Pages

Sunday, April 24, 2011

Apa nak jadi dengan mereka ??!

Semalam Kak Es ada meeting lepas tu pergi minum dengan kawan-kawan kat sebuah kedai makan. Tak ramai sangat lah kedai tu. Dalam dok tengah sedap berbual tiba-tiba 5 6 buah motor berdesup depan kami. Tak sampai 3 minit lagi 5 buah motor tapi kali ini berhenti berdekatan tempat kami makan. Melihatkan penunggang yang bertatoo ...hmmm apa perasaan kamu? Menyampah! Siap buka baju pulak tu.

Kumpulan bermotor yang awal tadi berpakaian serba hitam datang semula ketempat tu..dah bertambah lagi. Tapi kali ini kelihatan seperti 2 kumpulan. Tak lama kemudian salah seorang budak dari kumpulan berbaju hitam ini bangun dengan tergesa-gesa...Kak Es panggil budak melihatkan saiz badan dan wajah seperti budak sekolah menengah. Dia seperti nak melarikan diri berpusing 3 kali keliling meja sambil berkata "saya tak tipu.bang" berkali-kali kepada seorang pemuda dari kumpulan bertatoo. Pemuda itu tak bercakap tapi hanya menunjukkan telunjuk dengan garang sekali.

Macam nak pecah jantung..Kak Es berada terlalu hampir dengan mereka. Dalam keadaan kecoh itu, kawan Kak Es cepat-cepat menghubungi pihak polis.
Pemuda yg bertatoo dengan pantas mencekak leher budak tadi...keadaan menjadi semakin tegang. Istighfar tak henti2 dalam hati Kak Es...Ya Allah , apa nak jadilah dengan mereka ini. Kami berlindung dari segala keburukan dari mereka ini.

Budak tadi sempat melepaskan diri dan terus berlari pantas menuju ke jalan raya...kumpulan bermotor pemuda bertatoo tadi terus berdesup mengejar budak itu tadi. Hati Kak Es rasa macam nak pecah melihatkan keadaan begitu. Penuh dengan kekasaran dan amarah. Benarlah marah itu dari syaitan. Tinggallah kumpulan budak berbaju hitam cuba berbincang baik dengan saki baki kumpulan pemuda bertatoo tadi. Apa yang terjadi tidaklah Kak Es tahu. Beberapa ketika kereta polis peronda tiba dan masing-masing terus berdesup pergi.

~ Sedih !! Tak de apa yang dapat dibuat ketika itu melihatkan masing2 dah pegang helmet seolah2 itulah senjata mereka. Dalam kumpulan yang ramai itu, seorang pun tidak ada rasa hormat dengan pelanggan sekitar mereka. Seolah2 dunia ini mereka yang punya.

~ Pelik!! Mereka bagaikan terbiar ke sana sini bagaikan tak ada keluarga. Dah lewat malam begitu tak ingat nak balik rumah ke? Mak ayah tak kisah ke? ( kak Es keluar dengan izin suami ok :)  )

~ Bimbang !! Kalau kita nak tengok pemimpin akan datang, tengoklah anak muda yang ada sekarang. Kalau nak tengok keadaan negara akan datang, lihatlah remaja yang ada sekarang.

~ Moga anak2 Ummi didalam peliharaan Allah sentiasa : Sebab tulah Ummi pesan, jika nak Allah jaga kita, jagalah agama Allah ~

17 comments:

Melur Jelita said...

setuju sangat kak es jelita

senyumSOYA said...

betul2..
jaga agama Allah..
jgn perlekehkan hukum DIA~
insyaAllah kita akan dilindungi..
sentiasa berisatigfar dan igt kat ALLAH..insyaallah DIA akan igt kita..(^^!

bersama kak Es said...

Melur Jelita,
makin risau tengok persekitaran sekarang...dah tak aman. :(

bersama kak Es said...

@senyumSOYA
~ moga kita ambil iktibar dan sentiasa mendekatkan diri kita kepada Dia.
Manusia ni kan cepat lupa. Sama2 kita saling ingat mengingatkan

Sunah Mohammad said...

takutnye kak..huhu...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

takutnyer sis....huhu.pasti kecut perut tgk benda tu jd depan mata kan?

bersama kak Es said...

@Sunah Mohammad
sungguh akak nak melangkah pun dah tak berdaya. Rasa macam tak jejak kaki.
Teruskan berblogging kot2 ada hati2 yang dapat kita sentuh. kalu tak mereka2 itu, harap2 adik kakak makcik diorg..moga boleh saling nasihat menasihati.
Tulisan Sunah pun sangat molek

bersama kak Es said...

@Lydia Miza
kalau toreh muka akak time tu pun tak berdarah. Menggigil rasanya..
sangat kronik keadaan remaja kita
:'(

mungelily said...

yup..sedih tgk keadaaan mcm tu..
mog2 doa akak dimakbulkan...Amin...

senyumSOYA said...

maceh akak...kalau ada benda salah or yang x elok kite buat tegur2 la kite ek.. (^^!

mimi said...

takut tak hengat, kalau saya mesti dah duduk keras macam batu kat kerosi tu. --"

nanie zainudin said...

jalan2 n follow sahabat baruu :)

bersama kak Es said...

@ mungelily
sama2 kita berdoa untuk zuriat kita ...ameen

bersama kak Es said...

@senyumSOYA
jika kita tidak berpesan2 dengan dengan kebenaran dan kesabaran, maka jadilah kita orang2 yang rugi ~ada dalam surah Al-Asr kannn...

bersama kak Es said...

@ mimi
Kak Es pun memang keras kat kerusi tu...rasa lembik satu badan

bersama kak Es said...

@nanie zainudin
Thanks nanie sudi singgah

mungelily said...

Amin..InsyaAllah kak... :)