Teruja kak Es tgk
tomyam merah ni..
Baru twit kemarin, tuan tanah kata buntu nk masak..tup tup klua entri tomyam.
Wah! Kak Es pun nak makan tomyam jugak
Tapi anak2 suka tomyam putih. Bedal je..asal tomyam!!
Nak buat tomyam senang je..main campak2.
Bahan-bahan :
Bawang besar 1 labu di potong dadu
Serai dititik
Ayam ( 1/2 ekor )
Lobak merah
Batang seleri
Kentang
Cendawan
Brokoli
Perencah Tom Yam Putih ADABI
Perasakan dengan garam
Cara-cara :
Tumis bawang dan masukkan serai sehingga wangi. Masukkan ayam yang telah dipotong keci..
Masukkan sedikit air. Masak sebentar hingga keluar air ayam lebih kurang 5 minit.
Masukkan perencah tomyam ADABI dan tambah air lagi sehingga tenggelam ayam.
Masukkan juga kentang dan batang seleri
Bila hampir mendidih masukkan lobak merah. Tunggu sehingga mendidih masukkan cendawan dan jika suka pedas tambah cili padi.
Renehkan sekejap lebih kurang 2 minit . Sebelum tutup api masukkan brokoli.
Dah siap !!!
Hidang semasa panas.
Taraaaaa....dah siap !!
Published with Blogger-droid v2.0.6
2 comments:
piko baca bahan2 pon dah terbau tomyam.. tengok gambar last sekali lagi la..:D
piko baca bahan2 pon dah terbau tomyam.. tengok gambar last sekali lagi la..:D
Post a Comment