain, tp kepuasan bagi diri sendiri :)

Nini Hartini said...

kak es, tini kt rumah pun pakai seksi mekci. hehehe