Malam tu kitaorang checkin je kat Bentong umah adik Kak Es sebab dah kekenyangan.
Pagi2 esoknya adik kak es dah siap prepare sandwich dengan bihun goreng ,
pastu mula la dok merancang nak gi Fraser's hill. tapi macam prefer lagi gi Berjaya Hills ... dekat je ngan umah si Angah ni.
Tempatnya macam gi oversea ....
Macam gi French jeeee...
French kat Bukit Tinggi... kalau dari KL ikut Genting Sempah.
Ni la Colmar Tropicale
Berjaya Hills... Best tempatnya sangat dingin dan gerimis.
Tempat tinggi sokmo gitu cuacanya.
Pokok2 pun semuanya berwarna 'segar'
Cantik sangat.
Jiwa Kak Es sesuai sungguh dengan tampat camni. Takde sesak... natural , selesa
Kalau dapat berlama2 di sini pun .. ahkak sukaaaaaa
Menapak nak ke Japanese Garden tu macam nak putus urat kentut.
korang elok la pakai sport shoes. Nak best lagi buka kasut....
Memang mencabar betul la!!
Love is ALL AROUND
Mengimbau kembali kenangan ketika belajar dulu.... masuk hutan
Memang BEST...
Waaaa....ramainya peminat jepun kak Es hehehehe
Ni sape2 nak rasa budaya Jepun meh sini....
Nak minum cara Jepun,
nak pakai kimono
nak duduk cam Jepun duduk tu....
Ha..tak yah pi jauh2... Gi je Colmar Tropicale ni
Tempat yang sangat cantik.
Bunyi2 ungka dan burung bagaikan
muzik yang mencuit hati.
Sungguh terleka kat sana.
Nak berlasak dengan aktiviti flying fox pun boleh,
nak rock climbing pun ada,
nak horse riding pun je....
Next post kak es cerita pasal horse riding pulak k.. :)