Pages

Sunday, October 30, 2011

Buku yang tak boleh TAK ADA bila mengandung ...

Pendapat kak Es la... orang lain mungkin ada buku yang dia minat. tapi kalau untuk Kak Es sejak dari 1st pregnant lagi buku ni memang tak lekang dari Kak Es...

Buku ini complete ... kalau tak de wudhuk tapi nak dengarkan juga baby tu bacaan surah dari surah maryam, yusuf dah siap ada dalam buku ni. Boleh baca on the sport bila2 nak. Bawa je buku ni ke mana2 pun....

Paling best doa ... doa kat dalam ni sangat menyentuh hati. Bila diulang2 baca, memang secara fitrah sebagai ibu itulah yang kita harapkan. Susunan doa itu sangat menarik dan pasti kita seronok nak minta sentiasa padaNya.


Harga = RM13.00
Mukasurat = 377
Penulis = Abu Afiqah
Penerbit = Darul Nu'man

KANDUNGAN

Bab 1: Bimbingan Bagi Wanita Mengandung
a. Merancang Kehamilan
b. Perubahan Emosi Dan Fizikal Ketika Mengandung
c. Mengidam Ketika Mengandung

Bab 2: Beberapa Masalah Ketika Mengandung
a. Sakit Pinggang
b. Sembelit
c. Kejang
d. Pening Dan Pitam
e. Buasir
f. Pedih Ulu Hati
g. Urat Bersimpul

Bab 3: Amalan Semasa Mengandung
a. Banyak Bertaubat
b. Menutup Aurat
c. Banyak Membaca Ayat Al-Quran
d. Membaca Doa-Doa

Bab 4: Beberapa Pedoman Wanita Mengandung
a. Nasihat-Nasihat Untuk Isteri Hamil
b. Adab Isteri Kepada Suami Ketika Mengandung
c. Pemakanan Untuk Wanita Mengandung

Bab 5: Mengatasi Sakit Bersalin
a. Membuat Beberapa Perancang
b. Doa-Doa Menjelang Bersalin
c. Doa Selesai Bersalin Dengan Selamat
d. Mendidik Anak Ke Arah Diredhai Ilahi

Bab 6: Amalan Suami Ketika Isteri Mengandung
a. Kemesraan Suami Terhadap Isteri Ketika Mengandung
b. Adab Suami Terhadap Isteri Ketika Mengandung
c. Dorongan Suami Semasa Isteri Mengandung
d. Masalah Bayi Lahir Menjadi Kenan

Bab 7: Tanggungjawab Bapa Terhadap Kelahiran Anak
a. Menanam Uri
b. Mengazan Dan Mengqamatkan Bayi
c. Mendoakan Anak
d. Panduan Menjaga Anak
e. Penyembelihan Aqiqah
f. Mengkhatankan Anak
g. Mendidik Moral Anak
h. Beberapa Nasihat Luqman Terhadap Anaknya

Bab 8: Kesihatan Ibu Setelah Bersalin
a. Memakan Jamu Tradisional
b. Memakan Ulam-Ulam Segar
c. Memakai Pilis
d. Memakai Bedak Sejuk
e. Bertungku
f. Berbengkung
g. Perubahan Emosi Semasa Dalam Pantang

Bab 9: Petua-Petua Masa Mengandung Dan Masa Pantang

Bab 10: Menjaga Kesegaran Jasmani Ketika Mengandung
a. Senaman Ringan
b. Senaman Bagi Wanita Mengandung

Bab 11: Pemulihan Kesihatan Setelah Melahirkan
a. Rawatan Semasa Nifas
b. Perkara Yang Diperhatikan Semasa Nifas
c. Cara Merawat Buah Dada
d. Senaman Sesudah Melahirkan

Bab 12: Panduan Menamakan Bayi
a. Nama-Nama Pilihan Untuk Bayi Lelaki
b. Nama-Nama Pilihan Untuk Bayi Perempuan
c. Nama-Nama Yang Dilarang

Bab 13: Surah-Surah Pilihan

Rujuk : SINI

11 comments:

Amie said...

Assalam,
memang sangat bagus isi kandungan buku ini...

JIJI YU said...

akak..nk tgk gmbr anak buab ittewww leh takk

Fitri Senin said...

Sy pn bc buku ni ms pregnant raif

fadhdeela said...

bole cadangkan kat kawan2 yang mengandung ni :D

Singgah sini: Selipartoilet :)

nurdani said...

blog akak ni memang bagus untuk ibu2 mengandung.kakak saya tengha pregnant 2 bulan anak sulung so banyak benda nak kena belajar

Citarasa Rinduan said...

thanks kak es syer ttg buku nie

HoneyDew said...

eh..samalah k.es;saya pun wajib ada buku ni!sgt lengkap!tapi sayang..skang dah hilang buku tu sebab bila 'baik hati'bg pinjam pada kengkawan,last2 diaorang tak pandai nak menjaganya..frust sgt!tp takple; setakat ni Honey nak stop dulu ada baby..hehee..

azian said...

lg satu buku kak...buku nama2 islam tu hahhh...heheh

buku ni pun sy ade kak...dah baca byk kalik tp baca masa preggy aje...heheh

mas saari said...

memang bagus buku ni! saya pun ada.. tak sabarnya nak pregnant lagi!

MulutPayau said...

buku ni memeng bagus...saya pun ada buku ni...

iSWa said...

Yup.. setuju dgn Kak Es.. Mmg bagus buku ni..