Kenal tak 'dia' itu ??
Rasanya dah tahu sangat kan? mungkin tahu tentang physical appearance je kot...
Jom kenal labih dekat ( penting ni, strategi dan peribadi musuh kena tahu baru la boleh Fight )
Syaitan Tsabr :
- Tsabr namanya macam (sabar) tapi sebenarnya dia akan goda manusia supaya TIDAK sabar dengan setiap ujian dari ALLAH. Ujian Allah tu dia dah tahu...kalau lulus ja, manusia akan ditingkatkan lagi darjat keimanan. Kiranya kalau dulu iman ala-ala Lans Koperal...bila Allah bagi ujian, kita sabar dan redho, kita banyak mengadu dan berdoa, kita banyak beristighfar maka berganda2lah pahala yang Allah berikan. Tingkat keimanan kita makin bertambah ke Koperal.
- Tapi .. dah nama pun SETAN, so tugas dia menggoda manusia yang tertimpa musibah agar tidak bersabar sehingga yang bersangkutan berteriak histeria, menampar-nampar pipi, dan sebagainya.
- Bagi mereka yang sedang menghadapi kekecewaan,merana kelukaan hati kerana kehilangan sesuatu yang disayangi, Tsabr akan menghubungkan hati mereka kepada kesayangan itu. Seseorang ibu yang kematian anak yang satu-satunya akan meratapi siang dan amalam hingga lupa makan, lupa
kewajipan,lupa pada suami dan lama kelamaan akan hilang akal lalu jadi gila atau setidak-tidaknya kurang daya ingatan (nyanyuk). Begitulah tugas Tsabr menggoda manusia dan membawa musibat dan kebinasaan.
Syaitan Al A'war :
- Syaitan ni dah serupa lanun..matanya buta sebelah. Tugas dia pun membutakan mata orang walaupun pada hakikatnya orang tu tak buta. Tugas dia bisikkan orang supaya berzina. Sebab tu nabi dah pesan awal2...jangan dekati Zina. (bukan sekadar jangan berzina, tapi dekati zina pun tak boleh) sebabnya SETAN mata sebelah ni dia akan butakan mata supaya zina untuk menjadi juga. Contohnya masa berdating...si lelaki tengok tangan pun dia jadi tergoda sebab matanya telah dikaburkan. Kulit yang tak berapa gebu ...Al A'war ni bisikkan kulit itulah mulus lembut hinggakan si lelaki teruja nak bersentuhan. Dah sentuh tangan .... Al Aw'war ni tak puas lagi...terus di bisikkan agar tangan itu dicium ...ala, cium tangan sahaja.. dah! bertambah lagi dosa2. Mungkin akan terhenti setakat itu tapi nafsu manusia takkan puas..bisikan2 akan terus hinggalah akan terjadinya zina. Kalau tidak hari itu, mungkin hari lain.
Syaitan Miswath :
- Miswath tugasnya ialah menyebarkan dakyah yang tentunya dusta,khabar angin serta berita yang bohong semata-mata mahukan manusia menjadi kalut dan kacau bilau. Lebih-lebih lagi mengenai berita seharian atau berita yang menakutkan dan menggemparkan. Terlalu banyak manusia rugi dan melarat kerana percayakan berita bohong. Miswath akan menyampaikan berita bohong kepada seseorang yang dijumpainya apabila dia dengar bohong. Miswath bukan hanya membisikkan kehati seseorang manusia tetapi menjelma menyamar sebagai manusia semata-mata mahu menjahanamkan umat manusia sejagat. Miswath ertinya pengadun yang dibuat daripada kayu atau lainnya digunakan untuk mengadun. Oleh itusesuai jugalah nama Miswath itu sebagai mengadun (mengocak) masyarakat yang sedang tenang damai menjadi kacau bilau dengan berita-berita bohong..
Syaitan Dasim :
- Dasim ertinya menutup dan mengunci yang kotor dan kusut.
- Portfolio Dasim ni lagi hebat. Rumah tangga yang dibina boleh hancur berkecai dengan penangan dia ni lahhhhh.....
- Tugas Dasim ialah mengganggu rumahtangga supaya suami marah kepada isteri dan sebaliknya atau bapa marah kepada ahli keluarga itu dan dibakar hati mereka yang berkenaan supaya panas dan marah serta benci kepada suami isteri atau ahli keluarga. Ini namanya marah dengan tiba-tiba kerana tiba saja seseorang itu meradang kepada ahli keluarganya. Bila dah api kemarahan membakar, biasanya api ini akan merebak. Orang yang tengah marah..marahnya itu akan berjangkit pula kepada orang yang dimarah. Lalu berlakulah perang mulut. Bagi isteri, Allah dah kurniakan kita kesabaran yang sangat tinggi. Kalau tak macammana kita boleh tahan mengandung selama 9 bulan 10 hari. Bersabarlah, walaupun dalam hati ni ada harimau ( marah sangat ) biarlah yang keluar itu kambing ( perkataan yang elok ) berwuduk paling bagus solat. Kalau tidak akan berlaku pertengkaran hebat.
- Dasim memerhati sambil membakar hati manusia terus menerus. Jika dengan perang mulut tidak dapat diselesaikan, biasanya berpindah menjadi pergelutan,tumbuk menumbuk,tampar menampar. Itulah tugas atau kerja Dasim.
Syaitan Zaknabur :
- Zaknabur anak syaitan yang kelima ini ditugaskan untuk mengadu domba antara pedagang dengan pembeli. Dia akan memancangkan benderanya dipasar untuk menarik minat atau perhatian orang ramai kepadanya. Dibisikkan kehati peniaga-peniaga supaya berlaku curang dalam sukatan, timbangan dan hitungan. Tambahan pula Zaknabur akan membisikkan sipa peniaga memastikan barangannya yang tidak elok supaya dicampur-kan kedalam yang elok supaya tidak kelihatan dan menjualkannya kepada pembeli demi untuk mengaut keuntungan yang lebih serta banyak. Begitulah Zaknabur mengajarkan kecurangan kepada pedagang. Bagaimana pula dengan pembeli? Kepada pembelinya pula diajar supaya berhutang apa lagi yang sudah menjadi langganan. Kemudian Zaknabur membisikkan supaya hutang piutang itu jangan dibayar. Gaduh, bising, kacau bilau terjadi dipasar itu, ini menandakan usaha Syaitan Zaknabur telah terhasil.
Dah kenal kan dengan musuh ketat kita. So kalau dah kenal senang la lepas ni, kan. kalau tengah borak2 dengan en. somi tiba2 ada je topik jadi panas...ingatkan balik suami, "bang, ini kerja si Dasim ni. Dia dah timbulkan api cemburu buta ni" banyak2 istighfar dan bincang dengan baik.
Kalau dah masuk pasar tu..baca doa sebelum melangkah masuk ..ramai dah askar2 Zaknabur tengah tunggu tu. Beli apa yang patut dan cepat2 keluar. Kalau tawar menawar, agak2 makcik tu dah muka kelat, tak perlu la sampai bertekak. Bayar apa yang patut terus beredar.
Macam tu jugak lah kalau kita dapat sebaran berita sehingga menggemparkan dunia, selidiki dulu sebelum percaya dan nak sebarkan kepada orang lain. Miswath ni, dia punya dakyah akan terus memporak perandakan manusia supaya hidup kucar kacir. Sepatutnya kita hidup dalam keadaan berkasih sayang.
Setakat kenal tapi tak prepare minda, takkan kemana. Silap2 kita pulak dah jadi kuncu2 SETAN.
P/S : take care because i really care ... sayang sokmo dari Kak Es
4 comments:
maceh akak.. syaitan ni macam2 jenis kan...
syang sokmo gak..
smoga hati milik kita tak dikuasai setan.. insyaALLAh...(^^!
Terima kasih atas ingatan. Macam macam setan ada keliling kita kan? Anak setan yg tak sempat nak bagi nama pun mampu menyengetkan kita
hhi syukran akk ^^,
ilmu yg sgtsgt brguna.
suka ngan entry ni...belajar benda baru hari ni... :)
Post a Comment