Pages

Wednesday, August 1, 2012

Huru-hara 15 Ramadhan 2012

Nak percaya ke tidak ?

Percaya apa ?

Kisah suara dari langit seperti mana berlaku di Sarawak tahun lepas.
Bukan seperti malah kali ini mungkin lebih dasyat. Sehinggakan orang yang berdiri akan jatuh terduduk. Malah akan jadi huru hara disebabkan ketakutan dan terkejut.

Mula tak nak ambil kisah sangat , tapi bila dengar di Semanis Kurma , ustaz itu tidak menidakkan malah meminta kita sebagai orang beriman beramal dengan amal soleh , Kak Es terus ambil langkah berjaga-jaga dengan mengajak anak-anak membaca mathurat setiap lepas Subuh dan Asar. Biasanya baca sendiri-sendiri je tapi kali ni tak de sapa boleh ngelat. Baca !!

Sebab dalam al Mathurat tu kalau tahu fadhilatnya tak de orang yang tak nak baca.

Serius sangat ke suara dari langit tu? Ok baca SINI

Kak Es tempek gak kat blog kak Es ni untuk peringatan sendiri


Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya dalam satu artikelnya ‘suara dari langit’ pada 2 September tahun lepas pernah menjelaskan ada satu hadis Rasulullah yang menyatakan tentang huru hara besar akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadan, di mana akan menyebabkan semua orang terjaga dari tidurnya.


Katanya, hadis itu menggambarkan ada satu suara yang amat dahsyat akan kita dengari dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak dua pertiga, yang tinggal hanya satu pertiga sahaja.


“ Menurut kajian Agensi Angkasa Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA), pada 21 Disember 2012 satu planet yang dikenali Planet X akan melintasi bumi.


“ Adakah kita semua ini tergolong dalam satu pertiga itu? Adakah ia akan berlaku pada 2012? Peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Rasulullah”, katanya.


Hadis tersebut diriwayatkan daripada Nu’aim bin Hammad bahawa Rasulullah pernah bersabda : Bila telah muncul suara di bulan Ramadan, maka akan terjadi huru hara di bulan itu.


“ Kami bertanya : Suara apakah, ya Rasulullah? Rasulullah menjawab : ‘ Suara keras’ di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras membangunkan orang tidur, manjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa.


‘ Jika kalian melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian’.


‘Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah : Maha suci AlQuddus, Maha suci Al-Quddus,, Rabb kami Al-Quddus, kerana barang siapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa’. Sumber  -  muftiperlis.gov.my


Bagi rakan-rakan blogger yang baru nak berjinak-jinak dengan al mathurat boleh download masuk ke handphone dari android. Cari di app 'Mathurat bersama ustaz Don' kalau tak lancar boleh baca bersama2 ustaz Don. Ada fadhilat bagi setiap doa di situ.

Jom tingkat amal di bulan Ramadhan. Jika benarlah berlaku huru hara itu .... jika ditakdirkan mati , moga Allah matikan kita dalam iman.

Mohon kemaafan dari semua

Rujuk sini juga

0 comments: