MELUR JELITA DATANG LAGI… GIVE AWAY TERJELITA DI ABAD INI…JENG JENG JENG!
Terserempak saya dengan blog Jelita ni sebab LM yang letak banner terJelita di abad ini. Masa tu belum follow lagi. Bila ada kelapangan saya membacanya sekali sekala. Tapi terlekat kat blog tu hampir sejam setiap kali masuk je ke gerbang Jelita. Merasakan diri Jelita seketika bila bersama dengan terJelita.
Hari ini jalan-jalan lagi dan ternampak la pulak GiveAway walaupun dah tinggal beberapa hari je lagi tarikh tutup nya. Tergerak hati nak berkongsi pandangan mengenai blog yang seakan Gam Gajah ini. Jangan cuba masuk..kalau dah masuk..memang melekat ...
Melur Jelita ni bagi saya 1 stop Centre. Apa yang kamu nak ? jenaka ketika bermasalah....klik je kat tepi tu..pasti entry nya akan buatkan harimu indah dan ceria semula. Sesegar melur yang baru menguntum.
Penawar , pendidikan, perkahwinan 1001 rencah yang amat berguna di sini. Betul2 kamu terpaku bila berada dilaman jelita ini. Terasa dirimu bagaikan dihargai...semangatmu akan terus membara baik untuk menjadi anak, isteri, ibu ..bagaikan mendapat kekuatan dengan penulisan yang tulus dari hati. Tulisan dari hati, kesannya akan ke hati jua.
Walaupun saya teramat baru dalam berblogging ( blog sendiri ) dahulunya handle blog NGO... tapi hasil kajian yang tak seberapa...ada blog untuk trafik, ada blog kejar follower, ada pulak yang mengumpat keji tapi kat sini Insya Allah hati kamu akan menjadi damai.
Hari ini saya ceria walau pun kisahnya tentang kuda...hhehehe tetapi dalam hati berbunga cinta bila baca kisah Awak Suka Saya Tak? bagaikan mengalun perasaan memutikkan rasa sayang dengan membayangkan watak Hilman suami sendiri. Sangat seronok dan pasti kamu teruja.
Kalau boring2 boleh juga jengah kisah mistik...tapi baca waktu mmentari masih menemani mu ...kalau tak...alamat la kamu menggigil2...????
Teruskan walaupun sendiri update ..sendiri baca punya..No hal!! ( P/S : saya tetap pengunjung setia )
sape ye saya nak tag...tak ramai yang saya kenal. Tapi saya nak juga orang lain tahu kewujudan blog yang jelita ini.
- NiNi ( nini ni orangnya telus dan kalau dia buat sesuatu dari hatinya )
- SuNah ( Sunah kalau dilihatkan blog dia, banyak maklumat ilmiah drnya...so sy harap dia pun boleh dapat something dari blog ni) *sunah sedang mendisiplinkan dari dari berblogging. harap tak menggangu masa sunah eh..
- Gadis dari Jepun ( saya pun suka blog ni, simple dan menarik cerita2 ttg diri dia di sana )
Join kat SINI
Tarikh tutup : 17 April ya !
5 comments:
Salam kenal Kak Es Jelita,
entah - entah pangkat adik ni...he he he Terimakasih sudi join. Sangat menghargainya...Sila tunggu pengumuman pemenang ya..
Kak Es..tini mmg nk join. tp awatnya GA dia pny syarat panjang berjela..huahua...
InshaAllah kalau sempat nt tini join eh. kang x pasal2 follower lari sbb hari2 update entry ttg Giveaway je.hikhik
@Melur Jelita
Salam kenal..tak kisah la pangkat adik ke kakak ke...kannn
blog Melur sangat Jelitasss. Kak Es sukass
@Nini Hartini
Syarat dia nampak je pjg. Tapi pendek je. Klik LIKE dan follow. Buat je entry sket ttg Melur Jelita .. tepek gambar , tag kwan. Mudah je :)
kalau ada masa dipersilakan ye dik
heee~ InshaAllah tini akn post entry b4 due date dia. Sebab entry skrg asyik GA je. nnt readers bosan. huhu..
Post a Comment