Pages

Thursday, June 14, 2012

Tempat Menarik Sekitar Johor II

Hari ke dua jelajah Johor..
kak Es bawa la sedara mara ni masuk Hutan.. eh ! Johor pun ada Hutan ke? HUTAN BANDAR daaa...

Tempat ni sngat sesuai untuk mereka yang cintakan kehijauan alam...
Fresh udara kat situ sebab banyak pokok...paling fresh sebab entrance tak payah RM. Kalau tak, kat mana saja nak masuk memang kena duit. Hatta bilik air !!

Kat sini toilet pun best.
Surau pun best .. siap ada aircond lagi.

Anak2 boleh mandi kat kolam mandi. Free of charge . Mandi la sepuas-puasanya
kitaorang rehat2 exercise mata melihat kehijauan pokok.
Ada batu terapi untuk refleksologi lagi....

Boleh bawa makanan dan minuman sendiri. Tak de yang nak melarang. Tak dipaksa untuk membeli kat dalam tu..

Tapi dalam nak berjimat tu, terkena la pulak ! Tengok kuih ni...


Abaikan bekas aiskrim kat bawah tu.
Roti ni kak Es penah beli bersama kuih muih lain. Jadi tak pernah pun nak tanya berapa ringgit seketul.
Kat dalam ada telur dan mix vege.

Mak sedara ni tanya sedap ke?
Sedap ! sebab makan 1 pun dah boleh kenyang. 
Dia pun order la 10 biji untuk kami semua... Berapa dik ? RM40 kak .
Haaaaa???!!
Beli roti je RM 40 ?


Tu la ..dalam nak jimat2,
terlebih sudah. Tak pe, next time tak sentuh dah roti tu huhuhu




Cantikkan HUTAN BANDAR ?

Jom jalan-jalan cuci mata :)

Nanti kita sambung lagi...
Ada lagi tempat yang BEST !!

0 comments: