Pages

Monday, April 25, 2011

Baca Quran macam Baldi Bocor

Pinjam gambar dari Mr. Google



" Umi, kalau nak tanya sikit boleh? Tapi umi jangan marah ye." Along kelihatan seperti serba salah.

"Hmmmm..kalau tak salah, kenapa pulak umi nak marah?" Umi selalu begitu. Soalan di balas dengan soalan.

"Tiap-tiap hari umi suruh Along baca Quran. Along bukan faham pun tapi kenapa kena baca hari-hari?" bagaikan terbuku segala persoalan.

"Ohh..Along tak suka ke baca Quran hari-hari?" balas Umi menduga.

"Tak lah, tapi kalau tak faham, kenapa kena baca?"

"Ada satu kisah.....seorang cucu pernah juga bertanya kepada atuknya macam yang along tanya ni. Kata atuknya, Upin! pergi ambik baldi buruk atuk kat dalam bilik tu?" Umi mula berdialog. Upin pulak! sebab Umi tahu si anak sangat suka dengan watak kartun yang satu ini.

"Baldi buruk yang bocor tu Tok??" Umi cuba meniru lenggok suara Upin Ipin.
"Iyelah yang buruk dan bocor tu?" Upin merasa hairan dan pelik tapi tetap patuh akan arahan atuknya. Di bawa baldi yang bocor, buruk dan berhabuk itu. "Nah Tok"

"Ambil baldi tu pergi ceduk air sungai kat tepi tu, lepas tu...cepat bawa air tu masukkan ke dalam tempayan. Atok ni haaa...isi sampai penuh tau"
'Pergi!...cepat pergi" ulang Atok lagi setelah Atok tu tengok Upin mula menggaru kepalanya

"Lepas tu...Upin pun pergi ambik ke Umi?" tanya si Along dengan nada pelik.
" Macam along jugak, Umi suruh je, mesti along patuh, kan" Umi mula memancing perasaan si anak tadi.

Upin mula mengikut arahan Atoknya. Di ceduk air di dalam sungai . Sampai sahaja di tempat tempayan , air tadi sudah habis disebabkan kebocoran baldi.

Di ulang lagi , tapi kali ini Upin berlari-lari anak namun hasilnya seperti yang pertama tadi juga.

"Upin tak penat ke Umi?" Along sudah tak sabar dengan perbuatan Upin tadi.
"Penat laaa...tapi dia patuh arahan Atok dia. Umi rasa dia cuba sehabis baik tu"

Upin masih cuba beberapa kali untuk mengisi air ke dalam tempayan Atok tapi masih tetap dengan keputusan tadi. Air terus tercicir sepanjang jalan ke tempat tempayan itu. Setelah berkali-kali , Atok mula kasihan melihat cucunya sudah penat.

Lalu Atok memanggil Upin kembali kepadanya.
"Atok, tak boleh pun? Upin tanya tentang baca Quran apasal pulak Atok suruh angkut air ni. Penatlah!"

"Upin" Atok melembutkan panggilannya
"bak sini baldi tu."

Upin lantas memberikan baldi tadi kepada Atok.
"Upin tengok baldi ni. Tadi rupanya macam mana?"

Upin membelek dan memegang baldi tersebut.
" Macam tadi jugak la Tok. Bocor! Magic atok tak jadik kan?" gurau Upin.

" Tadi baldi ni buruk , bocor dan berdebu...kan?"
Upin mengangguk kepala tanda setuju.
" Sekarang baldi yang buruk dan berdebu ni sudah bersih dan dah tak seburuk tadi...kan? Macam tu jugaklah Upin baca Quran, walaupun tak faham...tapi setiap bacaan Upin mampu membersihkan hati Upin. Sehari satu mukasurat kalau dibacakan hari-hari...cuba bayangkan kebaikan yang Allah beri.

Along menundukkan pandangannya ke lantai.
" Along, bukan satu ayat satu pahala tapi Allah bagi satu huruf satu pahala....Along bayangkan kalau Along baca satu muka surat. Dah berapa? Tiap-tiap hari pulak tu...ha!! banyakkan? Kalau hati kita bersih, syaitan tak suka. Walaupun Along tak faham..tapi dengan membaca Quran mampu membersihkan hati , mudahlah Along belajar kat sekolah. Senang masuk ilmu. Nak buat baik pun senang, kan?"

Along mengangguk-anggukkan kepalanya bersetuju.
" Terima kasih Umi. Kalau baldi tu tak bocor, lagi banyak lah kan manfaat kita dapat?"

Umi tersenyum tanda setuju sambil menepuk lembut bahu si anak.

2 comments:

mimi said...

wahh, sungguh mendalam maknanya :)
like like like

Cik Ecah said...

pernah baca citer nih..;p
sangat bagus utk remind utk yg bergelar manusia..
kdg2 lupa..alpa...n lalai...

tq kak..