Thursday, April 14, 2011
SEPARUH PENUH
Ayat 1 :Isshhh kak Es ni...tuang air pun tak penuh, macam ikhlas jek terima tetamu.
Ayat 2 :Kak Es, apasal separuh lagi kosong?
Ayat 3: Alaaaaa...isi separuh je ?
Kesimpulan : Cara berfikir kita tak samakan. Tapi maksudnya satu juga......betul ?
Seorang anak kecil setiap hari menunggu kepulangan ayahnya dari pejabat tanpa jemu.
"Umi, dah pukul berapa ni?" tanya lagi setelah sejam berlalu.
"Baru pukul 4 la dik. Adik ni asyik tanya je..kenapa?" balas umi lembut. "Adik tunggu ayah ni...kerja, kerja kerja..." rungut anaknya dengan nada antara marah dan geram.
Setelah sampai si ayah di hadapan pagar, lalu dibuka pagar untuk ayahnya dengan penuh kegembiraan.
"Ayah, kerja kat pejabat dapat banyak duit ke?"
sambil mengerutkan dahi si ayah menjawab " ada la sikit, RM2500.00"
Dipimpinnya tangan si ayah beriringan ke muka pintu. Si ayah duduk sambil membuka kasut. Anak kecil ini lantas mengambil kasut ayah lalu disusun ke atas rak kasut sambil bertanya lagi " kalau sehari berapa yah?"
Si ayah mula kehairanan dengan sikap anaknya. 'tak pernah pula kena soal-siat macam ni, apahal pulak anak aku ni?' bisiknya di dalam hati. " Sehari lebih kurang RM100. Kenapa dik?"
"Yaaah...dalam tabung adik ada RM95 , boleh tak ayah tambah duit adik RM5 lagi. Adik nak ayah cuti esok. Boleh la ayah temankan adik pergi bersiar-siar....." rayu anak dengan syahdu sekali.
~ Anak ~
semasa kecil, ayah adalah hero dalam hidup mereka. Cara ayah menyikat rambut, lenggok ayah bercakap, sikap ayah, akhlak ayah semua mereka ikut/tiru kerana ayahlah hero mereka. Pandangan si anak terhadap ayah dengan penuh pengharapan agar diri mereka juga di hargai
bila meningkat dewasa, jika salah cara didikan...hero tadi akan bertukar menjadi musuh mereka.
~ Bapa ~
pada mereka urusan pejabat, perniagaan sampingan menjadi alasan biasa. Mereka lakukan demi masa depan keluarga ataupun supaya dapur sentiasa berasap. Tanpa mereka sedar, masa yang berlalu pergi itu menjadikan hubungan anak dan bapa tadi menjadi bertambah jauh.
JADINYA....
Semasa anak masih kecil, sebagai orang tua, kita jarang mahu mendengar pendapat, percakapan mereka. Apabila mereka besar, mereka pula yang jarang mahu mendengar kata-kata kita. Di sinilah timbulnya konflik perhubungan anak dan bapa.
Mungkin kita tak perlu menurut semua..tetapi mendengar dan menghormati pendapat apalah salahnya.
6 comments:
singgah2 sini jugak yee..
balas singgah.. :)
susah ye nk jadikan ianya sama rata. Nak handle kerja and family. Ketua pemuda kwsn tini, maghrib baru smpi rumah. semua urusan anak, isteri yg buat. Malam pula ada usrah sana sini.
Alhamdulillah, setakat ni tini tgk anak2nya baik & menurut kata. Mungkin berkat si ayah dlm berjuang.
tini selalu mendoakan agar anak2 nya patuh dan taat hingga ke besar...
Doa untuk diri sendiri juga.
@ Hanieqha
Thanks ye..singgah teratak dahku ini
@ Cite Je!
go go blogger :)
@Nini Hartini
Nak sama rata mmg sukar tp pada kak Es adil tu bukan sama rata cuma buat kena ikut kesesuaian al-alawiyyat..
kan?
Moga urusan sahabat Tini dimudahkan. Kalau kita baik sangka sokmo dgn Allah , tiada yang mustahil :)
Post a Comment